#

Kusyuk Solat



Assalamualaikum. 


"Tingkat prestasi solat kita!" Ewah kemain lagi slogan. Haha. Sementara Ramadhan masih berbaki ni eloklah kita sama-sama tingkatkan power amalan. Mana yang terkurang, terlonggar, kita perbaiki.  Salah satu yang penting ialah solat. Tiang agama tu. kalau tak kukuh tiang maknanya goyang jugaklah bahagian yang lain-lain. Tapi bulan-bulan lain kenalah diteruskan amalan tu. Jangan semangat di bulan Ramadhan ni je. Peringatan untuk diri sendiri :)





Cara utama nak kusyuk dalam solat ialah faham makna bacaan di dalam solat. kat sini ada video cara untuk memahami bacaan-bacaan dengan paling ringkas dan mudah diingati.





Bahasanya ringkas, penerangannya menarik, senang faham dan paling penting terasa bersemangat dan lebih dekat dengan Tuhan semasa solat. Klik [IProduksi] untuk tengok banyak lagi video keagamaan yang menarik macam ni :)



Kalau korang ada link video-video lain jomlah share sama-sama :)






REVIEW : Hantaran Adin kepada Ada



Assalamualaikum. Hai semua :)


Okey ini kira macam kisah hantaran part two la ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kali ni tentang hantaran dari pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Temanya haruslah hijau kuning. Hohoho semangat 'kedah jadian' suami I sungguh menjadi-jadi. Sepatutnya I as anak jati Kedah yang melebih-lebih, ini dah terbalik pulak. Orang nogori sombilan pulak yang beriya-iya.


 Telekung

 Kasut
























Facial Set

Coklat

Handbag











 Perfume


Untuk hantaran ni semuanya guna fresh flower. Kekwa warna kuning dan putih beli kat kedai India.
Bunga kekwa ni murah je. 30 puluh batang lebih kurang RM30. Daun plastik beli kat Cowboy Kulai. Polisterin pun beli kat Cowboy Kulai. Adin kedekut macam I sampai sangguh potong polisterin sendiri. I suka shopping kat cowboy sebab semua benda ada. Harga pun murah.


Kain  kuning beli kat nagoya. material satin sama macam hantaran dari pihak I. Renda beli kat kedai kain Mee Chong dekat dengan rumah I. Renda hantaran Adin ni mahal sikit sebab ada manik gantung-gantung. Seterusnya span basah seketul setengah. Macam biasa I terover beli sampai tiga ketul. hahaa


Memandangkan perjalanan dari negeri sembilan ke Kedah jauh so segala hantaran ni pihak I yang tolong sediakan. Habis lenyek layu longlai la segala bunga-bungaan ni kalau gigih jugak nak bawa dari selatan ke utara. Tapi kan, tiba-tiba I menjadi sangat sibuk disaat-saat akhir. Nasib baiklah ada penyelamat-penyelamat tersayang yang tolong ini. Sungguh terharu dengan bantuan insan-insan dibelakang tabir ni menyiapkan hantaran.


 Selagi belum tengah malam memang tak buleh buat kerja. Memang standard kat rumah orang kahwin mesti kena buat kerja midnight kan. Lepas tu mata masing-masing dah macam burung hantu. Sayang sangat korang walaupun penat perjalanan johor ke kedah tak hilang lagi terus dah buat kerja-kerja amal hingga larut malam.


Adila Dil my housemate, model sireh junjung :)



Edtv pun model sireh junjung. Memasing minat sungguh dengan sireh junjung kan. haha. Pernah dengar makcik-makcik bercerita, kalau nak jodoh cepat sampai, curi-curi la makan daun sireh junjung kat rumah pengantin. Kesahihannya tak dapat dipastikan. Yang penting jangan percaya sangat, karang dah jadi syirik pulak.


Sekian kisah hantaran episod dua. [Klik sini] untuk baca episod hantaran pihak perempuan kepada lelaki.



Nasi Arab Al-Hanin







Assalamualaikum . 


Dua hari lepas I berbuka puasa dengan kawan-kawan. Kitaorang dah tahap kering idea nak membeli juadah di bazar. Fikir punya fikir then keluarlah idea nak makan nasi arab. Bila sebut je nasi arab, automatik Restoran Al-Hanin menjadi pilihan. Yang paling best, sempena bulan Ramadhan ni Restoran Al-Hanin sediakan pakej buffet. Weehuu, bagai mengantuk disorong bantal!










Restoran Nasi Arab Al-Hanin ni letaknya di Taman Larkin Idaman, Johor Bahru. Ala dekat sangat dengan Stadium Larkin. Waktu operasi dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Tapi sepanjang bulan Ramadhan ni janganlah buang tabiat datang pukul 10.00pagi.



Nasi Mandy, Kabsah, maqlubah semuanya ada. Pilih je mana yang berkenan di tekak. Pilihan utama I mestilah Khabsah sebab lebih rasa rempah-rempah ratus gitu. 



Semua dalam satu pinggan. Sesuka hati jelah nak makan macam mana pun asalkan kenyang. 


Kat restoran ni korang bolehlah jumpa mamat-mamat arab hidung mancung, kulit mulus. Oh hensem weyh! Cuci mata sambil makan gitu. hahaa. gatal kau ye! Yang paling peting pinggan diorang mesti penuh dengan nasi dan lauk. Terus kenyang tengok nafsu makan diorang. Orang arab biasanya makan sampai penuh pinggan. Melimpah ruah nasi dengan lauk-pauk. Tak tercapai akalku nak makan sepenuh pinggan macam diaorang. 







Tak ingat nak menaip semua menu lauk-pauk hidangan arab ni. berbelit lidah semuanya. Yang pasti semuanya set lengkap hidangan arab. Ada ayam, daging lembu, dan daging kambing. Hidangan arab biasanya cuma ada acar timun je. Jangan mengada nak cari sayur-sayuran yang biasa kita makan tu kat restoran ni! 


Puas hati dapat merasa semua jenis masakan arab bila ada pakej buffet macam ni. Selalunya cuma order satu jenis nasi je. Waktu macam nilah dah merasa semuanya. sikit-sikit lama-lama menjadi kenyang. hahaha. tetiba pulak ada peribahasa baru. Nasi arab kat sini sedap dan tak muak.  



 Excited ambil benda bulat colorful tu sebab konon-konon macam candy crush. sudahnya sebiji pun tak dapat habiskan sebab tersangat manis. Manisan orang arab agaknya tu. Tak sesuai dengan tekak I yang kurang gemar makanan manis. 



Cream puff ni memang sedap. serius tak tipu. berbiji-biji I makan :)




Suasana dalam restoran. Boleh pilih nak duduk bersila atau duduk di kerusi. Rasa macam tengah tengok cerita cinta bertamu di abu dhabi pulak bila duduk dalam restoran ni. Eh tetiba tak ada kaitan . haha.

































016-7474898 
Buffet Ramadhan RM35 .00 (dewasa) RM15.00 (kanak-kanak) 




sekian, 

Semoga terus istiqamah menunaikan ibadah puasa :)




Buffet Ramadhan Johor Bahru 2013



Assalamualaikum .



Sedang pening kepala memikirkan juadah berbuka puasa?
Sedang pening memikirkan tempat berbuka puasa?


Siapa sedang menghidap pening kepala dengan masalah-masalah tersebut bolehlah join I angkat tangan tinggi-tinggi. Kehidupan 'membujang' di Johor yang terlalu lama ni buat I rasa agak jemu dengan makanan yang biasa-biasa. Kadang-kadang perangai mengada-ngada bab makan muncul jugak. Tak kuasa lah nak berebut tiap-tiap hari di bazar Ramadhan. dan tak kuasa jugak nak masak. upps! haha. 


Sekali sekala nak juga merasa makan secara buffet kan.  Ha! [klik sini] untuk jawapannya. Kat link tu ada senarai buffet Ramadhan sekitar Johor Bahru. Pilihan harga bermula dari RM35 untuk dewasa hinggalah RM80 . Pandai-pandailah buat pilihan ikut ketebalan poket masing-masing asalkan tak membazir :)


I buat penambahan sikit tempat makan best area Johor Bahru yang tak ada dalam list tu ye. Tempat makan ni ada sediakan pakej buffet .

Anjung Warisan
Anjung Tokoh
Benafee Village
Sangkar Kristal
Jb Catering
Nasi Arab Al-Hanin








Selamat berbuka puasa :)






I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com






































Eh macam bestlah! jom join  :) 







8 bulan



Assalamualaikum. 


Hai kawan-kawan! Salam Ramadhan kawan-kawan. 


Uihh kenyang sungguh berbuka tadi, dah memboyot mengalahkan 8 bulan mengandung. Haha. Over sangat kan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan, makanan sentiasa melimpah-ruah, antara larat makan dengan tak larat je. 


Hari ni 16 Julai 2013, jadi I dengan Adin dah pun 8 bulan jadi suami isteri. pejam celik dah pun lapan bulan kan. cepat betul masa berjalan sekarang. Alhamdulillah sentiasa rasa bahagia dengan Adin lepas kahwin walaupun sebenarnya rasa macam belum kahwin lagi. Masih belum merasa 100 peratus ada perasaan orang dah berkahwin, menguruskan keluarga, sediakan makan minum, cuci baju suami dan sewilayah dengannya. 


Dalam tempoh 8 bulan ni kami belum dapat rezeki duduk sebumbung. I masih kat Johor. Dua minggu sekali baru berjumpa. kalau ada rezeki lebih bolehlah jumpa kerap sikit. kalau masing-masing sibuk terpaksa tahan rindu jelah. So segalanya memang macam zaman couple dulu-dulu. I uruskan diri sendiri kat sini dan Adin pulak uruskan diri sendiri kat sana. Nasib baik Adin masih duduk dengan parent, at least ada jugak yang tengok-tengokkan dia. Okey, husband i memang anak manja. Haha


Bulan september nanti I akan berusaha isi borong pertukaran tempat kerja lagi dan korang-korang tolanglah beramai-ramai doakan i berjaya duduk dengan Adin. Bengkak mata weh menangis sebab permohonan tak diluluskan untuk pertukaran bulan Julai lepas. Tak sanggup dah nak bengkakkan mata lagi :)



Gambar dua minggu lepas tengah sokong team hoki Malaysia lawan team Jepun kat Stadium Hoki Taman Daya. Aktiviti dating weekend tu cuma tengok game hoki je. Kalau dengan suami buat apa-apa pun enjoy je :)


My heart! 
Macam biasa sentiasa sibuk dengan iphone. Nampak je cool rupanya hantu fb jugak ni. Tapi belum jadi hantu candy crush macam wife dia. Ntah apa-apa je wife dia bila main candy crush terus lupa suami kat sebelah. 




Semoga hubungan ini terus berkekalan sampai bila-bila. dan dengan tangan ini saya berjanji akan sayang awak habis nyawa saya . lagi satu, saya akan cinta awak sampai saya mati. lagi satu, saya akan jadi yang terbaik untuk awak. ha awak! awak! bukan sehari, dua hari, empat hari, selama-lamanya tau. selama-lamanya. selama-lamanya. awak dengar takkkkkk??  Eh !tetiba terkena syndrome budak baru couple seminggu pulak! haha


awak dengar ni saya nak nyanyi : kau ada dikala ku suka, dikala ku duka, setiap tangisan dan juga ketawa . . . bla bla bla.  Okey awak-awak-awak, saya pun nak buat video anniversary 8 bulan kat suami lah pulak. haha :)




REVIEW : Hantaran Ada kepada Adin



Assalamualaikum . 


Orang sibuk bercerita pasal Ramadhan tapi I tetiba pulak baru semangat nak update kisah kahwin yang dah lapok. haha. Mood baru sampai hokey!  16 Julai 2013 ni genaplah 8 bulan I dan Adin jadi suami isteri . Tak kira I tetap nak anggap kitaorang still pengantin baru jugak. Dah tiga puluh enam tahun pun tetap pengantin baru. Sampai bila-bila. hehe. 


Kita mula dengan hantaran dari pihak I kepada Adin . Tema purple, simple dan semuanya adalah digubah sendiri oleh tangan kayu ni. Main hentam jelah labu asalkan jadi. Motif gubah secara sendirian berhad adalah kerana PENJIMATAN. 


Bunga purple beli kat Cowboy, Kulai. Tamak haloba punya pasal terbeli lebih padahal gunanya sikit je. Sudahnya mak gubah buat bunga hiasan kat ruang tamu. Nasib baik ada jugak guna. Alas par pulak beli kain kat Nagoya, jahit sendiri. Okey, tipu sikit di situ. Adik I yang jahitkan. hahaha. then tambah hiasan butterfly sikit kat hujungnya. Kain satin  2 meter setengah untuk 9 bekas hantaran.


Seterusnya 8 cermin dinding beli kat Ikea. Renda keliling hantaran beli kat kedai langsir dekat dengan rumah. Segumpal lebih kurang 12 meter RM3.00. siap boleh belit-belit badan kot 12 meter tu. Polisterin pulak beli yang besar gabak tu then potong sendiri. Gigih sesangat kan!! Par hantaran pinjam dengan kawan. Yeayy JIMAT! 



 Set Perfume

Kemeja 

Wallet 

Jam Tangan 

Al-Qur'an 

Cupcakes. Nak baca review cupcake ni klik sini .

Ipad


Tali Pinggang 


Sireh Junjung. 

Sireh junjung guna bunga kekwa beli kat kedai India. Daun sireh kutip kat rumah nenek. Pasu beli kat kedai duahinggit. Yang ni Tubish yang gubah. Haruslah tak jadi sireh junjung kalau tangan kayu I yang gubah. 

sekian, kisah hantaran part one ;)




Marhaban Ya Ramadhan





Salam Ramadhan kepada semua Muslimin & Muslimat. Moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua . Ameen. 



#