#

Review : Haasz Boutique



Assalamualaikum . 


Yeayy dah pun dapat cd gambar kahwin dari OP. jadi tibalah masa nya untuk sesi review segala cerita kahwin. Review kali ni berkaitan butik pengantin pada hari perkahwinan I. Selepas survey lebih dari 10 butik pengantin, hati I berkenan untuk pilih Haasz Boutique. Okey tau korang nak cakap yang gigih gila perempuan ni pergi survey sampai 10 tempat. Ye, kadang-kadang I memang over. haha.


Kenapa I pilih Haasz Boutique?  


tak nak terus jawab. layan gambar hasil kerja Haasz Boutique sambil I bagitau sebab-sebabnya okey :)

















































Pelamin yang simple tapi sangat sedap mata memandang . 




Pintu gerbang berbelon . Idea pelik-pelik belon bagai ni haruslah dari suamiku. Bab request benda mengada-ngada memang serah kat dia. haha. Masa awal pagi cantik je belon kembong-kembong then sampai waktu berarak je tinggal berapa biji je yang kembong. yang lain semuanya dah meletup. 






set persalinan baru yang tak tahu nak cakap apa sebab TERSANGAT SUKA! Adin cakap dia nampak hensem pakai baju ni. I pun setuju! 



I pilih  Haasz Boutique adalah owner nya, Aleya paling memahami apa yang I nak. I cuma nak  yang simple but nice. cute itu penting. tak nak bunga banyak-banyak sampai tenggelam diri I yang comel ini. Tak nak gempak meletop kebabom sangat. Pakej berpatutan dengan budget I yang tak seberapa. 


Ini list perkhidmatan yang I ambil dari Haasz Boutique :

1 x baju pengantin L/P
1 x pelamin
Aksesori L/P
Bunga Tangan 
(bukan yang dalam gambar tu, nanti next time I tunjuk dalam entry HB)
Payung
Pintu Gerbang
Set bantal bersila 
(Aleya baik hati bagi pinjam ja)

Total keseluruhan below  RM3000. 


Tema asal yang I pilih light purple. Tapi Haasz Boutique gabungkan pink dan purple. Yeaayy  sangat suka. Haha. walaupun konon nak lari dari pink tapi terserlah owner butik ni dapat baca apa yang I suka :)


Banyak perubahan yang I buat dari masa first deal hinggalah ke hari majlis berlangsung. Syukur sangat sebab Aleya sanggup layan kerenah I. Asalnya kitaorang discuss tentang pakej majlis di dewan. disebabkan masalah dewan terpaksalah tukar lokasi ke majlis di rumah. Lepas tu tiba-tiba I mengada-ngada nak cancel makeup dengan meja makan pengantin. Di tambah lagi dengan masalah teknikal yang menyusahkan Aleya kena berulang ke rumah I dua tiga kali. Huiishh dugaan betul dapat customer macam I. Haha. 


Kesimpulannya Haasz Boutique adalah terbaik. segalanya AWESOME! 


Haasz Boutique (Aleya )
Taman Rakyat, Mergong, 05150 Alor Star
012-4937244



oreo & almond crepe



Assalamualaikum . 




nampak sedap tak? 


Sungguh jakun bila baru dapat rasa makanan bernama crepe. dah berkurun kot serata alam bercerita pasal rasa crepe tapi makhluk ni baru terhegeh-hegeh nak rasa. Lepas tu dengan penuh bangga nak juga cerita kat belog. 

Alasan paling kukuh kenapa I  sungguh ketinggalan zaman bab merasa kesedapan crepe adalah flavor yang banyak sangat I jumpa adalah DURIAN. oh tidak!! kenapa durian bukan rambutan? bukan pulasan? bukan mangga? bukan mata kucing? sesunggahnya kenapa mesti buah yang berbau kuat itu yang membuatkan I tak berani untuk dekat dengan crepe. 

Selepas orang dah puas makan durian crepe barulah timbul flavor yang lain-lain. Dan barulah insan-insan yang alah bau-bauan raja buah yang sungguh syahdu dapat cuba dekatkan diri dengan crepe. 


orea crepe. 































yang merah tu almond crepe. I paling suka flavor ni sebab boleh gigit-gigit almond. 


Ini cuma pendapat berdasar lidah dan tekak I. kalau nak berdebat dengan orang lain confirm I kena tarik diri awal-awal sebab suara majoriti kata durian crepe adalah paling terhebat berbanding flavor lain. tapi kan selain durian boleh try nangka jugak. depa semua dok habaq kata sedap. InshaAllah I akan cuba nanti :)  . Kena tunggu kawan tempat I mengajar buka tempahan nanti . 







Oh geram dengan tekak sendiri yang sangat mengada nak makan benda sedap je sepanjang masa semenjak dua menjak ni. Nak makan benda sedap tu memang la best tapi yang tak best adalah tak tahu apakah makanan yang sedap nak di makan. sakit hati kan bila baca. rasa nak bagi pelempang. sungguh mengada! 




perkara baru belajar lepas kahwin



Assalamualaikum .


wooot woot!! amboi lama menyepi kan. seminggu cuti sekolah, seminggu jugak lah bercuti dari sentuh laptop. dah nama pun cuti kan, so seharusnya menikmati percutian sepenuhnya. lagi-lagi bila jumpa suami. 24 jam sibuk konon. haha.

Alhamdulillah akhirnya berjaya habis cuti dengan penuh kualiti bersama suami dan keluarga di rumah mak abah di Yan, Kedah. syoook ooo dapat balik Kedah. dah dua bulan menanti cuti nak balik Kedah. 



Nah kau, suami I bawa meronda naik motor kanak-kanak pastu melepak kat padang pantai murni layan game bola sepak kampung. First time tengok satu team tak pakai baju dan baru I tau yang team yang ketinggalan goal kena denda tanggalkan baju masa main. Rezeki dah kahwin, dapat i belajar benda baru ni. Eh ada kaitan ke benda ni dengan hal kahwin?  hahaha. sangat tak ada kaitan langsung. 




bajet comel je kan suami isteri naik motor kanak-kanak meronda kawasan pantai :)





Anna Sui Iphone Case : Superstar Favorite






WOW!! Curluzzz kau Jah iphone case superstar meletopss ni . 




hahaha . Diva-diva sekalian , Level kita sama hokey :)   . Yang penting rupa sama. Tak kesah ler hergenya berapa. *ayat standard bila tak mampu pakai yang original. cap tiruan pun boleh aje . buat apa nak beli yang mahal bagai sedangkan confirm sebulan dua lagi mesti tukar case yang lain pulak . 






Hujung minggu lepas I  pergi KSL CITY MALL , JB . Motif ke sana sudah mestinya mencari aksesori untuk iphone tersayang. Lokasi yang tepat untuk cari segala mak nenek aksesori gadget kat situ sebab satu mall penuh dengan kedai menjual aksesori. sebut je iphone, samsung, tab, ipad semuanya ada. dari casing sampai lah ke cabel warna-warni. Bila satu mall penuh dengan bisnes yang sama, so harganya pun jadi reasonable .


Puas tawaf KSL CITY MALL dan akhirnya terjumpa Anna Sui Magic Mirror. Tak payah nak fikir panjang lagi sebab hati dah berkenan. Terus sambar satu. kali ni nak kelainan sikit so ambil warna purple. dah agak bosan sebenarnya asyik pakai pink je sebelum ni. Harga asal RM45. Then  minta kurang, buat muka comey sikit terus kurang RM5 :)



* Iphone case I tengah jadi benda hot kat sekolah. semua menegur "Eh apa tu, cantiknya!" . hahaha. :) . Okey part syok sendiri ni I tokok tambah . jangan percaya . 












Tips minum air masak secukupnya



Assalamualaikum . 


Semua sedia maklum tubuh kita perlukan air yang banyak untuk dapat kesihatan yang baik. Tapi, pernah tak korang rasa susah nak minum air ikut garis panduan lapan hingga sepuluh gelas sehari? Dulu i pernah rasa tersangat susah nak sampai target lapan gelas sehari. tapi kini segalanya mudah sekali. hahaha. hamboi macam iklan pulak kan. 


Ada pakar yang kata lapan hingga sepuluh gelas air tu sebenarnya tak cukup pun. sepatutnya kena lebih dari itu bergantung pada situasi harian kita. Kalau lapan gelas pun dah rasa susah inikan pulak nak minum lebih. Memang lagi kesusahan la jawabnya. 


Walaupun fakta lapan gelas sehari tu dianggap tak berasas, tapi I rasa ia tetap berguna jugak. Masih boleh diguna pakai then buat la penambahan bergantung pada situasi badan kita. Jadi di sini I nak share cara yang I amalkan untuk  rajin minum air then dapat jumlah yang secukupnya. 


#Minum ketika haus. Yang ni I sure sangat semua orang boleh buat. tak kan nak biarkan tekak kering yang amat pulak kan. Minum air masak ye bukan air coke or ais sejuk. Mula-mula memang rasa tak syok tak dapat ais tapi bila dah sentiasa amalkan, sure korang akan pandang sebelah mata je pada ais. 

# Minum sebelum tidur. I ada makan supplement sebelum tidur, so automatik akan minum air pada waktu ini. 

# Minum air pada waktu pagi sebelum bersarapan .Ni tips nak kekal muda jelita. haha. tak caya cuba la :)

# Minum air sebelum mandi . I pernah baca yang minum air sebelum mandi dapat turunkan berat badan. I pun tak pasti betul ke tidak. Apa-apa pun I tetap amalkan dengan alasan minum air masak sentiasa bagus. 

# Minum air 30 minit sebelum makan. Yang ni bagus untuk sistem penghadaman tubuh. 

#minum satu gelas air dengan tiga kali teguk. Tak elok minum dengan laju-laju tau. 

# Sentiasa bawa bekal air masak ke mana-mana. Dah macam bestfriend pulak botol air dengan I. Dalam kereta, atas meja kerja, dalam bilik tidur, ke kelas, dalam handbag. di mana-mana sahaja :)





Jom sama-sama amalkan minum air masak untuk sihat :) 









Tutorial Memakai Shawls Halfmoon



Assalamualaikum :)




Hye semua. Eceh nak buat tutorial la pulak hari ni. Atas permintaan beberapa jelitawan yang minta I ajarkan cara pakai halfmoon, jadi timbullah perasaan gedik untuk buat tutorial ini . Terus terang i cakap tutorial ini adalah dalam standard sekolah rendah je. I bukan pakar sangat pun dalam bab gaya pelik-pelik. 



*** AMARAN KERAS! abaikan tone gambar  yang sekejap terang, sekejap gelap. semuanya disebabkan faktor pencahayaan dan camera cap ayam. 



1. Sediakan shawls halfmoon, inner neck, sebatang jarum peniti, dua pin. 

2. Pakai inner neck dan letakkan shalws halfmoon di kepala. Pastikan sebelah panjang dan sebelah lagi pendek. 





3. Adjust shawls ikut kesesuaian muka . I lipat sikit di kiri dan kanan muka. 

4. Pin kan di bawah dagu. 



5. Tarik bahagian panjang (kiri) ke tepi telinga (kanan). 





6. Sematkan jarum peniti pada bahagian shawls yang ditarik tadi. Nanti akan jadi effect beralum macam dalam gambar :)

7. Tarik bahagian yang pendek (kanan)  ke bahu (kiri). Pinkan :)



Inilah hasilnya. simple dan pantas :)






#