#

video majlis pernikahan


nak macam gini jugak ! nak jugak ! 




DIY -Tissue Pom Poms





Dah jatuh cinta dengan pom poms ni tapiiii bila nak start buat neh ? *_*


wedding dress




Lace over Satin Sleeveless Halter Neckline with Beaded waistline and Overskirt with Center Front Slit and Chapel Train 2012 New Arrival A-Line Wedding Dress.


Organza Strapless Straight Neckline with Bodice with Beaded Accents and Skirt with Ruffles 2012 New Arrival Slim A-Line Wedding Dress.

credit to weddingdressesnz



  



credit to Aire Barcelona





Tanjung Dawai



Assalamualaikum . Yeay! it Wednesday, so time to Wordless Wednesday! haha... padahal blur tak da idea nak tulis panjang-panjang . okey make it simple, nak taip cepat-cepat sebab kena jadi driver bawak mak pergi pasar pagi.


Ini Mr Ehem i yang susah senyum tapi i tau dia senyum dalam hati *_*   Sebagai bakal abang ipar yang baik, Mr Ehem pun membawa bakal adik beradik iparnya berjalan-jalan di tepian pantai. 








Next time kita pergi memancing pulak hokey .



#4 Wordless Wednesday



Pearl and Sabah Bah





If all the circumstances of acting are made to easy, then there's no grain of sand to make the pearl . ~Peter Sarsgaard


Kerjaya sebagai cikgu tidak semudah yang disangka. Eh! #TETIBA je kan. 




Tapi, untungnya jadi cikgu sebab selalu dapat hadiah . Asal student pergi bercuti mesti ada buah tangan untuk cikgu. Modal nak ambil hati cikgu lah tu kan. *__*


Testing! testing! . Buah tangan dari Sabah Bah di tangan berbulu ku . haha .. 

Entry paling laris




Analisis untuk 10/1/2012 



Tak sangka rupanya ramai yang berminat dengan cerita berkaitan perkahwinan. Itu je nak cakap. Hahaha!   selamat mendirikan rumah tangga to all geng B2B. Eh bukan body to body tau, it's BRIDE TO BE.  *_*  



THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY



Assalamualaikum . Hello ladies ! Eh ladies je ke ? tetiba wujud diskriminasi jantina pulak kat sini kan. Para lelaki kacak jangan terasa hati ye. Actually entry ni berkaitan dengan Ladies .  Presenting to you THE LADIES PHOTOGRAPHER ! 



Jom tengok hasil kerja THE LADIES PHOTOGRAPHER . Link Facebook  . 


Yang bestnya ada berita gembira dari THE LADIES PHOTOGRAPHER . after three years blogging, finally they decide to organize an awesome giveaway for us . 

Hurry up ladies! okey guys pun boleh. Haha . Giveaway ini berlangsung sehingga 31 Januari 2012.  Sebelum terlupa, syarat pernyertaan perlu tag 5 orang rakan blogger lain . so inilah insan-insan terpilih . 




Untuk keterangan lanjut sila kelik : THE LADIES PHOTOGRAPHER


*** Credit to dhiera. I jumpa giveaway ni dari belog comel beliau *__*




#3 Wordless Wednesday






True Match Roll' On



Hello peeps!


Presenting the first roll on foundation from L'Oreal Paris:   . 

Taraaaaa!! it's True Match Roll' On




With the flexible Roll' On applicator, now you can achieve ultra-even, natural looking coverage and a velvety finish. Wow! that's awesome right ?




For more info click : True Match Roll' On



Merancang bajet perkahwinan


Assalamualaikum . Salam Sejahtera . Hi all gorgeous bride to be ! 


Soal budget mesti jadi perkara utama yang semua bakal pengantin fikirkan. Pening jugak kepala nak berurusan dengan wang ringgit. Yelah semuanya mahal belaka sekarang ni. 20k pun belum tentu cukup untuk sebuah majlis perkahwinan . 


I tak mengharapkan majlis yang grand ala-ala artis pun. cukuplah sekadar majlis yang sederhana tetapi tetap menjadi memori terindah dalam hidup i dan pasangan. juga dapat memberi keselesaan kepada tetamu yang datang. 


Ramai yang bagi nasihat pada i jangan membazir menguruskan persiapan dan ramai juga yang menyarankan untuk merancangan budget perkahwinan ini dengan teliti. merancang budget penting untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan segala items tidak tercicir. 


Sebenarnya i download budget kahwin ni daripada salah sorang bride to be, kalau tak silap i dari  cik kina yang sekarang dah jadi puan pun.  so kalau ada sesiapa berminat bolehkan kelik pada link kat bawah ye. 

Budget Perkahwinan

kongsikan kepada kawan dan dapat upah dari churp churp. Eh bestnya!



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Wah bukan main panjang tajuk dah macam satu perenggan karangan pulak. Korang semua mesti pernah dengar pasal Churp Churp kan . I pun dah lama sebenarnya dengar dan dah lama jugak lah join Churp Churp ni. Tapi yang sadisnya sebelum ni i tak pernah terbuka hati nak mendalami dengan betul-betul.

Sebelum ni asyik baca blogger lain tulis pasal cash out ganjaran Churp Churp jee. Then sekarang dah wujud rasa cemburu membuak-buak. Why not i pun cuba manalah tahu dapat guna untuk belanja kenduri kahwin kan. Haha!  Kemain besar kau angan-angan.

Tapi tak mustahil pun kan. kalau tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Contohnya duit Nuffnang yang i biak sikit-sikit melalui belog yang tak seberapa hebat ni. Alhamdulillah selepas setahun i tak cash out, jumlah yang ada sekarang dah boleh i gunakan untuk tampung kos door gift nanti.

Untuk mereka-mereka yang sewilayah dengan i bolehlah sama-sama kita berkenalan dengan Churp Churp yang kelihatan sangat comel ini .


Boleh kongsikan perkara-perkara best dengan rakan-rakan dan boleh join contest ? wow! i suka . korang suka tak? 

Urrmm... Siapa yang layak jadi member?


Rasanya tak ada masalah untuk kita semua jadi members sebab haruslah masing-masing ada facebook, twitter dan lain-lain kan. I sangat tertarik dengan ayat last tu "lebih cara untuk kongsi = lebih ganjaran!" . wow! double triple suka! siapa yang tak suka ganjaran kan. 

Ala bukannya susah pun setakat share kemeriahan, produk, trend dan kempen pada status facebook ataupun twitter korang. Lagi bagus share benda-benda macam gini daripada korang tulis status merapu meraban jiwa karat hati terluka takpun share link yang tak berfaedah berpakej dengan fitnah. Meluatlah pulak i tengok kat timeline facebook penuh dengan cerita kutuk orang itu,orang ini. HUH! buang masa, menambah dosa . Ha kalau share kempen churp churp dapat reward tau . 


Untuk keterangan lanjut boleh lah kelik link CHURP CHURP ini . 




selamat kembali ke sekolah


Assalamualaikum .



senyum sampai ke pipi ye cikgu 


Selamat pagi cikgu . sambil gojet-gojet macam kanak-kanak comel upin ipin tu . Alo-alo kiutnya kanak-kanak tu kan . Okey tu cuma imiginasi cikgu je. jangan harap lah kan ada situasi tu kat sekolah . semuanya macam skema je . haha .. 


4 Januari 2012 , bermulalah hari pertama persekolahan  sesi 2012 . Bermula jugaklah pengalaman baru dalam hidup kank-kanak comel tahun 1. yang parent pulak dapatlah kenangkan balik pengalaman diaorang masa kanak-kanak dulu . zaman menangis meraung nak ikut mak ayah balik rumah. lepas tu takut-takut nak mintak permission pergi toilet then terlepas dalam kelas. haha. sangat kelakar kan.  Eh! i tak da pengalaman tragis macam tu ye . 


Nak dijadikan cerita, dari pukul 8.00pagi sampailah i balik pukul 2.00petang seluruh Taman Puteri Wangsa terputus bekalan elektrik. Off course lah Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa termasuk dalam senarai jugak. Homaaiigoood!! gelap, panas, basah ketiak, terhidrat, kering tekak . 


Yang paling best mestilah part adegan menangis, meraung nak ikut mak ayah balik . sangat kelakar hokey! satu sekolah bergema dengan bunyi kanak-kanak menangis . Ibubapa pun bukan main ramai di sekolah menghantar dan temankan anak-anak kesayangan diaorang kat sekolah. mungkin esok dah berkurang jumlahnya . Biasalah first day kan, masing-masing tengah semangat. 


Itu jelah pengalaman 4 Januari 2012 . Eh terlupa pulak, hari ni gelapkan dua tahun i bergelar cikgu . Yeaayy!! tepuk tangan untuk diri sendiri  pap pap pap . Okey cukuplah update belog, cikgu nurul syuhada kena siapkan rancangan mengajar untuk esok pulak .DAAaa~ 




trend inner bawal



Assalamualaikum . hello ladies! Salam tahun baru dari AmHijabs

Okey mari i memperkenalkan Inner Bawal dari AmHijabs


Inner Bawal Hitam digayakan dengan Shawls Yasmeen


Inner Bawal Maroon digayakan dengan Shawls Bawal Neesa


Inner Bawal Pink digayakan dengan Shawls Flora Chiffon 


Ha!! cantik kan. sesuai digayakan dengan semua jenis shawls tak kiralah dari materials chiffon, lycra, cotton dan lain-lain. Inner Bawal diperbuat dari material casa cotton ataupun bawal. bukan bawal nombor 1 ye sebab terlalu lembik dan tak sesuai. kami menggunakan bawal nombor 2 dan 3. 


Untuk pengetahuan koleksi Inner Bawal dari AmHijabs dah pun masuk batch 3. Alhamdulillah permintaan yang diterima sangat menggalakkan. So, korang yang cun-cun tu bila lagi nak gayakan inner bawal dengan koleksi shawls korang. 


Dapatkan Inner Bawal dari AmHijabs dengan harga hanya RM5.00 sahaja. Harga yang paling murah ditawarkan InsyaAllah . Visit AmHijabs  for more colors. 


welcome 2012



welcome 2012,  with love -adamokhtar-


Hooreey! Hooreeey! yep yep hoorey!  First entry untuk tahun 2012 . 

Alhamdulillah masih dipanjang usia, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan bernyawa didunia ini . Juga masih diberi Rahman dan Rahim kepadaku. sangat bersyukur untuk segalanya . So aktiviti di 1/1/2012 adalah berehat sepenuh masa di rumah dan terus menikmati segala kesempatan yang ada *__*


Bila masuk tahun baru masing-masing mulalah bercerita pasal azam. Tak ada azam yang special bombastik untuk i pun sempena 2012 ni sebab tak kuasalah nak berazam sampai dua kali setahun. Masa Awal Muharam hari tu pun dah pasang azam. cukuplah menunaikan azam sempena Awal Muharam. lebih berkat rasanya. 


Tapi biasalah, kenalah ambil semangat tahun baru jugak kan. Takkan nak biarkan kedatangan tahun baru macam tu saja. Dah macam orang tak bersemangat pulak gitu. Kedatangan tahun baru ni i sambut dengan perasaan excited nak masuk alam persekolahan lagi. Hello! cikgu pun ada perasaan excited nak pergi sekolah tau. 




Macam murid-murid jugak, semalam cikgu dah bershoping alat tulis dengan gembiranya. Yeaayy!! dapat alat tulis baru. Dairy, pen hitam, pen merah, gam, corrector, pisau . Persiapan ala kadar, taknak membazir. Alat tulis lain guna je yang tahun lepas. 



Yeaay!! Back to school . haha . kemain semangat kan . Tak sabar nak jumpa murid-murid kelas 4 Intan esok. Esok ada majlis pendaftaran murid kat sekolah. 
Hello pupils ! 





Okey, yang ni termasuk dalam list pembaziran . Upps! tak tahan tau tengok kecomelan pinky love ni. Sebenarnyakan, i dah ada tiga batang pen yang comel macam gini. suka lah pulak nak buat koleksi . Nanti bila-bila i tayang untuk tayangan umum ye *__*




Happy new year darls! 







#