#

a step to the new chapter of life



Assalamualaikum WBT .  


8:45 pm , 31/12/2011 . Hello peeps! kat mana korang countdown new year ? I kat rumah je ni. countdown depan tv jelah nampaknya. tak ada mood nak keluar berpening dengan orang ramai. 

agak membosankan je countdown kat rumah. tak happening langsung kan. haha. dah macam orang tua-tua yang malas nak berpening bersesak dengan kebisingan orang ramai je pulak.  Upss! adakah tu tanda-tanda penuaan yang dah berlaku pada i? 

Okey, tak mau cerita pasal tanda penuaan diambang tahun baru . mari melupakan hal usia yang semakin meningkat sekejap. i nak cakap benda yang seronok beronok je bila jadi orang dewasa. Memandangkan i semakin maju di alam dewasa jadi ..... 



Wait! . tayang muka orang yang semakin dewasa kejap . Muka tersenyum dengan penuh control semata-mata nak menyembunyikan segala tanda penuaan di muka. Hommaiigod !! i belum bersedia untuk menggunakan produk safi rania gold lagi. 

Memandangkan i semakin maju di alam dewasa jadi ..... ..... .....  meoww meoow meowww . 
sedang mengeoww seperti kucing yang konon-konon malu tapi mahu . 



Eh itu kan Encik Mokhtar dengan bakal ayah mertua ku ! 



Eh itu kan Puan Zarina dan bakal ibu mertua ku !


Dah takpayah nak meow meow lagi.  Mengada sangat kan. nak cerita tapi konon-konon malu. Gedik lah sangat! haha . Alhamdullillah di bulan terakhir tahun 2011 kedua-dua keluarga dah pun bertemu muka, berbincang untuk mengeratkan lagi hubungan i dengan Mr Ehem . 

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semoga semuanya akan terus lancar. semoga perjalanan kami dan rancangan kami pada tahun 2012 akan lebih baik, dipermudah, dirahmati dan segalanya yang  baik-baik sahaja . Amin .



saksi-saksi di tempat kejadian . Tok, wan, paklong, ustaz-ustaz, bakal tokcu, bakal nekcu . Majlis merisik yang simple tapi sangat bermakna bagi i. 




Presenting kakitangan catering yang amat-amat sibuk menguruskan jamuan makan untuk tetamu. great job adik-adikku. sayang kamooo semua . 

Punyalah sibuk menguruskan makanan ditambah dengan  perasaan nervous. Entah apa yang i cuakkan sangat masa tu pun taktahu lah. haha. serius lawak pulak bila ingat. Padahal dua-dua family baru berbincang je pun. i punyalah nervous mengalahkan tok kadi tengah shake hand dengan bakal suami i je pulak. haha .. Terlupa nak ambil gambar dengan mr ehem . rugi betul tau. kemain kitaorang plan hari tu sama-sama pakai baju hijau kuning.  Takpalah, nanti kita bergambar puas-puas ye mr ehem . 




Happy new year darls ! 





kenangan merah yang manis



Assalamualaikum . 

Mesti masing-masing tengah memasang azam tahun baru kan sekarang. nak berubah jadi baik, nak bertambah rajin kerja, nak cari duit lebih, nak jadi anak yang solehah, dapat keberkatan dunia akhirat, nak kahwin. Uppss . tetiba ada jugak kahwin dalam list tu kan. haha.. 

dah bermacam-macam kenangan manis, masam, masin, pahit, tawar berlaku sepanjang tahun 2011. kenangan pelbagai rasa ni lah yang menjadi pengalaman berharga pada setiap orang . Okey i nak flash back beberapa pengalaman manis yang buat i tersenyum bila kenangkan balik . buktinya tengah senyum sambil taip entry ni tau. 

Mulakan dengan kenangan manis dalam alam pekerjaan dulu ye. Kenangan lain nanti i update kemudian. 



Dah kalau melompat penuh kegirangan macam gini, haruslah kenangan manis kan



Tahniah kepada rumah sukan bentara berjaya jadi juara rumah sukan  untuk tahun 2011 . Sangat suka sebab tak sia-sia cikgu dan murid beriya bagi komitmen semata-mata nak menang. Great job guys! tahun 2010 rumah merah dapat no 5, tup tup tup tahun 2011 jadi juara. cayalah rumah merah ! 



InsyaAllah next year kita akan jadi juara lagi . Chaiyok Cikgu Rashidi, ketua rumah merah ! haha. tengah senyum la tu kan bila baca entry ni. 


Kasih Qalisya



Assalamualaikum. Siapa suka cantik cepat angkat tangan . siapa nak cantik cepat pakai SHAWLS KASIH QALISYA ! 


good news darls! AmHijabs baru je update latest shawls . here we go ! 

SHAWLS KASIH QALISYA 
only RM15 . affordable price . 
material yang kami gunakan adalah high quality chiffon . okey jom tengok *__*

kasih01

kasih02

kasih03

kasih04 . sorry dear, it's sold out. 

kasih05

kasih06

kasih07

kasih08

kasih09

kasih10 

kasih11 . sold out

kasih12



postage cost: semenanjung RM6 / sabah, sarawak RM7 . Sila kelik Order Form untuk jadi cantik dengan Shawls Kasih Qalisya. SIAPA CEPAT DIA DAPAT ! 




Kekasih dunia akhirat



Assalamualaikum WBT . semalam Mr Ehem ada share link video ni kat i. Rasanya i dah pernah tengok sebelum ni dan mungkin jugak korang pun dah pernah tengok .

Okey layan dulu ye :


pengakuan ikhlas, dah dua kali nangis bila tengok video lovely couple ni. kekasih dunia akhirat. sama-sama kongsi susah dan senang bersama. 

Mr Ehem, u buat i terharu sangat *_* .



barang dulu-dulu lagi tahan lama




Yeah!!! sebijik handbag! 

Hasil selongkar almari buruk belakang rumah yang khusus untuk simpan barang dooolu-dulu zaman purba kala. Hasil yang sangat memuaskan dan menggembirakan.  Handbag hijau tu salah satu barang yang masih elok dan boleh digunakan lagi .


Umur handbag tu lebih kurang 20 tahun hokey! Off course la my mummy la punya. Mak i beli masa zaman baru beranak 3. sekarang dah beranak 5 pun tau. Macam tak percaya kan umur handbag tu kalau nak dibandingkan rupa parasnya. Lepas ni haruslah i berjalan-jalan menyandang handbag yang baru dijumpai ni . haha . 


full of sentimental value hokey bila dapat pakai barang mak masa dia zaman muda-muda dulu. Mak i sendiri pun tak sangka i seronok sangat bila jumpa handbag tu. lagi tak disangka bila i sanggup pakai barang dia yang dah berkurun tu. Agak-agak dapat tak i simpan handbag i untuk  anak-anak i nanti ye. haha. berangan je lebih. barang sekarang tak boleh tahan lama pun. sekejap je habis rabak handbag yang i beli sekarang. even harga  boleh tahan mahal. kalau yang murah lagi la cepat jahanam kan. 


Selain dari jumpa handbag ni, ada lagi satu benda yang i jumpa. benda yang buat i happy sangat tau . kalau nak tahu kena tunggu next entry ... saja nak wat drama kan konon ada orang excited sangat nak tahu . haha . 



cintailah khazanah alam



Hello peeps ! 

Selamat sejahtera, selamat petang . update kejap sementara menunggu tentang dhia . kemain taksub tiap-tiap hari menunggu tentang dhia. memang pantang kalau keluar pergi mana-mana sampai lewat petang sekarang ni. sebelum pukul 7 wajib dah sampai rumah. 

Disebabkan tentang dhia jugak la dah berkurang aktiviti bercanda bersama dengan adik beradik sepanjang cuti sekolah hujung tahun ni. Memang boleh dibilang dengan jari sangat berapa kali je kami keluar bercanda. 

 Okey, jom ikut kami bercanda di petang yang hening . Lokasi kali ni Candi Lembah Bujang, tempat bersejarah gitu . Dekat je pun dari rumah i. Lebih kurang 20 minit . Disebabkan dah petang kami sampai kat situ, muzium dah pun tutup. tapi kami tak kisah pun sebab dah banyak kali sangat masuk muzium tu. 


Self-timer yang wajib 


Dan motif utama kami ialah nak menenangkan fikiran menikmati panorama keindahan alam ciptaan Tuhan. Subhanallah, tenang sangat bila dapat duduk bertenggek atas batu sambil kaki mencelop-celop air terjun yang sejuk-sejuk gitu . 


adik - adik i yang gilakan camera 


celop-celop kaki dalam air . tak berani nak bergerak aktif sangat, boleh tahan licin batu tu. dah la kemain tinggi kami memanjat batu . 


kaki seluar dah basah nampaknya . mimie pun start membebel "tu la! kan elok kalau kita tukar baju untuk main air" . urrrmmm . . . air setakat paras buku lali je pun. tak da maknanya nak salin baju semata-mata nak main air. 


my pinky mummy bolo-bolo 


baru-baru ambil mood nak bertapa 


pertapaan pun bermula .


Aik! tetiba je geng bertapa bertambah . *_*



Okey sesuai dengan tajuk entry kan . marilah mencintai khazanah alam untuk ketenangan kita bersama. Okey jom balik. tentang dhia dah nak start. 



Warna tema majlis perkahwinan 2012



Assalamualaikum . Hye peeps! 

Ingat lagi tak senarai semak 12 bulan sebelum majlis perkahwinan yang i pernah tulis sebelum ni ? rujuk kat sini untuk entry tu . Dalam jangka masa sekarang i dah kena mula buat research tema dan warna yang bersesuaian untuk majlis i nanti . 

 So sekarang i buat list kasar dulu warna-warna yang bakal dipertimbangkan untuk majlis pertunangan, pernikahan & resepsi nanti . Terima kasih untuk bantuan segala search engine yang memudahkan kerja i . 


Purple



Sage Green



Soft Blush Pink



Tiffany Blue 



warna-warna ni je yang ada dalam fikiran i sekarang. rasanya warna-warna ni tetap trend untuk 2012 nanti. kalau ada warna & tema lain nanti i akan update lagi .





My first D.I.Y project


Assalamualaikum. It just a short update. Hooooreeyyy my first DIY project is 50% done! . Will update the full version later . Daaaa :)

Tudung Ekspres Cantik & Mudah



Assalamualaikum. Terus direct to the point la ye, i nak tanyang koleksi tudung ekspres dari AmHijabs yang sangat mesra pengguna. MUDAH dipakai tapi tetap GORGEOUS . 

Semua koleksi tudung ekspres ni boleh ditempah dari saiz S hinggalah saiz XXXL. Jadi bagi yang berbadan kecil dan yang sukakan tudung besar tak perlu pening kepala nak cari tudung yang sesuai dengan korang lagi. Harga dijual mengikut saiz yang ditempah . 

Ready stock hanya untuk size M . Bagi lain-lain saiz boleh Pre-order . Masa untuk menyiapkan tempahan bergantung kepada jumlah tempahan diterima. 


Tudung Qhalidah 
S : RM28
M : RM36
L : RM45
XL : RM55
XXL : RM65
XXXL : RM75

Tudung Saffiya . 
S : RM30
M: RM38
L: RM47
XL : RM57
XXL : RM67
XXXL: RM77

Tudung Dhia
S : RM27
M : RM33
L : RM40
XL : RM48
XXL : RM54
XXXL : RM62

Tudung Dhia Pelangi
S : RM30
M : RM35
L : RM40
XL : RM45
XXL : RM50
XXXL : RM55

Tudung Zarina
S : RM30
M : RM35
L : RM40
XL : RM45
XXL : RM50
XXXL : RM55

Tudung Ameera
S : RM30
M: RM38
L: RM47
XL : RM57
XXL : RM67
XXXL: RM77

Tudung Fateema (Limited stock)
S : RM28
M : RM36

L : RM45
XL : RM55

XXL : RM65

XXXL : RM75



Tudung Aneesa
S : RM30
M: RM38
L: RM47
XL : RM57
XXL : RM67
XXXL: RM77

Tudung Qhaira
S : RM28
M : RM36

L : RM45
XL : RM55

XXL : RM65

XXXL : RM75



 
Tudung Ameena 
S : RM30
M : RM35
L : RM40
XL : RM45
XXL : RM50
XXXL : RM55

Tudung Ameena, Tudung Aneesa dan Tudung Fateema belum update di page AmHijabs lagi tau. Sengaja upload kat belog ni dulu khas untuk reader yang jelitawan semua *__* . 

silalah melawat AmHijabs ye 

*** Juga menawarkan pembelian secara borong . 

Teaser photoshoot bersama Snappshooter Pixwork SP









tiga gambar je dulu ye. yang lain akan menyusul kemudian *_*


senarai semak 12 bulan sebelum majlis perkahwinan


AssalamualaikumWBT . 


Aiceh dah mula start update pasal perkahwinan nampak . *_* . 

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk or mengada menayang pada semua orang. niat i cuma nak merancang agar misi menuju tarikh yang ditetapkan tu berjalan lancar. maklumlah kalau tak tulis nanti mudah lupa. so apa yang update di belog i hanya sekadar untuk rujukan sendiri dari mana-mana sumber yang i baca. dan mana tahu apa yang i update nanti boleh juga jadi rujukan bakal pengantin lain. sama-samalah kita berkongsi ye . 

okey terus pada senarai semak yang boleh dibuat 12 bulan sebelum majlis perkahwinan

  • hebahkah ikatan yang sudah terjalin.
  • tentukan tarikh majlis pertunangan, akad nikah dan majlis resepsi bagi kedua-dua belah pihak. 
  • tentukan bajet yang diperlukan untuk majlis pertunangan, akad nikah dan resepsi . jangan lupa masukkan kos pengangkutan, kecemasan dan lain-lain yang perlu. 
  • tentukan lokasi majlis akan diadakan nanti. 
  • mula buat rujukan tema warna untuk majlis nanti. 


Save the date



Sepatutnya i update entry ni semalam tapi disebabkan keletihan amat sangat jadi tertangguh ke hari ni.



Tetiba rasa segan pulak nak cerita . Eceh, ngada ja kan.
Alhamdulillah, seikhlas nye datang dari hati ni .
11bulan 11hari lagi.
semoga segalanya berjalan lancar . Amin . . .



Like, Share dan Menang . Yeaayy!!


Assalamualaikum . 


tak nak cerita banyak-banyak, i cuma nak jemput korang semua join first giveaway anjuran AmHijabs. 

Syarat penyertaan yang sangat mudah. 
1. Like page Amhijabs
2. Like & Share gambar yang kat atas tu. kelik je pada link ni : 

Senang je kan. semua peserta ada peluang untuk menjadi tiga orang yang bertuah menang voucher dari AmHijabs. Tempoh giveaway berlangsung bermula dari 28/11/2011 hingga 3/12/2011. pemenang bertuah akan diumumkan pada 4/12/2011. 


jemputlah 'Like & Share' beramai-ramai ya *_*


rezeki makan free sepanjang cuti sekolah



Assalamualaikum . Hello peeps *_* 

Yeayy!! cuti sekolah dah pun bermula. Macam biasalah semua pelajar dan cikgu pun melompat-lompat dengan penuh keriangan. tapi i baru dapat lompat cikit je sebab cikgu masih kena bekerja sepanjang minggu ni. hujung minggu nanti baru boleh cuti sepenuh. Yeaay!! tak sabar nak balik Kedah ku yang permai. dah sampai kedah nanti baru boleh lompat tinggi-tinggi. 

Asal mula je cuti sekolah, rezeki makan free pun mencurah-curah datang. Alhamdulillah . bukan senang orang nak belanja makan nasi minyak yang sedap kan, sekali seumur hidup tu.  jadi InsyaAllah kalau ada kelapangan i akan menghadirkan diri. 


Okey ni majlis pertama lebih kurang macam pembuka tirai bagi cuti sekolah hujung tahun ni la. Majlis perkahwinan Amoi & Zul . sangat sweeeettt la u'ols.  Geram i tengok tau!  GGrrrggg . hahaha  tetiba meroyan . kepada Amoi & Zul, i doakan korang berbahagia sebagai suami isteri selamanya. 


sedang mengambil aura pengantin baru. konon-konon boleh dapat seru cepat-cepat naik pelamin juga . 


Bukti undangan yang membuatkan i terpaksa membahagikan badan. banyak betul kenduri pada tarikh yang sampai. semua nak berebut hujung minggu kan. 

Majlis sepanjang minggu depan. Utara selatan timur barat kau dapat jemputan. seluruh Malaysia gitu. 

Majlis di bulan Disember . 



Selamat makan kenduri *__*


#