#

#5 Wordless Wednesday




siapa lagi hebat ?



Pahang dok ?




Oh angin sampaikan rinduku padanya


28/2/12 
selamat hari lahir adikku Mimie yang comel dan bersuara sedap macam misha omar . 


29/2/12

1/3/12

2/3/12

3/3/12

4/3/12

5/3/12

6/3/12

7/3/12

8/3/12

9/3/12


10 days to go .. urrrmm . . .




Rindu laksa Teluk Kechai . oh lazatnya! oh enaknya! oh sedapnya! oh meleleh air liur! 


tapi lagi rindu pada . . . . 





RINDU MAK/ABAH

RINDU ADIK BERADIK TARIK-TARIK RAMBUT

RINDU MR EHEM

RINDU BAU KEDAH


bau kedah? ntah! main taip ja tu  *_*


Tudung baru update !



Assalamualaikum . Mengumumkan pelancaran Tudung Fatmaa, Tudung Imani dan Tudung Wafaa. 


Tudung Fatmaa
Ada empat pilihan warna. Sedia menerima tempahan bagi saiz S,M dan L. 
S: RM30
M: RM38
L: RM47


Tudung Imani
Koleksi Limited Editon. Hanya terdapat dua pilihan warna. Tempahan hanya bagi saiz M sahaja
M: RM35


Tudung Wafaa
4 pilihan warna yang menarik. sedia menerima tempahan bagi saiz S,M, L dan XL
S: RM38
M: RM44
L: RM53
XL: RM63


Untuk koleksi penuh sila ke Page AmHijabs . Order boleh dibuat melalui Order Form. Kos penghantaran RM6 bagi 1-3 helai. 





Deco ideas for wedding






suka lagu ni .
suka video ni  .
suka deco wedding dalam video ni jugak .

tapi sedih bila dengar lagu ni :-(







deco deco deco!


Assalamualaikum ..  

Surprise! Eric in da house ! 

Okey, tak ada maknanya Eric tiba-tiba nak muncul dengan jeritan SURPRISE! kat depan pintu rumah i kan. Jangan nak berangan lah ada yang volunteer nak deco kan rumah secara free kan. So dengan berbekalkan keazaman yang membara nak deco rumah sendiri bila dah berdua nanti, maka hujung minggu dimanfaatkan dengan mencari idea. come to ideas! please come to me! 



lokasi mencari idea. Uni Home Deco, Taman Mount Austin JB.  ada tiga floor yang penuh dengan perabot & barang hiasan rumah. dan juga pekerja yang sangat efisyen. mengikut je ke mana customer pergi. siap pakai walkie talkie tu. 


Set furniture rama-rama. Exclusive sunggoh nyah! ternganga mulut mak tengok rama-rama disana-sini. 


Presenting Ani, my new housemate. sungguh terharu dengan kesudian dia melayan mood ngada-ngada i ni kan.  sedang membelek perhiasan kat floor 3. 


sangat suka dengan rak yang boleh lekat pada dinding tu. wajib ada kat rumah i nanti. 

koleksi jam dinding yang bermacam-macam pilihan. 


Hanya mampu terlopong dengan perabot bilik tidur kat floor 2 ni. Wow! selain jual perabot, cadar pun ada dijual. sangat berkenan dengan cadar-cadar tu dan sedang berkira-kira duit nak beli nanti . 


Kat floor 1 pulak ada koleksi lampu, pasu dengan bunga. kesimpulannya sangat menarik. Dah puas membelek-belek barulah keluar dengan hati yang puas walaupun tak beli apa-apa pun. at least dapat cuci mata dengan girangnya. 


Sehari sebelum cuci mata kat sini, i dah cuci mata kat KK HOME DECO. off course lah sangat seronok jugak pergi cuci mata kat situ. terlupa nak curi-curi ambil gambar. haha. Tapi i akan pergi lagi situ sebab housemate i dah tolong buat member card pun. SEE! sangat bersemangat kan. 


Lepas ni nak ajak Mr Ehem cuci mata kat IKEA pulak *__*




bahan bacaan lucah untuk kanak-kanak


Astagfirullahal ‘adzim





Melampau sangat lah ! pelik betul macam mana buku yang lucah macam ni boleh senang-senang je dijual. Pasaran untuk kanak-kanak pulak tu.

Memang pendidikan seks tu berguna tapi janganlah melampau sangat sampai siap ada illustrasi tahap real macam tu. Proses hidup ni tak perlu nak diperjelaskan terlampau details secara serentak. untuk peringkat kanak-kanak setakat tahu perkara asas je dulu cukuplah kan.

kenapa ada yang mengimport buku ni masuk ke Malaysia? kenapa kedai buku tak tapis buku yang dijual? kenapa ada yang membeli buku ni? kenapa ibu bapa atau orang dewasa tak pantau buku yang anak-anak baca?

terlalu banyak soalan kan . sama-sama lah jadikan iktibar. buatlah apa yang patut untuk masa depan anak-anak .






senarai semak 8 bulan sebelum majlis perkahwinan



Lapan Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan 

# kenalpasti baju pengantin yang berkenan di hati. tetapkan bilangan persalinan . cari tudung yang sesuai jugak.  ~ InsyaAllah 3 persalinan je. 1 untuk nikah, 1 untuk resepsi perempuan dan last one untuk bertandang. 

# tempah mak andam /MUA untuk majlis. ~ Alamak! belum booking lagi. Untuk nikah maybe guna khidmat freelance, then untuk resespsi & bertandang guna khidmat bridal je.

#daftar kursus pra perkahwinan. ~ Mr Eham dah daftarkan. cuti sekolah mac nanti pergi sama-sama kat sungai petani. 

# semak semula bajet. ~ Ini yang paling pening, sentiasa kena edit je Haiiya!! 



Trend Pelamin 2012



Assalamualaikum . Hello Ladies! 

Hari ni cakap-cakap pasal the trend of wedding dias for 2012. nampaknya semangat Do it Yourself sedang membuat-buak kat mana-mana je. semua bride-to-be berkobar-kobar nak mengabdikan hasil kerja tangan sendiri untuk hari bersejarah masing-masing. Puas hati tau dapat tunjuk hasil kerja tangan sendiri.  lipat-lipat kertas dan tisu jadikan bunga. off course la i pun dah terpengaruh. haha! . 

Yang paling i suka sebab dapat cut cost! bakal pengantin yang poket tak berapa tebal memang sentiasa fikir pasal bajet. so elok sangatlah kalau dapat gunakan kreativiti masing-masing untuk hari bersejarah. Murah tapi sweeet!!  itu yang i nak sangat. 

Memandangkan masing-masing tersangat creative, jadi trend pelamin yang i nampak untuk tahun ni pun semestinya lah bertemakan DIY menggunakan kertas dan tisu! Bukan setakat bakal pengantin yang usahakan sendiri tapi bridal pun dah guna konsep yang sama. 

2 minggu lepas ada Festival Gala Seri Pesona kat Angsana, JB. wajib la i pergi cuci-cuci mata kan. jom  tengok deco pelamin yang ditayangkan. 

dias 1
 
dias 2

dias 3

dias 4 . I paling berkenan yang ni! homaiigodd! sangat comey! 




dias 5

dias 6

 dias 7

dias 8

dias 9

dias 10

 SEE! 10 dari 14 bridal guna konsep DIY kertas dan tisu then ditambah dengan lantern . walaupun kos rendah tapi tetap nampak high class kan. 


dias 11

dias 12

dias 13

dias 14


Kebanyakkan bridal gunakan konsep yang simple but sweet. kombilasi warna pun lebih kepada yang menenangkan, senada je. then dah tak ada kain kat belakang pelamin di tarik ke kiri, kanan. terjurai-jurai. Penggunaan penal kotak pun dah diubahsuai. kebanyakkan bridal guna roman pillar dan pelamin kerawang ala-ala tomok tu. akhir sekali penggunaan bantal yang comel di pelamin. 


So go for DIY and choose the simple but sweet babeh! 



Selendang iLi Collection



Hello peeps!


Cantik tak shawls bermanik-manik warna-warni tu? suka tak? I dah jatuh cinta dengan kecomelan shawls tu.

Okey, I nak share vendor yang best untuk mereka-mereka yang mencari shawls yang gorgeous untuk dipakai masa majlis tunang, nikah . Untuk sanding or sambut menantu pun i rasa boleh je. kesimpulannya sesuai je untuk apa-apa majlis. Bride to be from Kedah sila ambil perhatian *_*

Selendang iLi Collecion ni hasil kerja tangan kawan sekolah i, Hazirah Ibrahim . Yang pakai shawls kuning dalam gambarajah kat atas tu. Jom tengok dulu hasil kerja yang lain :





Ha! amacam, jatuh hati tak? Hazirah Ibrahim sedia terima tempahan untuk pelbagai design . harga bergantung pada design yang korang pilih. dan semestinya harga sangat affordable.



in progress . . .


korang boleh terus pm facebook Hazirah Ibrahim untuk menempah.




kejutan yang menakutkan



Ya Allah, kami meminta keselamatan agama dan kesejahteraan badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki dan suka takut sebelum mati, mendapat rahmat diwaktu mati dan keampunan sesudah mati. 
DOA KESELAMATAN sumber : jabatan mufti selangor




Syukur Alhamdulillah dia selamat . itu yang paling penting .



speechless! 
sangat terkejut, tergaman, terkeluar air mata, blur bila Mr Ehem call bagitau dia baru je accident. then lagi terkejut bila dia send gambar ni. 



Ya Allah! Selamatkanlah kami dari sebarang musibah, berilah kami kerahmatanMu, keselamatan di dunia dan akhirat, kesihatan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat. 





Photoshoot Part II



Assalamualaikum . Entry penuh gambar .









ups! yang ni belum ready 


hasil kerja Snappshooter  Pixwork SP.  kepada bride to be utara yang tengah mencari-cari OP untuk majlis anda boleh la kelik link yang i bagi tu . 




Grace Kelly's Wedding Dress


Hello peeps! I'm in love with Grace Kelly style . 



Grace Kelly , Icon of Style for Royal Bride 


 symbol of high taste and personality 









Kate Middleton stunning in Grace Kelly style



Maya Karin



Salam Maulidur Rasul







Siapa yang cinta kepada Nabi nya, pasti bahagia dalam hidupnya. 







Making Tissue pom poms



Yeay berjaya menghasilkan tissue pom poms pertama masa kelas pendidikan seni. Tepuk tangan untuk diri sendiri . Haha . Ternanga mulut students tengok tiba-tiba cikgu sangat beriya-iya lipat-lipat kertas.



and the best part was bila student tiba-tiba tanya "cikgu nak kahwin ke?" Upss!  ketara sangat ke cikgu korang ni tengah excited ?  haha


Boleh kelik link TISSUE POM POMS ni untuk tutorial. 




#