#

Cuti-cuti Kuching: 360 Urban Resort Hotel


Assalamualaikum. 

Live update dari kuching. Haha. Panas-panas lagi jah cerita ni. Hari ni second day I dengan Adin bercuti kat Kuching, Sarawak. Kita mulakan dengan cerita pasal hotel kami menginap ye. Untuk malam pertama & kedua kami menginap di 360 Urban Resort Hotel. Hotel ni ada dua tower, A & B. Kami di tower A. 


I booking hotel ni melalui agoda. Total untuk dua malam RM340. Termasuk tax semua bagailah ye. Bilik kami pilih jenis duluxe king. Kalau nak terus booking direct dengan hotel pun boleh. Rate nye lebih kurang sama jugak. Website hotel : www.360kuching.com 










Bilik hotel sangat selesa. Bilik agak luas. Senang nak solat jemaah laki bini. Katil king off course lah super best kan. Facilities dalam bilik semua lengkap. Dah siap ada iron dan iron board. So tak payahlah terhegeh nak call operator mintak iron kan. Paling best ada free wifi. Ini yang sakan I mengupdate blog live dari atas katil. Haha. Tak pernah serajin ni tau I update cerita-cerita terkini. 

Disebabkan Adin memang gila kentang swimming kat pool jadi salah satu faktor bila survey hotel adalah kemudahan swimming pool. Kat 360 Urban Hotel ni ada swimming pool. Saiznya tak adalah besar sangat pun tapi bolehlah nak hilangkan gian Adin. Hahaha. Tak sempat swimming nampaknya hari ni. InsyaAllah pagi esok lepas breakfast kami terjun swimming pool tu. 

Okey sekarang tentang breakfast pulak. Kurang memuaskan sikit sebab pilihan menu tak banyak. Haha dasar nafsu makan besar memang tak reti bersyukur macam ni kan. Apa-apa pun tetap kenyanglah. Malas nak ambil gambar tadi sebab menunya biasa-biasa je, tak terlampau mengujakan. 

Seterusnya benda paling penting. Jeng jeng jeng!! Lokasi hotel ni agak jauh sikit dari waterfront. 
Kalau naik kereta 5 minit. Tapi kalau jalan kaki memang pagi sampai ke tengaharilah agaknya baru sampai. Kalau sewa kereta sesuailah menginap kat sini. Nasib baik kami ada kawan dan sedara kat sini yang jadi pemandu free off charge. Jadi tak ada masalah untuk keluar jalan-jalan ke waterfront. Rasanya lagi best kalau menginap di hotel betul-betul dihadapan waterfornt untuk kemudahan jalan-jalan dan cari makan. 

Hari ini kami akan ke Sarawak Cultural Village di Santubung. Takpayah pening kepala cari kenderaan sebab ada perkhidmatan shuttle van di hotel. RM20 untuk pergi dan balik. 4 trip sehari. Pilih jelah trip yang mana sesuai. Kami join trip kedua pukul 10.15 hingga 3.15. Tunggu je dilobi hotel then ada van yang datang pick up.  Selain tu ada jugak kemudahan shuttle van dari dan ke airport. RM5.90 je sehala. 

Sekian review untuk hotel. Nanti I sambung cerita lagi ye :) 

#