#

#kalau saya ada anak

memandangkan hashtag #kalausayaadaanak jadi hot malam ni tetiba i pun sibuk nak berangan Kalau Saya Ada Anak . rasanya ini akan terjadi :

* sentiasa membuat pelaburan untuk kecomelan anak
* sentiasa mencari kedai pakaian kanak-kanak yang sangat comel

Homaiigoooddd !! tak payah tunggu ada anak sebab sekarang pun i dah cukup geramm dengan pakaian kanak-kanak. memang wajib masuk membelek-belek sambil terkinja "oh sukanya! oh suweeet nya! , Oh nak anak sekarang !". 

buktinya :




 tshirt i love mum tu memang wajib beli. jealous betul tengok anak orang pakai tshirt tu. okey untuk jaga hati daddy, nanti mummy belikan jugak tshirt i love dad ya . 

 sangat suka skirt ini. geram! geram ! mesti cute gila bila anak i pakai skirt ni kan . haha . berangan lebih nampak. 


dan jom ke kedai seterusnya :

oh tidak!! tak sabar betul nak pakaikan anak i dengan gaun ni. 

geng geram-geram tak sabar dapat anak . teruskan usaha !! 
nak beli semua ! 

kasut mereka pun sangat CUTE! 



#kalausayaadaanak . i sangat excited ! sekian, terima kasih .



Wakenabeb !

cerita benar tiga hari lepas . hari ni baru dapat hupdate disebabkan keadaan wireless yang macam nak makan terajang. sungguh ketara sakit hati di situkan . 

Balik ja dari sekolah dengan penuh kepenatan maklumlah berpuasa then kelas pulak penuh hari tu. ditambah pulak dengan penyakit selsemaku kembali. solat zohor then terus la laju cari katil. memang sangap betul nak berehat ni. 

tengah cantiknya punya mimpi tetiba dengar bunyi mesej masuk. siap kena berfikir dulu masa tu eh ni mimpi ke betul-betul dengar bunyi mesej. bukak ja mata terus capai hp. okey bunyi mesej betul-betul bukan mimpi. 


Lepas baca ja mesej tu terus melompat dari katil. tak ada maknanya nak cuci muka, gosok gigi dulu. melambatkan keadaan ja. terus salin baju, sarung tudung dah macam nenek.  berlari turun bawah start kereta. apa lagi terus tekan minyak. keluar habis segala skill drift bagai. dah siap perasan diri ni schumacher hokey !. bukan senang nak dapat feeling gitu .
 nak dijadikan cerita . beberapa minit kemudian. setelah i dah sampai separuh perjalanan . hp berdering . lagu dimana dimana trio ning, shila dengan jac tu. dimana ... dimana ... harusku mencari ...


Tubish : syida!, aku dah kunci kereta aku. kat dalam kereta kawan aku la . 


Cis ! Wakenabeb ! Bagai nak luruh jantung ni risaukan kereta dia tadi. kalau hilang kereta tu haruslah teriak tak sudah kan. Tubish! tak kira sila belanja i ice cream ! tak kira! 


lepas dapat call terus u-turn. sampai ja rumah, selsema dah hilang, mengantuk pun dah hilang . 





10 Chunky Layers Bigger Bites to Share & Tutti Frutti Froyo Fun

Hamboi kemain lagi tajuk kalau boleh nak list semua benda yang boleh masuk dalam perut kan. Dah macam blog jalan-jalan cari makan la pulak bila i asyik bercerita pasal makanan takpun tempat makan. kalau tak percaya cer cuba kelik label makan ni. Entry makan lagi banyak dari entry kisah lain rasanya. 

Okey entry ni cuma cerita pasal perut yang bernafsu makan yang tinggi. dalam masa lebih kurang 2 jam boleh pergi makan kat dua tempat yang berbeza dan bila balik rumah still rasa lapar tak cukup makan. i dah baca doa makan hokey sebelum makan! dah agak karang mesti kau kata i tak baca doa makan kan. 

tak payah perkenalkan panjang lebar lagi makanan & tempat makan tu sebabnya dah harus korang tau bila baca title entry ni tadi. tunjuk gambar sudah ye.

Lebih kurang pukul 3.00petang makan 10 Chunky Layer Pizza kat Pizza Hut Jalan Tampoi. sampingannya tu wajib la ada kan. Deli wings, Soup, Garden Salad, Seafood Lasagna. 

Habis ja makan lebihkurang sejam kemudian masih membuak-buak rasa tak puas makan lagi. jadi terus pergi cari benda sejuk-sejuk kat Taman Molek .

hasilnya dapatlah dua cup tutti frutti yang sejuk-sejuk ini. nafsu tinggi kemain ye bila tak cukup dengan 1 cup sahaja.

Haha ! rezeki terpijak nampaknya. It's Ladies Day bebeh! dapat 15% discount . that why la i sangat menghargai kelahiran i sebagai kaum wanita yang sentiasa mendapat keuntungan .


cukup cukup la tu makan. sambung makan malam nanti pulak ye .



#3 Wordless Wednesday Fida yang sedang panas





Urrmm .. kasih alia memang sedih . itu sahaja yang mampu i katakan . selebihnya tak nak comment sebab semua manusia sama ja. ada ja TERbuat salah dan silap . 


#2 wordless wednesday

cikgu beraya


Pengalaman duduk kat Johor rasa berbeza sangat dengan suasana kat Kedah. Penduduk kat Johor memang beraya sakan. menggunakan sepenuhnya setiap hari dalam bulan Syawal. selagi belum habis Syawal selagi tu la mood raya tetap ada. Beza dengan suasana kat Kedah. agak kurang terasa la mood raya bila dah habis minggu pertama Syawal.

naik ja sekolah lepas cuti raya hari tu sekolah i pun buat sambutan hari raya. tapi kecil-kecilan ja lah. antara cikgu-cikgu ja tak melibatkan murid. layan gambar jelah ye =.= 


Ustaz Fauzi

Majlis tahlil sebelum jamuan raya

kemain kusyuk amin kan doa. si aina siap pejam mata gitu.

tubish & zahidi

my big bos Encik Isa Bin Abu. My Guru Besar hokey. bagi ucapan sikit sebelum mula menyerang makanan .

jamuan raya ala kampung gitu. harus la kena control ayu duduk bersimpuh walaupan kaki tu dah kemain kebas.

berebut makan untuk second round. kuat makan betul depa ni.  haha .

daddy & sons . from left : Jam, the Old man Nazir, Naim

merpati dua sejoli, sedondon pulak Akak Haslina dengan Cikgu Nazir.

Geng serumah sewa .



mak dara & anak dara . off course anak dara tu i la kan.

Gambar kenangan semua guru Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa. dah macam kanak-kanak rebina ja pulak perangai cikgu bila tak ada students .


p/s : terima kasih daun keladi pada RadwanShah selaku photographer. lain kali banyakkan lagi rupa paras i ye. tak adil sungguh gambar i ada dua tiga keping ja. kesian i tau berposing guna iphone ja. 


dosa sendiri tak tertangguh sibuk nak fitnah orang lain pulak


Petang semalam masa tengah kusyuk pilih shawls kat kedai tiba-tiba terdengar suara lantang seorang mak cik berkhutbah pada kawan dia. #kawan dia la agaknya takpun sewilayah dengannya. lebih kurang macam gini la bunyi khutbah tu .

"Berdosa pakai tudung bersanggul tinggi macam patung ni. orang kita sekarang ni sibuk sangat nak tiru gaya arab. tak elok langsung dengan budaya kita . bla . bla .bla . bla " 

panjang jugak la mak cik tu membebel. tersenyum sinis ja customer lain yang ada dalam kedai tu bila dengar mak cik tu berkhutbah. then semua buat-buat pekak ja, malas nak dengar. bukan sengaja nak pekak kan telinga tapi i rasa mak cik tu sangat annoying. tak kena tempat la dia nak berkhutbah hal dosa orang bertudung SEBAB

 sekadar gambar hiasan dari google.

Lebih kurang macam ni gambaran rambut buruk mak cik tu menggerbang. dengan tanpa was-was dia tayang pada semua orang . tak pulak mak cik tu rasa insaf nak tutup aurat sendiri kan. lagipun kawan mak cik tu i tengok cantik ja bertudung, menutup aurat. memang tak sesuai ! semut kat seberang lautan jugak yang dia nampak. gajah depan mata buat-buat tak nampak pulak . 


Doodle free lagi


Kah Kah Kah . 
harus la Mr Ehem gelak bila nampak doodle seburuk macam kat atas tu kan. Puas i menahan  tangan dari terketar-ketar masa lukis doodle ni tau. Mr Ehem, sila hargai karya agung i khas untuk u ni ye.


Ye i sedar sememangnya kurang berbakat nak berseni-seni. kurang berbakat je bukan tak berbakat langsung. *ayat tak nak rasa terlalu bertangan kayu la tu kan. i teringin la nak ada doodle yang comey lotey macam orang lain juga. jadi disebabkan kekurangan diri ini, i rasa elok lah merujuk pada pakar .


ni lah pakar doodle yang bertangan lembut


Eh! boleh dapat doodle free lah ! i NAK ! NAK ! tak kira nak jugak ! tetiba menjadi kanak-kanak terlebih gula.  kalau korang nak jugak kelik la link ni : Doodle Free Lagi

syarat nak dapat doodle free ni senang je. kena follow blog dan link fanpage. haruslah i dah buat sebab i sangat kagum dengan kelembutan tangan-tangan seni yang pandai mencipta doodle yang comey lotey . then kena buat entry pasal doodle free lagi. seterusnya ajak la blogger lain. baru meriah kalau sama-sama ada doodle comey. anies, ciima dan ed cepat buat entry macam gini. jom kita sama-sama dapat doodle comey.

kalau lah i ni bertuah berpeluang jadi insan terpilih dapat doodle free, i teringin nak ada doodle comey pakai baju kurung warna pink siap pakai name tag. sungguh bersifat kecikguan gitu  >.<  pakai shawls belit-belit hokey. cikgu sekarang ni pun dah pandai berfesyen tau. haha.  Lagi best kalau boleh dapat doodle sepasang lelaki dan perempuan. cikgu addin dan cikgu ada. haha. sangat mengada-ngada kan =.='


Ha! tunggu apa lagi, cepat la siapkan entry macam i ni =)



jangan nak perasan muda lah



come to UNTIE darling . amboi kemain seronok dapat peluk ketat-ketat si Riqzi ni. rasa nak picit-picit ja pipi tu sampai merah. haha . kejam sungguh . 

Smile to camera Rizqi ! sebenarnya i yang kena marah dengan photographer amatur sebab bukan Rizqi yang susah bagi pose, tapi i yang lagi rumit. sekejap pandang bawah, then pandang tepi. sungguh buas.  Bila i dah pandang camera Rizqi pulak yang dah bosan. 

Riqzi ni anak classmate i masa kat maktab. mak ayahnya dua-dua kawan i. seangkatan dengan i masa zaman ke hulu hilir dengan couple masing-masing masa kat maktab. Alhamdulillah tak sia-sia diaorang bercinta sakan, lepas ja posting terus kahwin. then terhasil lah Riqzi. and automatically i terus rasa tua sebab dah naik pangkat jadi untie . 

 
HoomaiiGod sesuai ke muka i dapat title untie. haha. i'm not ready yet .25 tu muda lagi kan ? >.<


Tetiba teringat ayat-ayat mak masa bersembang waktu cuti raya lepas . "Daus kat depan rumah tu dan bertunang. Kenduri kahwin bulan 12 nanti . Hana kat belakang rumah tu bertunang raya ni" . Urrmm dah jodoh diaorang sampai dulu kan. =.='  Eh apa pulak kaitannya dengan Riqzi? Okey, lupakan ayat-ayat mak tu. 




masih ada cinta

Geli geli ja baca tajuk kemain jiwang tu kan. memandang ramai pulak yang bertanya status antara i dengan mr ehem sekarang, jadi i menjelaskan kebenaranya kat sini. tak sangka ramai yang ambil berat . Ouch!! touching >.<




i paham semua persoalan status i tu wujud bila ramai yang nampak status fb i dengan mr ehem tetiba ja berubah jadi macam kat dalam printscreen tu. Okey, kisahnya macam gini. masa tu i dengan mr ehem datang bulan jadi mood tak berapa baik. jadi wujud batu dalam kepala masing-masing dan tangan menjadi gatal untuk tukar status. konon merajuk membawa hati pilu dan lara la sangat kan.

Tapi tak lama lepas tu bila mood masing-masing dah cool, kami pun kembali macam dulu-dulu. cuma malas nak betulkan balik status tu. propa ja lebih semuanya ni. Alhamdulillah jodah kami masih panjang. doakan jodoh kami terus kekal selamanya.

Bila mood dah baik harus lah wujud gambarajah macam ni. as usual sengih-sengih dalam fitting room. Lokasi Levis Plaza Angsana, JB. berlaku dua minggu sebelum raya. haruslah tengah shopping raya tu. Finally mr ehem jumpa jugak corduroy yang berkenan dihati.



Dah habis shopping terus laju ja ke 11Century Hotel . Aktiviti wajib bila dating haruslah kena makan-makan. disebabkan bulan Ramadhan jadi makan-makan biasa bertukar jadi aktiviti buka puasa. Pukul 1 tengahari dah call hotel buat reservation tau. Plan asal nak berbuka kat Hotel Selasa tapi memandangkan dah full booked so cuba jelah makanan kat 11Century Hotel. 

tak kira i tetap nak cerita jugak walaupun cerita Ramadhan dah basi. Jom tengok apa yang i dengan mr ehem makan >.<

penuh pinggan hokey! 

 standard orang kampung la kan ulam-ulaman dengan sambal belacan mana boleh tinggal. tak lengkap la kan.

 Gila jakun first time i makan siput sedut. puas mr ehem mengajar i menyeduk. sampai tersedak-sedak i menyedut. dah la pedas kemain masak lemak tu tapi sedap. 

 satay with kuah kacang

 Laksa Penang ? Pfftt .. tak kena langsung. menyesal ambil.

sup kambing

yang ni paling i suka. buah-buahan tempatan. sangat Malaysia kan >.<

buffet untuk dewasa rm48 . kanak-kanak i dah tak ingat. Rate makanan kat sini i kasi 3 bintang. sesudah makan, bayar dan balik.


p/s : masih ada cinta antara i dengan mr ehem. InsyaAllah i akan sentiasa pertahankan perasaan ni. i sangat hargai kawan-kawan semua yang sangat prihatin tentang kami. sorry la buat korang semua pening/risau/menyampah/pelik dengan perangai kami yang kadang-kadang tak berapa matang tu. doakan jodoh kami terus berkekalan ye .



#