#

Cuti-Cuti Pulau Pangkor Part 2


Assalamualaikum . 




Sambungan kepada entry cuti-cuti pulau pangkor kali ni lebih kepada aktiviti-aktiviti di Pulau Pangkor. Percutian 2hari1malam kali ni cuma untuk rehatkan minda dan bersantai bersama keluarga je. Jadi I tak buat sebarang aktiviti laut or darat di Pulau Pangkor. InshaAllah next time I akan cuba jugak aktiviti-aktiviti laut di sini sebab memang geram je tengok pelancong lain bergirang-gumbira di tengah laut. 















































Nah kau punya la banyak aktiviti best boleh korang cuba kat sini. terdapat banyak agen yang tawarkan perkhidmatan aktiviti kat sini. Pilih je yang mana berkenan. ada jugak sesetengah resort akan offer pakej aktiviti untuk korang. harga boleh runding. 

I ada jugak survey dengan beberapa agen. Untuk aktiviti snorkeling 4 orang dewasa, seorang kanak-kanak ( 1boat)  dikenakan RM50.00 . Untuk aktiviti big mable, poparazzi dan sewilayahnya cuma dikenakan  lebihkurang RM25.00 sahaja kalau korang datang secara group. So lagi untung kalau bercuti beramai-ramai. 






















Petang hari pertama kami sekeluarga berjalan-jalan kat tepi pantai sambil celup-celup kaki di gigi air. Ombak kat kawasan Pantai Teluk Nipah agak kuat. seram jugak nak bermandi-mandi di sini. Tapi I tengok ramai je yang gumbira sakan mandi-manda. Maybe family I yang agak berhati-hati :)









Seterusnya membeli-belah buah tangan dari Pangkor. T-shirt 'I Love Pangkor' 6 helai RM27.00 . boxer untuk budak sekolah rendah RM10.00 . kat Teluk Nipah ni banyak sangat deretan kedai yang menjual pakaian dan barang cenderahati. harga kena pandai-pandai nego. Harga barang di teluk Nipah dan di jeti pangkor lebihkurang sama je. 



























Kami makan malam di kedai berdekatan resort dan deretan kedai. Banyak pilihan kedai makan di kawasan teluk nipah ni. Disebabkan malas nak layankan rambang mata memilih kedai jadi kami pilih kedai yang pertama. I langsung tak ingat apa nama kedai tu dan tak ambil gambar makanan yang kami makan. Ni semua   sebab terpengaruh dengan kata-kata Harith Iskandar dalam lawak ke der 2 "orang yang ambil gambar makanan sebelum makan tu looser". huh! then Adin pun asyik perli I tentang perangai ambil gambar tu. Jadi padan muka dah tak ada gambar nak share kat belog. 

Sampai je Pulau Pangkor haruslah makan seafood sebab semuanya fresh. Kami makan ikan siakap stim halia. Fuhh!! terbaik! Malam tu kami kurang makan sebab masing-masing masih dalam mood kenyang makan kenduri siang tadi. 





























Last day di Pulau Pangkor. masing-masing tak sabar sangat nak pakai baju baru beli semalam :)


 dalam teksi ( van pink ) menuju ke jeti pangkor


 Selamat tinggal Pangkor. InshaAllah ada rezeki kami datang lagi.










Cuti-Cuti Pulau Pangkor



Assalamualaikum . 

























Tenang je rasa bila dapat lihat pemandangan laut berlatarbelakangkan pulau-pulau, dengar bunyi ombak memukul pantai. Terus kepala yang berat jadi ringan. betul tak tipu tau :)


Ahad lepas I dengan family pergi kenduri kahwin saudara di Manjong, Perak. Dah alang-alang sampai ke Manjong, kami pun terus gatalkan kaki ke Pulau Pangkor. Kebetulan cuti sekolah dan abah pun tengah bercuti. so masing-masing tak boleh bagi alasan. Cuma agak sedih sebab anis, pqah & adin tak dapat join. masing-masing belum bercuti.


Sehari sebelum ke Pulau Pangkor, I ada study sikit tentang resort, aktiviti dan tips untuk bercuti di Pulau Pangkor. terima kasih kepada bloger yang sudi buat review tentang percutian diorang sebelum ni. sangat membantu untuk orang baru pertama kali nak bercuti ke Pulau Pangkor macam I ni.


Memandangkan musim cuti sekolah, maka ramailah manusia di Pulau Pangkor pada ketika ini. Jadi I pun booking resort sehari sebelum bertolak ke sana. Agak hampa sebab dua resort yang jadi pilihan I dan pun full booked. Tips penting untuk mereka yang nak bercuti ke Pulau Pangkor adalah booking resort lebih awal untuk mengelakkan tak dapat resort yang best. Google sahaja resort di Pulau Pangkor dan pilihlah yang mana berkenan. banyak pilihan yang ada sebenarnya. rambang mata jugaklah memilih :)


Kami naik feri ke Pulau Pangkor pukul 4.30 petang dan sampai di sana lebihkurang pukul 5.00 petang. Perjalanan cuma lebikurang 25-30 minit sahaja. tambang feri pergi dan balik adalah RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Kemudahan feri memang senang sebab feri sentiasa ada setiap setengah jam. So walaupun musim cuti sekolah, korang tak payah berebut-rebut untuk naik feri. Lupa pulak nak cakap yang kami naik feri dari Jeti Lumut.


Sebelum sampai ke Jeti Pangkor, feri akan singgah mengambil dan menurunkan penumpang di Jeti Sungai Pinang (kalau tak salah namanya la). Penumpang yang nak ke Pulau Pangkor tak payah nak sibukkan diri turun kat jeti ini sebab jeti Pulau Pangkor masih belum sampai. Disebabkan I ni takpernah ke sana, so dah terover excited nak turun awal. Nasib baiklah ada penumpang lain yang maklumkan belum sampai lagi. tak pasal-pasal dapat malu sebab over excited nak turun awal :)

























Sampai di Jeti Pangkor kami terus ambil teksi untuk ke Teluk Nipah. Tambangnya RM15.00 untuk sebuah teksi. Teksi kat sini adalah van berwarna pink. Tersangat banyak perkhidmatan teksi yang disediakan. Selain teksi, pelancong boleh jugak menyewa kereta, motorsikal & basikal. Tak payah pening kepala sebab sampai je kat jeti terus boleh dapat perkhidmatan pengangkutan darat ni. Tinggal buat pilihan je nak yang mana.


Kami menginap di Nipah Waterfront, Teluk Nipah. I booking family room RM180.00 semalam. Biliknya luas dan selesa, ada 1 katil king size, 2 katil single size dan 1 extra tilam. Resort ni sebenarnya pilihan ketiga I. Alhamdulillah tak menghampakan. Sesuailah dengan harganya yang berpatutan tu. Depan resort ni ada deretan kedai dan pantai. I pilih untuk stay kat Teluk Nipah sebab senang untuk dapatkan kemudahan kedai makan dan suasana malam yang lebih girang. Ini tips yang i dapat berdasarkan cerita-cerita blogger lain. tapi kalau korang sukakan suasana yang lebih sunyi dan pemandangan pantai yang lebih cantik, korang boleh menginap di resort berhampiran Pasir Bogak.


Kat sini I share beberapa website berkenaan resort-resort di Pulau Pangkor. Bolehlah tengok gambar setiap resort beserta rate bilik kat sini.

http://teluknipah.com/

http://www.cutipangkor.com/index1.htm

http://pulaulangkawichalet.com/teluk_nipah.html

http://maipangkor.blogspot.com/2009/12/chalet-dan-resort-di-teluk-nipah.html


Kalau taknak peningkan kepala survey setiap resort, korang boleh terus booking menggunakan agoda.com, booking.com or asiaroom. senang kan :)


















































Sekian review cuti-cuti Pulau Pangkor episod 1 :)



laki bini glamor



Assalamualaikum .


Yeaay cuti sekolah datang lagi dah akhirnya berjaya jugak update belog. harap-harap dapat merajinkan diri mengupdate belog lepas ni. macam-macam dugaan nak mengupdate sebelum ni. dugaan masa, malas dan terkini laptop tersayang buat hal. saja je nak keringkan poket i beli laptop baru kan. sementara waktu ni menumpang laptop insan-insan tersayang jelah dulu :)


Perkembangan terbaru setelah lama menyepi *ayat ala-ala artis tu. hikhikhik. I tetap sama macam dulu. masih aktif dalam bidang diceburi. dan bertambah popular sikit . tak percaya?


nah bukti !



naik taraf sikit dari last year, dari guru paling ceria ke paling popular . Tak sangka pulak i popular kat sekolah. Pandai budak-budak sekolah tu membodek ye. 



Yang ini Adin punya. Dia pun takmau kalah. Pegang title popular 2 tahun berturut-turut. 


Dah macam menang anugerah bintang paling popular pulak kan nak canang satu dunia. Pape pun yang penting we'ols laki bini popular. 







#