#

Perling Mall memang cantik, tapi...




Assalamualaikum..



sebelum bercerita tanyang gambar ni dulu ye *__*




soalan ni untuk orang johor. korang pernah masuk tak dalam bangunan ni.? tetiba la pulak nak buat bancian kat belog ni. i sengaja tak nak tanya penduduk luar johor sebab i rasa orang johor sendiri pun belum tentu pernah singgah ke bangunan Perling Mall ni.



sebelum ni tak pernah terbukak hati pun singgah masuk bangunan Perling Mall ni walaupun dah kerap sangat ke hulu hilir lalu depan bangunan ni. alkisahnye tiba-tiba terbukak hati nak singgah masa rombongan i, my sis dan tubish ke Tanjung Pial, Kukup. masa lalu je depan bangunan ni, tiba-tiba tubish bukak cerita yang dia pernah terbaca dalam belog pasal bangunan Perling Mall ni. penulis tu cakap bangunannya cantik, tapi sayang tak ramai orang kat situ.



so dengan semangat berkobar-kobar kitorang decide nak singgah masa odw balik dari kukup nanti. alang-alang dah tengahari, perut pun dah berbunyi-bunyi,  boleh la cari restoren best yang ada dalam Perling Mall tu sekali kan.



masuk je kawasan carpark mall, tiba-tiba kitaorang rasa pelik. carpark free, tapi kereta tak banyak pun. dengan tersangat la mudah kitaorang dapat park kereta betul-betul depan pintu masuk mall. suasana kat luar mall nampak lengang je. dengan slumbernya la i dengan my sis, syima berposing.



design mall ni memang unik. cantik. ala-ala bangunan rumah zaman dulu-dulu. berseni la kesimpulannya. okey, usha gambar dalam mall pulak ye :












tengah ghairah tangkap gambar kecantikan mall tu, tiba-tiba ada sorang pekerja mall tegur  "tak boleh tangkap gambar kat dalam ni!". upppss!! gitu pulak. ala ruginya. bangunan cantik tapi tak boleh nak simpan dalam memori camera pulak.


bangunan ni 2 tingkat je. i dah tahu kenapa tak ramai orang datang Perling Mall ni. sebabnya tak banyak kedai pun yang bukak dalam mall ni. tak rasa meriah pun nak membeli belah. kedai makan pun adaa dua tiga buah je. MCD dengan secret recepi kalau tak silap i.


 i rasa rugi betul bangunan yang cantik macam ni tak dapat sambutan. ni lah kali pertama dan last i pergi situ rasanya *__*


BBQ steamboat @ D'Terrace BBQ Steamboat


Assalamulaikum. 


cerita pasal makan-makan sampai buncit perut kali ni. memandangkan i dengan mr ehem memang 'berhantu' sangat dengan bbq steamboat, so haruslah lokasi nak memuaskan nafsu makan kat restoren bbq steamboat. 



kali ni kitaorang cuba kat restoren yang tak pernah kitaorang pergi lagi. D' Terrace BBQ Steamboat. dah banyak kali sebenarnya bff i si farah dengan wan suggest tempat ni kat i. tapi tak fell pulak nak pergi kalau tak ada mr ehem. so kena la tunggu dia datang johor dulu. tetiba rasa nak menjerit tak suka cinta jarak jauh. TAK SUKA! TAK SUKA! 


off topic la pulak kan. balik ke cerita asal. lokasi restoren ni kat JB. jalan nong chik. ala sebelah dataran JB je pun. depan thistle hotel. senang je nak cari restoren ni. 


konsepnya sama je macam Rawa BBQ Steamboat dan Steamboat & Grill Cottage yang i pernah cerita dulu. boleh makan sebanyak mana asalkan tak membazir. ada macam-macam jenis lauk. pilih la yang mana berkenan. then suka hati kita la nak campak dalam periuk steamboat or nak bakar hidup-hidup. harga RM19.90 per individu. 



haruskan bakar segala jenis daging dulu. 



makanan laut yang tengah tunggu turn nak dibakar




mr ehem bersemangat mengadap segala lauk yang ada. 




macam gini la rupanya di dalam kedai. kitaorang datang awal, so baru 2,3 tables yang ada customer masa tu. kalau datang malam sikit harus la kena menunggu baru dapat table. 



last but not least rupa paras manusia yang dah bertambah 3 inch ketebalan perutnya.  *__*



i suggest tempat ni pada korang-korang yang jenis nak melahap banyak-banyak. makan la sepuas hati korang nak. makanan memang sedap. sangat pandai la restoren ni perap ayam. seriously BEST! kalau datang makan ramai-ramai rasanya lagi best. meriah gitu. 





jangan lupa vote peserta BEST OUTFIT CONTEST

gambar-gambar peserta BEST OUTFIT CONTEST dah pun i upload di fanpage BLOG ADAMOKHTAR. so i umumkan proses mengundi sudah bermula. 


semua peserta boleh la memulakan kempen ye *__* . kepada suzana, amira dan mrs laila, sila upload pic u all kat fanpage i. i tak dapat copy sebab u all disable right click. sorry ye. 


BEST OUTFIT CONTEST



mengumumkan tarikh akhir untuk submit penyertaan "BEST OUTFIT CONTEST" akan tamat pada 16 mei 2011. lagi empat hari la nampaknya. so dengan sukacitanya i menjemput sesiapa yang berminat cepat-cepat submit penyertaan anda. 


uploadkan gambar best outfit anda ke fanpage 'BLOG ADAMOKHTAR' atau ke ruangan comment entry ini 'CIKADAMOKHTAR BEST OUTFIT CONTEST'.


terima kasih daun keladi kepada para peserta. kelik link senarai peserta untuk tengok para peserta yang cantik-cantik bangat *__*




bundle? apa kelas!



Assalamualaikum,


hye peeps!  


bercerita pasal pakaian bundle la pulak kali ni. terus terang i buat pengakuan kat sini. dulu i sangat anti  dengan barang-barang terpakai ni. konon nye geli nak pakai barang yang orang lain dah pakai. barang lama, buruk, busuk, murah.wah gitu, mengalahkan kerabat bangsawan duit berkepuk-kepuk je kan nak barang baru plus mahal aje. padahal nan hado pun. 



bagi i lelaki je suka pakaian bundle. untuk perempuan memang tak sesuai pakai barang terpakai ni. sungguh diskriminasi kan. tapi tu semua waktu dulu je. masa tak dapat pendedahan lagi. sekarang pendapat tu dah totally berubah. i penggila bundle sekarang. 


buktinya nah gambar-gambar i di lokasi wajib pergi setiap bulan. JOHO carboot sales. 






orang yang bertanggungjawab kenalkan i dengan pakaian bundle ni ialah cik farah dengan cik aliana. diaorang ni la yang berjaya bukak mata i untuk appreciate barangan bundle. rupanya barangan bundle ni sangat berbaloi. banyak je yang cantik kalau kita pandai memilih. tersangatlah murah pulak tu. memang tak rugilah kalau membeli. alah membeli menang memakai pendek dan panjang kata.


merata ceruk bundle i sanggup pergi sekarang ni semata-mata nak menjamu mata dan menghabiskan duit. seronok betul bila dapat shopping barang cantik dan murah. dengan harga bawah rm20 dah boleh dapat pakaian dan handbag yang cantik-cantik tau.


tapi sekarang i dah dapat habit baru pulak. suka sangat membeli dan membeli tapi tak sempat pakai pun. kadang-kadang i beli je pakaian yang i rasa cantik padahal saiz tak kena langsung dengan badan i. so sekarang i terpaksa cari cara penyelesaian terbaik untuk masalah baru i ni. i terasa nak jual la barang-barang yang i beli tu. tapi ada orang nak beli tak ye ?




senarai peserta BEST OUTFIT CONTEST









syarafina


emylyana


einz miszmessy


ieka


inaachik


adelin


loyar lawa


ainur natasha


iera ziera


suzana sukri


khayla


siti maisarah


aifa afiqah 


khadijah hamshah


zqiah


hernameiskaka


qemamici

contest masih berjalan. jemput la beramai-ramai memperagakan best outfit korang. suka betul i tengok contestant yang sangat meletup-letup gitu. kelik link BEST OUTFIT CONTEST untuk join =)





happy birthday to my girl



selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi farah
selamat hari jadi


5.5.86 telah lahir seorang budak perempuan yang jadi kawan baik yang pernah sebilik dan sekatil dengan i. teman bersuka ria, teman berair mata plus air hidung, teman membuat pahala, teman membuat dosa. 

cik farah, selamat hari jadi. i doakan u sentiasa happy, sentiasa bahagia, sentiasa dirahmati, sentiasa disayangi dan segala yang baik-baik jelah. 

dah makin tua rupanya u kan. *__*


cik farah, jom kita ambil berkat kakak u ye. nanti u kahwin i volunteer menyibukkan diri untuk u. then waktu i kahwin i lantik u jadi pengapit i *__* . tetiba pulak cerita pasal angan-angan nak kahwin kan. 


weekend ni kita jumpa ye cik farah, jom kita celebrate peningkatan umur u ni *__*



p/s : ramainya insan-insan tersayang lahir bulan mei ni. coming birthday ; syima, mama, mr ehem. 



kelas make up



Assalamualaikum. 


selamat kembali bekerja kepada diri sendiri dan semua orang yang bekerja. yang belum bekerja tu teruskan usaha mencari kerja ye. nanti baru korang tahu betapa nikmatnya dapat cuti hari pekerja setiap tahun. 


bukan main gembira terloncat-loncat la kan dapat cuti tiga hari. macam-macam plan i dengan geng bff rancang. kononnya nak memanfaatkan cuti hari pekerja di tahun kedua kitaorang bekerja dengan penuh makna. tapi, apakan daya. pengalaman bekerja dua tahun tu terlalu sikit dibandingkan dengan orang lain. kitaorang terlambat merancang. rupanya orang lain lagi awal merancang percutian dari kitaorang. jadi semua tempat dah full book. hancurlah harapan percutian kami. 


tak pa lah, i dah ambil pengajaran. lepas ni kena rancang sesuatu tu cepat-cepat. jangan lambat-lambat. bila dah terlambat mula la nak meroyan kan. tu kisah cuti hujung minggu lepas. nanti la i update apa yang i dengan geng bff buat untuk merawat kepatahan hati tak dapat bercuti merehatkan di pulau-pulau. 


so, entry untuk hari nak menayang-nayang aktiviti pembelajaran make up sesi kedua. dah berminggu pun kejadian ni tapi baru hari ni dapat seru nak mengupdate.  



kelas kedua ni memang berbeza sangat dengan first class dulu. kalau dulu i menconteng muka orang dewasa tahap mak-mak budak. tapi kali ni i menconteng muka anak-anak pulak. beza memang berbeza. maklumlah muka budak-budak suci bersih, tak ada noda-noda yang mencacatkan pun. 




mak andam tengah ajar cara buat sanggul. biasalah kan life as cikgu kena membiasakan diri jadi serba boleh menyolek budak-budak. yelah bila kat sekolah kena selalu menghantar budak-budak pergi buat show or pertandingan apa-apa. contohnya dalam masa terdekat ni budak-budak sekolah akan buat persembahan tarian zapin. so, siap sedia untuk diconteng muka ye kanak-kanak. 


cara makeup budak tak perlu tebal-tebal macam orang dewasa. cukup dengan sapu liquid foundation dengan two ways cake je. 



hasil kerja tangan i sendiri. komen mak andam untuk hasil kerja i ni ;

@ sapuan liquid foundation okey
@ sapuan two ways cake kurang rata / kena tebalkan sikit
@ kena praktis lagi teknik sapuan
@ eyeliner yang i pakaikan bagus
@ sapuan blushes kurang rata. nampak bertompok




nampaknya i kena praktis banyak lagi lepas ni. ha, cepat siapa nak jadi model i untuk angkat tangan *__*

#