#

eh ni muka orang ke? i ingatkan kertas lukisan


Assalamualaikum. 


bayangkan kalau i jadi mak andam. ada set makeup macam-macam jenis, macam-macam warna. siap ada box yang macam doktor bedah tu. apa agaknya jadi pada muka manusia yang i makeup kan tu ye? 


sanggup tadahkan muka korang untuk jadi kertas lukisan i? sila jangan memperkecilkan bakat i ni tau. okey, memang i kecil je pun. tapi bakat i besar. buktinya, i pernah jadi juara pertandingan makeup ibu tau masa family day polis daerah pasir mas. tahun 1996 or 97 kalau tak silap i. zaman kanak-kanak i dulu tiap-tiap tahun i masuk pertandingan tu. hebat kan i. 


hahaha.. geli pulak bila cakap besar macam gitu. tangan terketar-ketar macam kena penyakit Parkinson ada hati pulak nak jadi mak andam. tapi kan! i sebenarnya memang minat sangat bab-bab makeup ni. lebih-lebih makeup muka orang. semalam termakbul jugak hajat i nak belajar makeup. sangat terharu bila ada jugak yang sanggup tadahkan muka untuk i conteng-conteng. 



nasib la kau dayah jadi mangsa contengan i hari ni. rupa paras dayah setelah siap diconteng-conteng. 



kusyuk tau dengar mak andam professional explain teknik mekaup yang betul. entah apa-apa je sebenarnya yang i salin dalam notebook tu. i sorang je yang buleh paham. ini baru kelas sesi pertama. ada dua kali kelas lagi i kena attend.  



sesuka hati i je edit gambar ni sampai jadi sangat selekeh macam gini. kena tutup aurat tu..haha. mengamuk jugak si dayah kalau tengok gambar dia kena edit sehuduhnya gini. sorry la ye, i memang tak kuasa nak explore segala software edit mengedit ni. senang cerita i conteng dengan paint je. 


sebelah muka dayah di makeup dan sebelah lagi tak di makeup. terketar-ketar je bila nak pasang bulu mata palsu tu. susah jugak rupanya. tabik spring la pada rozita cek wan. mesti tangan dia kena bedung erat je masa baby. 




siap di makeup. sedia untuk majlis bertunang. cepat, cepat hantar rombongan ye. 




harus la kena ada muka i jugak walaupun muka sememeh je. makeup orang bukan main lagi, muka sendiri sempat calit bedak je pun. 




ni model-model i untuk next class. siap la korang. *__*




mexican pizzadillas @ elmigos


Assalamualaikum. 


lama betul i tak update blog ni. memang dah tahap bersawang pun rasanya. tak ada la sibuk sangat dengan kerja pun sebenarnya, tapi tiba-tiba mood i terpesong ke arah lain sekejap. mood menggatal survey segala datuk nenek yang berkaitan majlis kahwin. no no no! ha kata i dah gatal nak kahwin la tu. bukan untuk i la, tapi untuk housemate i. 


mood nak update belog dah datang balik. so hari ni update pasal aktiviti habiskan duit gaji. memang gatal segala anggota badan kalau duit gaji kat bank tu belum luak. tak tenteram je rasa. kaki gatal nak tekan minyak pergi ATM. mata gatal nak tengok barang-barang. mulut terasa gatal nak kunyah benda-benda sedap. tangan gatal nak keluarkan duit bagi pada cashier.  memang sepakat betul segala anggota badan ni. 


lepas keluarkan segala duit yang BERIBU-RIBU rupiah kat atm, terus laju je kaki cari tempat makan yang best. 



 tett tett tett. bunyi signal ye tu. lokasi dikenal pasti. ELMIGOS jusco tebrau. dah pernah dua tiga kali sebenarnya makan kat sini. tapi lidah memang jenis dasar tak puas kan. 





muka-muka kebulur yang setia menunggu makanan. 



i suka interior design kat sini. langkah je kaki terus rasa terdengar bunyi kuda, lepas tu ada cowboy tengah tembak-tembak. haha.. tiba-tiba berimiginasi tinggi la pulak kan. 





makanan dah sampai. tunggu apa lagi terus mengunyah dengan sepuasnya. yang gambar atas tu i punya xxl burger. gambar bawahnya tu salad untuk orang-orang tengah berdiet semata-mata nak slim masa pakai baju kahwin ye. menu lain i lupa nak ambil gambar la pulak. paham-paham jelah bila dah nampak makanan atas meja kan. fikir nak masuk mulut je. 


mulut dah penat mengunyah, perut dah penuh, duit pun dah berkurang. KEPUASAN pun diperolehi. misi berjaya. sambung jalan-jalan hilangkan kegatalan mata pulak *__*




P/S : asyik teringat cupcakes comel ni la pulak. 


misi seterusnya : cari cupcakes comel sedap sampai masuk mulut dan perut. 



congrats graduate!

Assalamualaikum.. 


finally my love mr ehem dah pun graduate. congrats buat mr ehem dan geng-geng pendidik keluaran ipg seMalaysia. tapi sayang beribu lemons sayang, i tak dapat pergi raikan majlis convocation mr ehem. ha! jangan tanya kenapa i tak pergi, nanti berbaldi pulak i nak menadah air mata ni. karang keluar air mata darah lagi parah. 


walaupun tak dapat hadirkan diri, i ada tempah something untuk raikan mr ehem tau. something special for him : 



mari merosakkan gigi mr ehem. haha. kejam!  great job JbChocolate Heaven! i tak sure dah sampai ke belum chocolate hijau ni depan pintu rumah mr ehem. i pulak yang over excited ni. para pekerja penghantaran, sila bekerja dengan pantas ye hari ni. 


kenapa i pilih chocolate? reason pertama adalah simbolik untuk kenangan tahun 2007. masa mula-mula mengorat i dulu, (meow, meow, sedang berpura-pura malu kucing) mr ehem ajak i makan chocolate. masa tu kat petronas. jarang lelaki suka makan chocolate. nampaknya mr ehem sekepala dengan i, suka makan chocolate. 


reason kedua i pilih chocolate warna hijau sebab mr ehem fanatik warna hijau. segala benda nak warna hijau. nasib baik i tak boleh dicat warna hijau je. kalau boleh memang dah jadi manusia hijau la agaknya i ni. haha.. tiba-tiba buat lawak sengal pulak. lagipun hijau ni kan warna petronas. simbolik kenangan dulu-dulu gak la ni *__*. 



okey, kasi promote JbChocolate Heaven sikit ye. kelik la pada link yang i bagi tu untuk usha macam-macam lagi sweet candy hasil kerja JbChocolate Heaven ni. confirm terpikat! 


senang je berurusan bila mengoder dengan owner nya. sangat mudah untuk berkomunikasi. untuk orang-orang area skudai boleh la pergi pick up sendiri. untuk chocolate mr ehem ni i mintak owner pos terus ke negeri sembilan. 




gambar mr ehem dengan classmate. congrats graduate! 



susah betul nak puaskan hati sendiri apatah lagi hati orang lain





UNDER CONSTRUCTION! 


dah berapa kali tukar template tapi still rasa ada yang tak kena. huh! 






selamat pengantin baru




lagi cerita kahwin untuk hari ni. meriah betul setiap kali cuti sekolah. penuh dengan aktiviti makan nasi minyak. Alhamdulillah ramai yang buat pahala besar kan. nikah dapat elak dari maksiat, buat segala makhluk syaitan menangis. then buat kenduri pulak dapat bersedekah pada orang ramai. wah gitu! ayat dah macam penceramah pulak. dapat jugak ilmu tau bila tengok majlis akad nikah kawan-kawan. 



the sweetest bride, arm amalina. tak lekang senyum dari bibir kan bila dah tukar status cik gadis kepada puan. 




alamak terdapat gegaran pulak di situ. reunion wanita-wanita sekampus. dalam masa 6 tahun banyak sangat dah berubah. 6 tahun lepas masing-masing macam budak-budak je. terjerit-jerit kat asrama, mengular nak pergi kelas, main kejar-kejar kat padang. sekarang ada yang dah jadi mak budak pun. i jelah agaknya yang ada perangai budak-budak lagi *__*



wajib la kan ada gambar bersama pengantin. kasi transfer sikit seri pengantin tu kan. 



salah satu hantaran hasil tangan kawan i jugak, encik fadzil. may be i akan guna khidmat dia jugak la nanti. 




ucapan yang wajib ; semoga korang berdua bahagia hingga ke akhir hayat. sentiada dirahmati dan diredhai. 



ketagih bau mamak osman


Assalamualaikum. 


BAU MAMAK? betul ke ni? lagi baik i ketagih bau minyak petrol dari ketagih bau mamak ye. oh no! tak sanggup i nak bayangkan. tiba-tiba rasa menyesal tulis tajuk macam gitu. haha.. 


cerita sebenarnya i ketagih nan cheese tandori di kedai mamak ye bukan ketagih bau mamak. orang bertanggungjawab buat i kena penyakit ketagih harus la cik farah. dia yang kenalkan i dengan nan cheese restoren mamak osman dekat belakang mydin, bandar baru uda johor. 


asyik terkenang-kenang je rasa nan cheese tandori ni tau. buktinya dalam masa sebulan je, lebih kurang 4,5 kali i pergi makan nan cheese tandori ni. 


tengok betapa gembiranya i. jom makan *__*



nan cheese tandori ni i punya



nan garlic tandori ni mr ehem punya



sekali dengan mr ehem i paksa teman i makan nan cheese tandori ni. nanti nak pergi makan lagi. siapa nak ikut jom la *__*



piya piya o piya

jom layan lagu Hindustan ni sambil bergolek-golek *__*




piya piya o piya piya, piya piya o piya piya.


tiba-tiba pulak malam ni terasa nak layan lagu hindustan. selalunya kalau kat rumah sewa mesti ada jugak sehari dua melayan hindustan. housemate i memang peminat setia hindustan. walaupun i bukan peminat hindustan, tapi kadang-kadang melayan jugak la lagu-lagu yang best.


lagu ni memang match dengan mood i malam ni. jom bergolek sama-sama *__*



kekna's wedding

Assalamualaikum!


jom bukak tirai cerita cuti sekolah yang i buat tersenyum lebar sangat-sangat. YEAP YEAP YEAP hurey bestnya cuti sekolah. haha. i tengah melompat-lompat ni. sekarang i tengah bermanja-manja dengan kaum kerabat di kampung halaman. sungguh NIKMAT! 


okey, cerita pertama musim cuti sekolah. i tiba-tiba jadi kendarat majlis kenduri kahwin kekna, kakak bestfriend i si farah tu. memang muka i ni dah semua kerabat diaorang kenal. atuk, nenek.induk, pakcik, makcik, anak, sepupu sepapat semuanya dah kenal i ni bestfriend farah. 



geng anak dara di muka pintu dewan. tugas penting ni tau! *__*



the gorgeous bride, inspector norismalina



the peach family



abang polis yang sangat tegap. auuu tergoda. haha. 



tak dapat la i merasa kahwin bawah pedang macam gini. nanti i suruh students i pegang buku jelah ala-ala macam pegang pedang gini gak. boleh? 



tahniah kepada kekna dan pasangan. semoga bahagia sebagai suami isteri ke akhir hayat. semoga dapat baby yang cute *__*



makan di Elmigos sehingga menjadi gemuk

Assalamualaikum. 



keadaan ketika perut i masih berbunyi kelaparan. kurus je i masa tu kan. tak sabar menunggu menu-menu yang di order sampai. lokasi melantak saat tu kat Elmigos jusco tebrau. sanggup kau bersesak kat jusco tebrau di hari ahad, menunggu lama cari park semata-mata nak jumpa my friends si bakal pengantin dan pengantin baru.


jom isi perut dulu. nyum nyum nyum!












Alhamdulillah dah kenyang. perut i pun terus membesar selepas itu. 



tengok! tiba-tiba je i menjadi besar. sangat besar! sesi bertemu pengantin-pengantin baru yang pakai baru biru PUAN ARM dan yang pakai baju putih PUAN SAL. selamat pengantin baru kamu-kamu.




besar dan pendek! apa-apa pun sangat seronok berjumpa kawan-kawan. *__*


cikgu boleh je jalan-jalan kat luar kelas

sedang cikgu berjalan dihadapan kelas 1 Intan untuk menuju ke kelas 5 Berlian, tiba-tiba :


cikgu : kenapa jalan-jalan kat luar kelas ni? cepat masuk kelas!

balqis : cikgu boleh je jalan-jalan kat luar kelas

cikgu : nah! ambil buku ni, pergi gantikan saya masuk kelas 5 berlian. tolong ajar diaorang, biar saya gantikan awak belajar dalam kelas ni. (sambil hulurkan buku-buku seberat lebih kurang 2 kilogram)


Balqis tersengeh-sengeh menampakkan gigi kuning berpakej rongok kat tengah terkedek-kedek masuk ke kelas.



pening! 


JOHO carboot sale


Assalamualaikum. 


Ahad lepas i dengan kaum kerabat berhuyun hayan sanggup meredah panas terik pergi carboot sale kat Lost Malaya, JB. sebelum ni i tak tahu pun kat mana tempatnya. bila google Lost Malaya keluar map area danga. Ceh! kerap sangat merendek kat kawasan ni. tapi still samar-samar lokasi sebenarnye. bila dah  sampai je area situ, rupanya yang amat la senang cari tempat ni. memang i selalu sangat lalu, tapi tak perasan je sebelum ni. 


beria i dengan kaum kerabat datang tengahari rembang. bukan apa, sekarang ni tiap-tiap akan hujan lebat waktu petang kat area tempat i ni. so sediakan payung sebelum hujan. i decide datang waktu sebelum hujan. 


i tak larat nak taip panjang lebar, tengok gambar la ye *__*






3 helai baru baru lima puloh hinggit. sangat cantek dan murah! 









pilih jangan tak pilih! murah, murah! sepuluh hinggit je tau. 



coin box yang sangat unik. 



colorful and delicious! tak percaya, search la website tu sendiri *__*






okey dah dapat handbag dengan skirt. jom balik! 



sayangi ibubapa

Assalamualaikum. 


Alamak! tiba-tiba penyakit malas nak update i datang lagi, padahal dah berjanji nak menaip tanpa henti sepanjang bulan ni. day 4 i kena update pasal my parents. okey, tayang gambar encik mokhtar dengan puan zarina dulu.


yang pakai baju belang-belang tu encik mokhtar dan yang pakai baju bunga-bunga tu puan zarina. haha. sengal je cara memperkenalkan abah dan mama kesayangan i ni. dah sah-sah la korang terus dapat tau yang mana encik mokhtar dan yang mana puan zarina bila tengok gambar ni kan.


i sayang encik mokhtar dan puan zarina. sayang sangat-sangat. ada ke anak tak sayang parents diaorang..? ishhh derhaka tau! tak cium bau syurga nanti. sekarang ni selalu je ada drama kisah-kisah anak derhaka pada parents. i ada tengok cerekarama tv3 baru-baru ni. tayang cerita anak derhaka. nabila huda yang berlakon. memang sah la anak derhaka mesti dapat balasan teruk. tak payah tunggu kat akhirat, kat dunia pun tuhan dah bayar cash je. 


abah and mama i ada karekter yang berbeza. dah memang ditakdirkan macam tu kan. kena saling melengkapi. kalau seorang jenis banyak cakap, yang sorang lagi kena la yang jenis pendiam untuk mendengar. ambil contoh api dengan air jelah kan. kalau api disimbah api, bertambah garang la jadinya. kalau air disimpan air, terlalu cool la pulak. so kena la ada gandingan dua karektor yang berbeza untuk complete each other.


biasanya mama i akan jadi medium penghantar untuk abah i. yelah kan, adik beradik i semuanya perempuan. so perempuan bercakap dengan perempuan kan lagi mudah. no no! bukannya abah i tak cakap apa-apa. kalau ada apa-apa, kitaorang mesti duduk sekali and berbincang anak beranak.


dulu masa i dalam alam kanak-kanak memang i tak nafikan parents i garang. mungkin cara diaorang nak mendidik i dengan adik beradik untuk hormat pada diaorang. lagipun umur kanak-kanak waktu yang sesuai untuk mendidik kan. 'melentur buluh biar dari rebung'. tapi bila i dah ke alam remaja dan alam sekarang, i dapat rasa parents i macam kawan i. kitaorang berborak, berbincang sama-sama macam kawan. cara diaorang nak nasihatkan i pun dah berubah. pendekatannya lebih kepada berbincang bukannya kena cubit macam kanak-kanak dulu.


i rasa semua parents yang waras dan sayang anak-anak diaorang pun buat benda yang sama macam parents i. insyaAllah harmoni keluarga tu. i harap keluarga i akan sentiasa bahagia, dirahmati Allah swt. keluarga korang jugak *__* 


pengamal slogan 'keluarga ku, syurga ku'



#