#

siti nurhaliza suka camwhore. i pun suka juga.

Assalamualaikum !


hari ni update pasal camwhoring. 

credit to matkepoh.com. 

alahai comelnya siti nurhaliza ni kan. i suka! suka siti dan suka camwhore juga. nak tengok macam mana i melepaskan perasaan suka camwhore. okey teruskan scroll ke bawah ye. oppsss, amaran! tahan muntah dulu ye *__*







alamak, tersenget pulak. 




lokasi kegemaran i. fitting room. haha. dan mangsa bersama i kali ni adalah puan nasrah. sementara menunggu nasrah test baju, sempat la i tersengih-sengih depan cermin. mr ehem pun selalu je jadi mangsa camwhore depan cermin fitting room macam gini. nasib la korang kan. *__*



mr ehem tolong bawa daku pergi



Assalamualaikum ..!



nyum nyum. nikmatnya dapat pekena laksa utara ni. meleleh tak air liur kau tu? haha.. kejam je kan buat orang terliur.. tak dapat tau makan laksa enak macam ni kat johor. kat utara je ada tau. kat laksa shack pun tak dapat cari laksa terbaiiiiikkk macam ni. 


apa hal la pulak kau cik ada tiba-tiba nak promote laksa utara ni lebih-lebih. i sebenarnya nak menyatakan perasaan segala anak beranak jealous kat mr ehem sebab dia dapat posting kat kedah. 7hb ni dia lapor diri kat kedah. sampai hati dia tinggalkan i kat selatan sorang-sorang. kesian kat i kan kena cari laksa sedap sorang diri kat johor. 


memang tak dapat dipisahkan betul mr ehem i ni dengan negeri kedah. until now, i sendiri pun tak berapa pasti kenapa la dia fanatik sangat dengan negeri kedah. even i yang memang sah-sah lahir kat negeri kedah pun tak ada perasaan macam dia. tabik spring la kat mr ehem.. haha.. nampaknya, i kena sentiasa keluarkan ayat-ayat manis kat mr ehem, suruh dia cepat-cepat bawak rombongan. tak sabar dah i nak isi borang tukar. please, please! keluarkan i dari negeri johor. 




proses mencairkan otak


Assalamualaikum! 


tempat apakah ini? 


oh no! otak i mula menjadi tepu dan beku. dah puas i study tapi macam tak ada apa-apa yang melekat je ni. ni mesti dah lama sangat i tak study kan. semua ni salah program collaboration ipg dengan ccu  la. sepanjang attending the course i tak pernah ada exam yang buat kepala orang berasap dan hangit pun. selama ni i cuma buat assignment dan off course la everything i boleh rujuk kitab kan. kau bayangkan la dah 5 tahun i tak study, hafal itu ini. 


haha.. tiba-tiba nak salahkan program tu, walhal diri sendiri memang dasar pemalas. berbuih-buih mulut lecturer suruh study dulu walaupun tak ada exam. at least kena ingat segala ilmu perguruan dan sewilayah dengannya kalau nak jadi pendidik cemerlang. 


nah, sekarang baru nak terhegeh-hegeh kan.. cuak kot bila surat panggilan temuduga spp dah sampai. 9/2 ni i akan berjuang. kena mencairkan otak dengan kadar segera! 



sebelum study harus la ambil mood dulu kan. yes, update belog dulu la. mari ke ruangan bilik stor tempat i bertapa. tu la tempat i bekerja sekarang. i dah tak duduk kat bilik guru this year. konon-konon nak tingkatkan produktiviti la bila duduk sorang diri. kurangkan bercakap tapi tangan serta otak bergerak. haha. kelihatan sungguh poyo bila berkata demikian kan. 




dan ini bekas alat tulis i yang juga sentiasa menjadi bahan wakaf masa meja i kat bilik guru dulu. kini, segalanya milik i sorang diri. harap-harap dah tak hilang la alat tulis i ni lagi *__*. siap ada letak yassin tu. ha berani kau nak curi. 


okey, sambung study sekarang. 


tutorial wearing pashmina ; Aishah Amin style

Assalamualaikum!



oh cantiknya kamu. sangat cantik. again, cantik la kamu ni! dah macam pencinta kaum sejenis pulak puji-puji kecantikan Aishah Amin macam gitu kan. oh no, no! i bukan begitu. dia memang cantik kan, so i memang kena puji dia. check out her hijab diaries's .


disebabkan tersuka la sangat tengok dia, i pun cuba-cuba la berpura-pura mahu jadi cantik macam dia. mari meniru Aishah Amin memakai pashmina. tapi tadi i guna shawls nenek i bagi. 


Step 1 : dia pakai inner yang ada pengeras kat depan. 


Step 2 : letak shawls kat kepala macam i tunjuk tu. sebelah panjang dan sebelah pendek ye.


Step 3 : pinkan menggunakan peniti di kiri dan kanan. 

okey, sekarang dah jadi macam gini kan. sambung langkah seterusnya. 


Step 4 : tarik bahagian yang pendek tadi macam dalam gambar untuk tutup leher. 

pinkan lagi menggunakan peniti. 

 hasilnya jadi macam gini. 


 Step 5 : tarik bahagian yang panjang dan lilit ke kepala. 

 Step 6 : yang terakhir, pinkan bahagian yang dililit kat kepala tadi untuk kemaskan ia. 




Dah pun siap! tapi kan kenapa i tak jadi cantik macam Aishah Amir tu pun. haish!!! setiap orang ada kelebihan masing-masing cik ada. sila ingat perkara tersebut ye. 





nak baby comel jugak!

Assalamualaikum!



i suka! suka! suka baby ni. rasa nak culik baby ni masuk dalam handbag then senyap-senyap bawak balik rumah i. boleh pulak keluarkan statement macam gitu kan. harus la parent baby comel ni jauhkan anak diaorang dari i lepas ni kan.. mental punya orang kan. haha.. 


geram sangat i dengan baby ni. rasa nak gomol-gomol je. cool je dia tidur even dah puas i dengan geng mengacau dia. jangan cakap gomol, siap tenyeh-tenyeh lagi pipi dia. langsung tak buka mata kau! sedap sangat-sangat la kan dia tidur. 



muka-muka pengacau yang geram tengok baby comel tidur. diketuk-ketuknya baby comel ni dengan batal. kejam sungguh kan. berkuak bebas lagi baby ni tidur. 



dan akibat jealous sangat kat baby ni, mereka-mereka yang kejam tu telah membungkus baby ni. tapi baby ni still nyenyak je tidur. "ada aku kisah!". i rasa mesti baby cakap macam  tu dalam hati dia kan.. 


nama baby ni inyirah. i tak sure la pulak the spelling. main belasah je asalkan bunyinya sama kan. anak kepada Samsiah, kawan sekolah i mengajar. actually, ada dua lagi cikgu yang bersalin lebih kurang sama tarikhnya dengan kelahiran Insyirah ni, tapi i belum sempat jenguk lagi. tengah merangka plan mahu menjenguk baby-baby lain lepas ni. dan pastinya i akan bawak handbag besar. senang la i nak curi baby comel kan. 



selamat menjadi ibu bapa kepada kawan-kawan ku *__*



jejai dan fasha dah lama clash rupanya. patut la kau asyik jawab no comment kat wartawan ye fasha.


Assalamualaikum!  ini hanya short update ye para datuk dan datin sementara menunggu tiba waktu nak keluar memenatkan kaki kat jusco. hari ni i berjogging dalam jusco jelah nampaknya. dan pemberitahuan ye. entry ni tak ada kaitan pun dengan fasha nak sandar dan juga jejai. 



i just nak bagitau yang belog i dah ada penambahan aksesori baru. ala, kau mesti dah nampak kan. tu ha, i dah ada blog tabs yang berwarna pink. I BUAT SENDIRI TAU! haha.. tiba-tiba pulak nak membesarkan hal buat sendiri tu. harus la buat sendiri. belog i kan, bukan belog orang lain. 


selain dari yang i buat sendiri tu, i juga ada ini :





okey yang ni bukan i yang buat. tapi i tempah dari  encik ayeem. i suka dengan hasilnya. gambar i yang bergerak-gerak tu pulak my sis, cik ciiima yang edit. i suka juga hasilnya. i saja je nak bermanja-manja dengan diaorang ni, suruh diaorang yang buatkan untuk i.


itu saja. sekian terima kasih. eh lupa. kalau sudi copy la banner baru i tu ye *__*


baju basah di petang itu


Assalamualaikum! 


okey lihat dulu gambarajah bukti i sedang memegang raket badminton di taman tasik dalam keadaan cuaca kemendungan di hari percutian thaipusam lepas. ceh! cerita basi lagi kan.. gigih kot nak mengeluarkan peluh walaupun sedar awan tengah berarak gelap tunggu masa je nak buat i basah kuyup. 





Fuhh! bukan rancangan awal ashari or awal sehari ye. itu menandakan i puas dapat mengeluarkan peluh-peluh degil dari liang-liang peluh yang sudah tersumbat. dengan sangat girang riang ria nya i bermain badminton di petang itu bertemankan rakan-rakan gossip i. 



tengah asyik berseronok bermain, tiba-tiba jeng jeng jeng....

agak-agak kau apa jadi ...?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



dengan sepantas mungkin i memecut masuk ke bawah pondok. hujan sudah turun mencurah-curah. lama jugak la i dengan diaorang tu berteduh plus bergossip bawah pondok tu. bila dah tak tertahan sangat menunggu hujan berhenti, kitaorang pun pecut la sekuat hati balik ke kereta. jauh kot kitaorang park kereta dari pondok tu. 


dan disebabkan itu, i dan mereka kebasahan. tahap kuyup pulak tu. macam kesian la pulak kat i kan. hari pertama bersenam, hujan turun selebatnya. tapi tak pa, i akan menggigihkan diri bersenam lagi di hari lain. semalam sekali lagi i berkunjung kat taman tu. haha.. bapak skema ayat i tu kan. tapi kali ni i berjogging je. tak dapat main badminton sebab angin tersangat la kuat.


InsyaAllah, i akan meneruskan perjuangan bersenam sepanjang tahun ni. perghh!! semangat majulah sukan untuk negara gitu. petang tadi i discover tempat bersenam yang lagi best. esok nak ajak geng berlarian kat taman tu pulak. nanti i update aktiviti bersenam i kat tempat i baru jumpa tu ye..
*__*





pashmina, hana tajima style

Assalamualaikum! disebabkan tersangatlah kerap ditinggal keseorangan lately ni, so i dijangkiti penyakit kebosanan. buntu dan tak keruan kot tak tahu nak buat apa kat rumah. i bukan jenis yang suka bawa balik kerja sekolah ke rumah sebab i dah terlebih rajin siapkan kerja-kerja kat sekolah. haha. poyo je ayat macam semua kerja dah siap. mr ehem sekarang sentiasa lebihkan geng-geng kembara jiwa luka dia. hey guys! i jealous tau! kamu-kamu dah buat mr ehem meninggalkan i kebosanan tau. 


dan untuk mengisi masa lapang i sekarang ni, i bermesra-mesra dengan webcam. cakap sorang-sorang, pose sorang-sorang. nasib baik i tak upload segalanya macam cikgu shida. tiba-tiba pulak terglamor mengalahkan hanis zalikha kan. setelah asyik bermesra dan bermain-main dengan webcam ni, i mendapat idea untuk berlakon konon-konon pakar menggayakan shawls. ala pendek kata berangan jadi hana tajima dan  gorgeous gurls yang lain. 


so, mari melihat hasilnya. sumber inspirasi ku hana tajima. 



 macam langit dengan bumi la rupa paras minah ini dan hana tajima kan. i pakai pashmina shawls dalam tutorial ni. 



Langkah 1: pakai pashmina shawls anda sebelah panjang dan sebelah pendek. 



Langkah 2 :  dengan menggunakan peniti, pinkan shawls di kepala. kiri dan kanan ye. 


Langkah 3 : tarik bahagian shawls yang pendek ke bahu sebelah. kalau boleh cuba sembunyikannya. 


Langkah 4 : buka bahagian shawls yang panjang macam dalam gambar. kemudian lilitkan ke kepala. tak payah lilit tinggi sangat ye. sekadar lilit sanggul or leher pun tak pa. 


Langkah 5 : bawa lebihan shawls yang dililit tadi ke depan. kemudian kemas-kemaskan sikit shawls tersebut. untuk memastikan leher ditutup, pinkan bahagian tepi macam dalam gambar kat bawah tu ye. 



dah pun siap. senang je kan. haruskan la pose bila dah siapkan. 



zaquan adha suami ayu raudah



Assalamualaikum!.. patah la hati ku ini.  huk huk. sudah hilang seorang jejaka hensem pujaan malaya. bukan hati i je kot yang patah. hati gadis-gadisan lain juga harus la berkecai juga kan. pujaan malaya ni dah sah-sah telah di ikat ketat-ketat oleh ayu raudah. ye ke ketat-ketat? choy! jahat je kan tanya soalan macam gitu. haha..



nasib baik la si ayu raudah ni pun cun melecun. bagai pinang dibelah dua la kan. so i redha kan pujaan malaya ni di ikat. tiba-tiba buat ayat pasrah, padahal tak ada kaitan pun mereka-mereka ni pada i. sekadar suka tengok muka hensem jambu batu, jambu air si zaquan adha ni je pun. okey, ini ayat tak nak mr ehem geram kat i sebab puji makhluk lelaki lain lebih-lebih. *__* . 


zaquan dan ayu dah selamat jadi suami isteri petang tadi. wow best! ..haha.. i sedang menyatakan perasaan seronok tengok orang berkahwin di situ. semoga perkahwinan diaorang ni berkekalan ke akhir hayat. okey, usha gambarajah majlis berinai ayu raudah. kelik beautifulnara






selamat pengantin baru kepada mereka *__*


suka coklat. suka ustaz coklat. suka strawberry coklat juga.


Assalamualaikum! USTAZ COKLAT, cerita baru kat channel Oasis. macam menarik untuk dijadikan aktiviti wajib bergolek depan tv untuk  melopong tengok cerita ni. cerita pasal agama tapi pendekatannya ala-ala komedi. i rasa mesti lebih kurang setanding macam cerita geng surau. 


i search sinopsis cerita Ustaz coklat ni tadi. ceritanya pasal ustaz kassim baru balik ke kampung dari London.  dia bawa pendekatan agama pada penduduk kampung tu terutamanya geng-geng terejai sepanjang masa melepak melalak. cara dia pikat hati penduduk dengan buat coklat sendiri. menarik kan. so, haruslah jangan tak tengok channel 106 ye. 




dan bila sebut-sebut pasal coklat ni, tiba-tiba je i teringat strawberry celup coklat kat cameron highlands ni. uihhh!!! delicious! bila masuk je dalam mulut rasa manis. then bila gigit rasa manis bercampur masam. berpakej gitu. again, delicious! 




menikmati dengan penuh teruja sampai tak sempat-sempat nak cari kerusi duduk. sambil berjalan mulut mengunyah. haishh! tak sopan betul kan. 3 batang lima ringgit ye. okey haruslah i akan mencuba sendiri kat rumah kan. dan memang i dah cuba buat pun. tapi menyampah betul bila cari gambar strawberry coklat buatan tangan i tak jumpa. tak dapat la i tayang-tayang kat sini. 


terasa nak pergi cameron highlands weekend ni semata-mata nak borang strawberry dua tiga lori lepas tu nak celup coklat. haha.. statement yang sangat tak rasional kan kerana tak mungkin la itu terjadi.. hari sabtu nanti i kena sekolah ganti untuk Chinese new year. jangan jealous ye, i cuti 9 hari nanti. haha.. 




#