#

Kapten Steamboat & Grill @ Johor Bahru


Assalamualaikum . Entry kali bercerita tentang tempat makan lagi. Kali ni jom makan di Kapten Steamboat & Grill, Johor Bahru.


Pemandangan dari belakang restaurant. disebabkan i park kereta di belakang restaurant, so dapat gambar bahagian belakang jelah ye. 

Masuk je restaurant terus terpegun dengan decoration. sangat style hokey . tempat makan yang sangat selesa dengan pemandangan yang menarik. 


susan atur perabot .


as usual MR Ehem tengah sibuk dengan iphone nya. 


proses memasak sedang dilaksanakan. macam-macam pilihan makanan laut dan darat ada disediakan. i wajib ambil segala jenis daging & MR Ehem wajib ambil segala jenis seafood. 


sambil tunggu makanan masak boleh layan movie dulu. 


4stars untuk keselesaan. 3stars untuk kesedapan makanan. untuk yang terasa nak mencuba tempat makan baru boleh la datang sini. tapi kalau nak dijadikan tempat melepak yang biasa rasanya tak berapa syok pada i. i lagi suka buffet steamboat berbanding ala carte. 








Something Handmade By Nuie Giveaway



Bismillahirahmanirahim . Salam 10 Ramdhan u'ols :) 


cute hair band. mesti sangat comel kalau cousin i yang kanak-kanak rebina tu reramai pakai hair band ni masa wedding i nanti kan. 

Bunga telur yang super cute yang sangat lain dari yang lain. Menarik untuk dibagi pada mereka-mereka yang merenjis pengantin nanti.

key-chains yang so suuweet ni rasanya sesuai dijadikan doorgift untuk tetamu cilik kat majlis nanti. boleh la diaorang gantung pada beg sekolah, kunci basikal or bekas pensil. haruslah kawan-kawan sekolah jealous nanti. 



Amboi kemain berangankan. Semua barangan kiut miut kat atas tu semuanya i jumpa di blogspot SOMETHING HANDMADE BY NUIE. segalanya adalah handmade hokey! i memang respect habis dengan owner blog ni sebab mampu buat benda-benda yang sangat special macam tu. bukan calang-calang orang ada bakat dan kudrat untuk buat semua tu :)


dan ada yang lagi special adalah owner blog tersebut dah pun melancarkan 1st giveaway untuk bride to be. 


Hureey! nak join! nak maklumat lanjut boleh klik link ini : SOMETHING HANDMADE BY NUIE GIVEAWAY





Contest by sepetgurl.blogspot



Bismillahirahmanirahim . 


 Ladies, dah tak terbilang berapa kali dah i join contest. dan setakat ni nampaknya rezeki untuk menang tu belum ada. hurrm . tak berapa bertuah agaknya. HAHA. tapi tak boleh patah semangat kan. so mari mencuba lagi. 




Contest ni memang lain dari yang lain. boleh pilih hadiah sendiri . ada hadiah A,B,C,D,E. Then kena cerita benda yang agak merapu. bab merapu-rapu ni i memang suka sangatlah. sebagai motivasi untuk menang jadi mari pilih hadiah hadiah. rambang mata i memilih tau sebab semuanya best. 



Hadiah B , Button Badge. 50 bijik u'ols. 


Hadiah E , Jahitan manik bernilan RM70 u'ols . 


Now bercerita tentang idea majlis perkahwinan yang i dengan pasangan teringin sangat nak buat tapi confirm kena reject dengan kaum kerabat. Idea asal dari MR Ehem then i olah sikit touch up sini sana kasi lagi menarik. memandangkan MR Ehem adalah ahli pengakap seumur hidup maka dia pernah bagitau yang dia nak kitaorang bersanding pakai uniform pengakap. pelamin dan segala hiasan adalah daripada buluh. ala macam time perkhemahan pengakap tu diaorang buat gajet dari buluh kan. masa berarak nak ke pelamin ada anak murid MR Ehem lengkap berpakaian pengakap berderet bagi tabik. Perghh mesti kembang habis time tu. HAHA. decoration hantaran semua kena guna bahan semulajadi. guna daun daun, ranting kayu, buluh macam sumber hutan gitu. Photoshoot pulak kat Kem Pengakap. 


contoh idea pelamin dan decoration yang perlu dikembangkan lagi. 



Amacam cik sepet, menarik tak idea i? HAHA.  


nama penuh i NURUL SYUHADA MOKHTAR, pasangan i FUARUDIN RAZALI. InshaAllah kami akan disatukan pada 16 November 2012. 











Mee Racun Batu Pahat


Assalamualaikum . 


Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita semua diberi peluang beribadat dalam bulan Ramadhan tahun ni. dan bila dah masuk bulan Ramadhan mula pening kepala berfikir tempat berbuka yang sedap sedap. HAHA. 

so ni salah satu idea tempat makan makan dengan menu yang best.


Mee Racun Batu Pahat. terletak betul betul depan Maybank Bukit Pasir, Batu Pahat. kat tepi jalan besar. kalau dari bandar Batu Pahat, kedai ni kat sebelah kanan.



menu yang wajib haruslah MEE RACUN! 

terus terang cakap yang i ni bukan penggemar mee. tapi bila sekali pekena mee racun terus ketagih. sanggup turun ke batu pahat semata-mata nak makan mee racun. dalam mee racun ni ada telur dan daging.


geng makan makan :)




mak andam majlis bertandang


Assalamualaikum . 


4 month to go! glup! Persiapan terkini yang i baru je buat adalah jumpa mak andam untuk majlis bertandang. Mr Ehem & family decide untuk guna khidmat mak andam dari Gemencheh. Lupa lah pulak nama butik andaman ni. HAHA. benci tau bila terlupa benda penting. Induk Mr Ehem pernah hire mak andam ni untuk majlis dia dua or tiga tahun lepas. 



Entah apa la yang dimenungkan tu. 



bakal mak mertua tengah berbincang dengan mak andam. 



salah satu koleksi songket di butik andaman ni. Insha Allah i dengan Mr Ehem pun akan pakai songket nanti. tema tradisional gitu. bakal mak mertua i yang cadangkan kitaorang pakai songket. i pun suka dengan cadangan tu sebab dapat feeling raja dan permaisuri. HAHA.  



Tema tradisional, warna hijau kuning.  semangat KEDAH sangat kan. 





Special Promotion: Creative by Lynda



Hello darling! 



tak kira nak join jugak walaupun di saat-saat akhir. bencinya kenapa boleh lambat tahu perkara best macam gini. HUH! 


here we go !

SPREAD THE WORDS!

I CAN GET THIS TOO FOR FREE!
500pcs white paperbag favors (decorations only)
10pcs of VIP favors
1pc of exclusive guestbook with frame
A handbouquet


WHAT I NEED TO DO;

Click like on my facebook page
www.facebook.com/creativebylynda
Share the picture above on my timeline

OR

Save the picture above
Share and spread the words on my blog
Leave my blog url in the comment box!

Easy.




kedua-dua cara i dah buat dan sekarang berharap untuk menang. HAHa. Insha Allah kalau ada rezeki . Aminn :))







share your love with cards



Bismillahirahmanirahim .




hi gorgeous! it's now for second giveaway from Sazalina Zakaria



oh sangat teringin nak menang barangan diy dalam gambar ini. makin berkobar-kobar nak diy guestbook, signage, bla bla bla. sila doakan i berjaya :))



do visit sazalina zakaria to join .



featured in dara.com



Assalamualaikum . 



dara.com edisi julai 2012 . 


korang dah beli belum. kalau belum sila pergi beli dengan segera. 



sebab ada muka i. HAHA. tetiba terasa sangat retis dan jakun first time muka kampung-kampung masuk majalah. 

wearing handmade shawls by my lovely sis. 


Latest Update :Bride To Be Checklist



Assalamualaikum  . 


Bismillahirahmanilrahim . dengan mengada-ngadanya mempersembahkan my wedding diary ! Selain belog, segala yang berkaitan dengan perancangan dan angan-angan i semuanya dicoret dalam diary bebulu ini menggunakan pen malu-malu meow itu. Kadang-kadang kat belog tak boleh tulis semua benda, tapi dalam diary ni tak perlu ada rahsia pun. 


BRIDE TO BE CHECKLIST 


1. Tarikh 
Tunang - 16/11/2012 . after Asar
nikah - 16/11/2012 . after Isya
Bersanding - 17/11/2012
Bertandang - 24/11/2012

2. Kursus Kahwin & Legal Document
Kursus kahwin - done! 
borang nikah -pending
hiv test - pending
tok kadi & saksi - pending

3. Vanue 
Tunang- my house . done!
nikah - Masjid Jamek Yan. done!
Bersanding - Dewan Dato' Madi. done!
Bertandang - Felda Raja Alias. done!

4. Catering 
Tunang- pending
Nikah - pending
Bersanding - booked! Zul Nasi Arab
Bertandang - done! . Rewang. 

5. Pelamin & Decoration 
tunang - pending 
nikah -pending
Bersanding - booked! deposit RM1500
Bertandang - booked! deposit RM450

6. Outfit
Tunang- pending. baju nikah mak. kena ubahsuai. 
Nikah -pending. dah hantar tailor
Bersanding - haasz boutique
Bertandang - booked!

7. Wedding props
signage - pending
bunga maggar - pending
guestbook - pending

8. make up 
tunang -pending 
nikah - booked! deposit RM30. 
Bersanding - pending
Bertandang - booked!

9. OP 
tunang - pending
nikah / Bersanding - booked!. deposit RM100
Bertandang - pending

10. OV
nikah - booked! deposit RM350

11. Wedding Favors 
Gendang - pending
Dj - pending
Kids - pending
Homestay - booked for family addin. booked for family paklang. 
pending for friends & others family

12. Rings 
tunang - pending
nikah - pending

13. Invitation card 
sanding - booked! mak student sponsor . Yeay!
tandang - booked! deposit RM50
guest list -pending

14. Family Attire 
tunang - done! dah hantar tailor untuk mak & adik-adik.
nikah - syima, anies, pqah, mak settle. mimie & abah pending.
Bersanding - pending
Bertandang - pending

15. Hantaran 
For him - watch, perfume, Quran. done!
kemeja,  wallet/tie, kasut, sireh, kek, ipad. pending!

For me - kasut, handbag, telekung, facial set . done!
sireh, chocolate, perfume . pending!

16 . Honeymoon - pending

17. Spa Treatment - pending 



First page . 




Checklist ini akan di update dari semasa ke semasa *__*  4 months and 2 weeks to go .






#