#

Kem Kami Anak Malaysia

Salam 1 Malaysia. wah gitu semangat 1 Malaysia kan. kalau i tak bersemangat apa la guna i jadi warganegara Malaysia kan. siapa yang tak ada semangat warganegara ni harus campak ke luar negara je. kau pergi la merempat negara lain. 

tetiba pulak malam ni emosi pasal warganegara kan. *__* haha.. i kena tidur sekolah malam ni. Kem Kami Anak Malaysia hari ni dan esok. itu la kisahnya tetiba aku bersemangat semacam je malam ni. kem ni untuk murid tahun 6. biasala kan UPSR dah lepas, so banyak la aktiviti santai-santai untuk diaorang ni. 

pengisian kem ni memang sedaya upaya terapkan sentiment cintakan negara diaorang. Malaysia ye, bukan India mahupun Indonesia. tugas i just menangkap gambar kanak-kanak itu di sana sini je. mentang-mentang la i ni gila kentang bergambar, suka offer dia mengusung cam ke hulu hilir, so tugas photographer amatur ni diberi pada i. i tak kisah. lagi suka ada la. 

pukul 8.30 kejap lagi acara malam kebudayaan. excited pulak nak tengok apa la persembahan kanak-kanak rebina tu. boleh tahan kreatif juga kepala diaorang tu. lagi excited nak mengenakan diaorang malam ni. off course la i tertunggu-tunggu acara burung hantu. *__* siap la kau budak-budak. 

okey chow, nak bersiap and pergi sekolah. *__*


#