#

Carboot Sale!





Bonet kereta Amhijabs & JuaiJuaiShop di parking pelajar UTM Skudai. 







JuaiJuaiShop buka bonet di Archixpo 2012







Yeepi!! Meet JuaiJuaiShop there darls! 





Jom serbu bonet kereta cik paah *_* . surely i pun akan ada di sana. Produk Amhijabs pun akan menyelit di lot JuaiJuaiShop. 


So, come and support us *_*






04/04/84 suprise!



Awal-awal nak bagitau yang entry ni dah diperam beberapa hari. memang dah jadi tabiat tangguh-menangguh kerja. bukan setakat update belog tapi assignment kursus induksi pun belum usik langsung. haissh!! sungguh teruk sekali. ada lagi hokey! minit mesyuarat agung pibg pun belum buat.  sistem maklumat murid pun belum update padahal kerja tu yang patut i dahulukan sebelum retis update belog. Hommaaigood! teruknya makhluk ini!.

terpanjang la pulak intro i. terus kepada misi men suprise kan encik mokhtar dan puan zarina sempena ulangtahun perkahwinan ke 28 tahun . petang tu, (dah tak ingat hari apa sebab lama sangat peram cerita) i dengan anies sengaja buat-buat aksi sedang bosan tahap cacing kepanasan dalam rumah. kononnya nak keluar merayau hilangkan bosan. so terus start enjin kereta keluar merayau ke gurun. itu jelah tempat yang paling banyak kedai-kedai berdekatan dengan rumah i. 


Jangan nak berangan dapat makan kek sedap secret recipe kalau setakat melilau kat pekan gurun dan guar cempedak ye. Belasah jelah kedai kek yang ada. i sendiri pun dah hingat apa nama kedai kek ni. anies yang suggest sebab dia pernah beli kek kat kedai ni. kononnya paling best antara kedai-kedai lagi di wilayah pekan gurun dan yan. Kedai ni letakknya betul-betul depan Jerai Plaza. 


Hamboi kemain tudung akak neh. terus tertarik, terpaku dan terkesima. teringin nak buat macam ni jugak lah. tapi yang pastinya tak mungkin i pakai seglamor tu untuk pergi kerja. untuk dinner or party sesuai la. karang berpinau pulak mata students kalau i pakai pergi sekolah. 


Taraaa!! kami yang merancang segala-galanya. mintak ampun la kat syima dan p'qah sebab korang berkemungkinan tak dapat merasa kesedapan kek tersebut. Haha.. sila cepat balik rumah kalau nak rasa!



Yummy!! . off course lah chocolate moist cake jadi pilihan. semua ahli keluarga i memang penggila chocolate. pantang jumpa chocolate mula lah berebut. dah macam semut kerumun gula agaknya. terlupa pulak apa nama kek ni. semua benda lupa. haish!! . yang penting sedap. 



Suprise!! Yeay, plan berjaya. Alhamdulillah keluarga i sentiasa bahagia dan happy bersama hingga saat ini. puan zarina taknak bergambar sebab tak tutup aurat. so ada gambar encik mokhtar potong kek sorang jelah.

selamat ulangtahun perkahwinan kepada encik mokhtar dan puan zarina. semoga terus berbahagia hingga je Jannah. thanks for being the best parents in the world! caaayang abah & mak.



hunting kain-kain



Hello Ladies, Assalamualaikum . 

Hujung minggu lepas i dengan penuh kerinduan terhadap keluarga pun amik cuti dan balik kedah. Dah alang-alang cuti 5 hari kat Kedah, so harus la ambil peluang melilau dengan puan zarina, bonda kesayangan dan adik yang berbaki dekat rumah tu. kebetulan my sis anies pun tengah cuti jadi cukuplah geng melilau. 

As usual, encik mokhtar kena jadi penunggu rumah merangkap babysitter my lil sis yang tak boleh ponteng sekolah. makan lauk kedai lagi untuk beberapa hari lagi. haha. 

Misi hari tu adalah mencari kain untuk baju nikah, baju raya adik beradik merangkap family attire masa i bertunang, baju raya mak & abah dan langsir rumah. Bukan main bersemangat cari baju raya padahal puasa ganti pun belum terganti. 

I sengaja nak prepare semua ni awal sebab ada lagi 3 pasang baju i kena sediakan untuk diaorang. so adalah merbahaya kalau ditangguh-tangguh. better settle kan awal-awal untuk elak duit keluar dengan banyak serentak & elak tailor mengamuk sebab hantar seguni pastu terkejar-kejar suruh cepat. 

Lokasi pertama ialah Gulati's Silk House. jumpa macam-macam jenis beaded material tapi harganya buat i rasa pening-pening sikit. almaklumlah pengantin bajet so haruslah mencari yang  kos rendah. tak dinafikan memang luruh hati tengak beads yang sarat kemain pada kain. tapi i tetap keluar dari gulati's dengan tangan kosong. Hahaa. .



Next hunting ialah Gayathiri Silk Palace. Tak pernah terfikir pun sebelum ni akan masuk bangunan kedai ni. tiba-tiba masa tengah drive muncul mentol dengan idea cepat singgah gayathiri dalam kepala. Terkejut mak bila i keluarkan cadangan bernas tu, tapi diikutkan jelah kerenah i. Hahaaa.

Masuk je kedai terus feeling ala-ala kajol la kan. bukan main rancak lagu hindustan siap pakej dengan bau-bauan masyarakat india. Bila bercakap terpaksa kuatkan suara sebab muziknya terlalu lah kuat. 


Terus jadi rambang mata bila nampak saree yang murah dan cantik. rasanya lebih dari sejam kitaorang memilih. sekejap pegang itu, then pegang ini lepas tu letak balik. haiisshh!! memang tak keruan jadinya. Kebetulan masa i pergi kedai ni tengah buat sales gila-gila. so harga memang super duper mampu. 


Akhirnya berjaya buat keputusan beli 5 pasang kain untuk baju raya adik beradik, sepasang kain untuk baju raya mak dan sepasang kain baju nikah i. Semua kain kat sini ukurannya 6meter, so cukuplah 5 pasang je untuk adik beradik i. itupun confirm ada lebih kainnya nanti. 

Semua plan asal berubah bila masuk kedai ni sebab susah nak jumpa warna yang sesuai. memang untung sangatlah kalau korang jumpa warna yang soft kat sini. semuanya terang naaalaaa punya. plan asal baju raya adik beradik warna cream + soft pink. baju kurang moden dengan kain flowy tu. tapi terus berubah jadi baju kurung pahang warna light pink. 

Plan asal baju nikah pulak warna cream. tapi sampai berpeluh-peluh cari tak jumpa warna yang sesuai. kalau ada pun tak berkenan dengan sulaman & combinasi warna beads dengan kain. Terpaksalah bertukar plan ke warna ala-ala tea susu. terus mms mr ehem then dia bagi green light. tapi kan, risau jugak sebenarnya ni, manalah tau bila mr ehem tengok kain tu nanti dia tak suka. urrmm . . 


Total cost untuk 7 pasang kain adalah RM340. tetiba rasa i lah pengguna paling bijak pada saat ini. dan sangat teruja untuk datang ke kedai ini lagi next time. 



Stesyen seterusnya adalah nagoya. Terjumpa lah pulak baju melayu below RM100. off course la terkinja seronok kan boleh terus beli baju melayu untuk encik mokhtar. lebih excited bila jumpa warna baju melayu yang match dengan warna saree mak yang baru beli tadi. tapi! alamak apasal seluar untuk saiz M gabak besar sangat. confirm meleweh kalau encik mokhtar pakai. so terbatal lah niat nak beli baju melayu. Tangguh dulu sementara waktu, better encik mokhtar datang sendiri so senang boleh fitting sendiri kan.


Naik ke tingkat atas bahagian langsir pulak. sekarang masa untuk melayan kehendak mak i pulak. mula-mula pilih dulu design langsir yang nak ditempah. malas nak fikir banyak, tempah je kat nagoya untuk memudahkan kerja. then bermula lah pilih kain yang sesuai. memang dah penat sangat tahap nak baring atas lantai nagoya masa ni. anies dah tahap tak boleh bercakap. pakej lengkap lapar, haus dan penat. 

Settle beli kain langsir, kitaorang ke kamdar la pulak. dengan pantasnya pilih kain untuk produk amhijabs. sibuk dengan hal kahwin sampai teranak tirikan pulak online shop adik beradik ni. InsyaAllah inner bawal akan masuk ke batch 6. coming soon ! 

Alhamdulillah selepas sesi hunting kain untuk hari tu. selesai je beli kain terus pekena bihun sup semangkuk. Fuhh! Then sampai  rumah masing-masing terus terbongkang *_*






header baru lagi



Assalamualaikum . 

Hurreyy belog bertukar header lagi. kalau dulu gambarajah berseorangan sekarang dah berduaan. Haha. sangat retis nak jugak tayang gambar berduaan kepada public kan. 


header zaman konon-konon solo



header konon-konon sehati sejiwa. InsyaAllah *_*


Kedua header belog i  ni hasil kerja tangan cik adik anys nadhilah yang comel. sangat puas hati dengan header yang dia buat. actually template i yang sekarang pun hasil kerja dia jugak . kalau u'ols terasa nak berubah header or template boleh la contact dia. sure murah babes! 




Ini header untuk blogshop i dan adik beradik. finally amhijabs berjaya ada belog juga. Haha. senang-senangkan lah diri anda melawat blogshop amhijabs ye .  LINK : amhijabshop







Alhamdulillah

Syukur semua family kat kedah selamat. Baru je sampai jb dari kedah pagi tadi tup tup petang ni kecoh berlaku gegaran kat sana. Kecut perut dibuatnye.

Dah la rasa bersalah & menyesal semalam sebab tak peluk & salam dgn mak abah betul-betul. Punya sibuk nak jawab phone call sampaikan cincai-cincai je salam masa nak naik bus. Sepatutnya dahulu kan parent dari phone call tu.

Tujuan asal balik kedah pun sebab rasa rindu sangat kat family. Rasa rindu nk peluk mak abah. Paham-paham jelah bila stress mesti rasa nak dekat dengan family.

Alhamdullilah lega sangat bila call mak & dengar suara mak cakap everything okey & amaran tsunami dah pun ditarik balik. Syukur Ya Allah.

Harap semuanya akan terus okey. Amin...

pelamin cermin













semua gambar pelamin ni i ambil di Pameran Dunia Raja Sehari kali ke-5 kat Plaza Angsana. Nampak gayanya trend mirror pulak tengah in sekarang.



Karnival Kahwin-Kahwin Kedah




Bride to be Kedah jomlah kita jumpa kat sini Sabtu nanti *_*



Vendor Kad Kahwin #Johore



Assalamualaikum. Hye bride to be Johore, korang ada jenguk Plaza Angsana tak minggu ni ? Sekarang tengah berlangsung Pameran Perkahwinan Dunia Raja Sehari kali ke-5 kat Plaza Angsana dari 30/3/2012 sampailah 8/4/2012.

Kat sini i list kan vendor kad kahwin yang buat offer menarik hati di pameran tu untuk korang.

Kat sini boleh dapat pakej kad vip+kad kahwin +guestbook + boxes yang sangat cun. Custom kad pun super cun. Harga custom kad agak murah tau. lebih kurang 55sen je.

Anew Bridal (sebelah tesco plentong)
Terus cair bila tengok kad kahwin yang sangat comel. semuanya handmade tau. spesis kad comel-comel yang guna riben + dolly paper tu. korang dapat bayang kan kecomelan kad tu. harga kad start dari 49sen.

Housemate i tempah & sewa gubahan hantaran kat sini. bagi i sangat berbaloi sebab harga untuk 16 dulang (2 belah pihak) cuma RM500 je. kalau gubah sendiri and beli-beli semua barang rasanya harga lebih mahal dari tu. lagipun housemate i dah tak cukup tangan nak prepare hantaran sendirian berhad.

Ini yang paling i suggest sebab cantik dan murah. Yeayy! i dah pun booking kad kat sini. RM380 untuk 1000keping kad. 38sen je girls! plus dapat bunting & 2 petunjuk arah tau. sangat suka dan harap hasilnya sangat memuaskan.

Marina Cards (Level 5, Plaza Angsana)
Yang ni i kena promote lebih sebab mak student i yang punya. Haha! Harga promosi dengan 29sen. Kad hot stamping hokey. gila murah tuh! i dah pun booking kad untuk pihak mr ehem kat sini.

Yang paling syok, mak student i dengan baik hati nak sponsor kad vip untuk i sebagai hadiah pernah mengajar anak dia. Alhamdulillah syukur sangat. sangat happy hari ni sampai senyum ke telinga.


semua kad di Marina Cards adalah 50% diskaun. sangat rugi kalau korang tak grab. Penggemar kad jenis hot stamping i dengan sepenuh perasaan suggest korang guna khidmat Marina Cards. 



Studio Inspirasi NS (simpang renggam)
design cun + harga murah. sangat berbaloi tau! harga RM400 untuk 1000 keping kad then dapat free gift 2 bunting, 4 petunjuk arah , sampul bunga, woven bag & free postage. I hampir-hampir booking kat sini tapi bila mengenangkan jauh pulak nak ke kedai so terbatal lah hasrat tu. 


sekian review vendor kad kahwin yang i rasa berbaloi untuk bride to be yang bajet macam i *_*





Northern Photographer



Assalamualaikum. 

Sekarang I tengah dalam mode pening memikirkan OP mana yang patut i hire. Kat sini i senaraikan 11 Northern OP yang i dah dapat quotation dan dah puas i belek hasil kerja diaorang. 



3. Norazammudin Azizan (Guar Cempedak)

4. Fenomena Pictures (Sungai Petani)

5.  Photo Village Studio  (Bayan Lepas)

6. Andalas Adnan Photography  (Penang)

7. Catchy Click (Alor Star)

8. Gorgeously Pictured (Bandar Baru)

9.  MyStepped Production (Kulim)

10. Shereen Zahiran Photography

11. Nasir Zin (Kepala Batas)


I rasa cara terbaik yang i buat adalah malam ni i akan list kan semua OP yang kat atas then buat senarai banding beza. Point penting yang i kena tengok mestilah harga, quality, produk yang i akan dapat dan cas pengangkutan.  So cau cin cau. I nak settle kan misi penting ni dulu *_*





Handbouquet








Amacam cun tak?  Semua fabric handbouquet yang comey lotey ni hasil kerja LYANA ZAMRI, salah sorang geng group bride to be 2012. seangkatan dengan i la tu kan. 

Alhamdulillah, dah ringan sikit kepala ni bila dah settle booking handbouquet untuk majlis nikah i nanti. i dah booking since februari lepas tau. i memang dah lama jatuh hati dengan fabric handbouquet tapi memang tak sempat rasanya kalau semua benda i berDIY. dah tak cukup kakitangan rasanya ni. so, bagai mengantuk disorong bantal bila the gorgeous Lyana buat offer khidmat membuat handbouquet yang comey ni. Terus i grab hokey!  

U'ols boleh visit Page Something For You ni untuk tengok contoh handbouquet yang lain. selain guna fabric, Lyana Zamri ada jugak guna felt dan satin. 

So sekarang i kena fikirkan handbouquet untuk majlis tunang, sanding and bertandang. Buat masa ni i just  berangan nak guna fresh flower dengan material felt. InsyaAllah i  cuba DIY tapi bukan kesemuanya lah. maybe salah satu je.  


7 months 15 days to go . Yeayy, cambateh!! 



#