#

Wedding Wish List



Assalamualaikum . memandangkan ramai dah bertanya "Ada, kau nak hadiah kahwin apa?" maka dengan ini terus datang idea untuk buat wishlist. HAHA. Nah padan muka korang. sila bersiap sedia jelah. 


1. Garment Steamer . I paling memerlukan benda alah ni sebab tiap-tiap hari i kena iron baju suami dan baju i dan sudah tentu pekerjaan ini sangat memenatkan. so garment steamer akan memudahkan urusan rumahtangga i. 


2. Microwave . Korang pun sedia maklum fungsinya kan. memandangkan i sangat pandai dengan kerja-kerja di dapur jadi memang molek sangatlah untuk ada sebijik microwave di dapur rumah i. 


3. Pakej Honeymoon . sangat mulia lah hati barang sesiapa yang menghadiahkan i pakej honeymoon. dalam negara ke, luar negara ke, korea ke, kashmir ke. I memang suka kalau dapat pergi honeymoon lima enam tujuh sepuluh kali pun. HAHA. gatai sungguh kan. Urmm kalau hadiahkan pakej umrah lagi afdal sebenarnya :)


4. Set Pinggan Mangkuk . hadiah yang sangat berguna untuk pasangan pengantin yang baru nak memulakan hidup bersama. tak payah lah i bersusah nak shopping pinggan mangkuk untuk penuhkan rak di dapur nanti.


5. Comforter Set . I memang tersangat suka ada banyak-banyak koleksi comforter set sebab senang nak bertukar-tukar setiap minggu. maklumlah bila dah tukar kena hantar dobi pulak kan.


6. Buku Resepi. Babes! korang memang kawan sejati kalau hadiahkan i buku resepi. menu mudah-mudah sudah la. i sangat hargainya. paham-paham la sebabnya ye :))


7. ni akhir sekali. DOA. hadiah terindah untuk i dengan pasangan adalah doakan kehidupan kami sentiasa bahagia & mendapat keberkatan. Wish list lain-lain tu sekadar untuk suka-suka je tapi yang ini i memang serius. Doakan jodoh kami bersama berpanjangan :)





Anjung Senibong Seafood


Assalamualaikum . Entry kali ni nak bercerita tentang tempat makan lagi. Lokasinya Senibong, Johor.  Kat perkambungan senibong ni ada banyak deretan kedai makan. Memang boleh pening tak tahu nak buat pilihan . masing-masing ada kelebihan. 


Review untuk kali ni adalah Anjung Senibong Seafood. 

Kedai  no 3 yang akan korang jumpa. 


Pilih jelah mana-mana makanan laut yang segar bugar ini. siap bergerak-gerak lagi hokey! sebut je nak apa semuanya ada. dari yang biasa hinggalah yang pelik-pelik. 


Bab menu pulak korang boleh request untuk masak apa-apa jenis masakan. bakar,steam, goreng, semuanya boleh. Untuk yang malas fikir banyak macam i boleh pilih secara set. untuk 2 orang makan, 4 orang makan dan berama-ramai lagi orang makan. 


Set for two yang i dengan Mr Ehem order :

siakap sweet sour

lala masak cili api

tomyam campur

kailan ikan masin 

sotong celup tepung

Set for two ni termasuk minuman. tak kisah korang nak pilih minuman panas or sejuk. for me off course lah limau suam. jaga perut tak nak kasi buncit. Haha. konon la sangat kan.  Rasa makanan? Marvelous! i kasi 4 bintang. semua menjilat jari. Alhamdulillah. 


Deco kat Anjung Senibong Seafood pun sangat best. Ada ruangan bawah bumbung, duduk bersila dan ada ruangan open air. atas air gitu. i lebih suka pilih table yang terletak di ruangan open air. lebih tenang dapat tengok pemandangan air, bot nelayan dan negara jiran, Singapura. 


sebelum balik wajib bergambar dengan muka kekenyangan :)



Hairstyles 2012-2013



Hello Gorgeous! 


Dah lama betul i tak ke salon dan rambut sekarang pun dah macam singa. Seram je laki i tengok nanti. Haha. Memandangkan bakal hidup berdua dan kena bersiap-siap agar sentiasa jelita di mata suami dan dah tak boleh serabai kusut masai, so petang nanti  i kena pergi salon. WAJIB! 


Jadi kena buat revision dulu sebelum ke salon. I nak style yang berbeza dari rupa sekarang. pastinya bukan perm sebab dah bosan dengan style rambut sekarang. dan tidak sama-sama untuk memotong pendek rambutku ini . sayang oi nak tunggu nak rambut panjang . Jom tengok hairstyle yang in untuk 2012 dan 2013. 


Chic long hairstyle . Okey terus reject yang ini. alasan dah pun dinyatakan tadi :)



Long hairstyle with layer



Long wavy hairstyle 


Refer this links : pinterest / hairii for more hairstyles . 


I lagi terpikat dengan wavy style. nampak soft but sexy at the same time. Jom serbu salon :)




After 5 Months with Healin



Assalamualaikum . 


Hye semua! Salam hujung minggu. 5 bulan lepas i beli product MiraQ from Healin. Rujuk link ini : MIRAQ . selepas puas berfikir product apa yang sesuai untuk hilangkan pigmentation yang berleluasa di muka, i pun buat keputusan cuba product Healin. 


Apa perubahan yang berlaku selepas 5 bulan? 


Hari pertama

5 bulan kemudian


Kulit muka masih penuh dengan bintik hitam yang buruk tapi Alhamdulillah warna dah agak pudar dan  bintik bersaiz kecil dah berkurang. Nampaknya memang mengambil masa yang sangat panjang untuk hilangkan terus segala bintik hitam yang degil ni. 


Walaupun agak kecewa sebab bintik hitam lambat hilang tapi i sangat berpuas hati dengan kelembutan kulit muka sekarang. pori-pori mengecil dan kulit i kurang terbakar walaupun asyik berjemur panas. Sebelum ni kulit i senang sangat rentung. pantang turun ke padang 2,3 hari terus gelap. sekarang ni situasi jelas berbeza. Buktinya masa i tiap-tiap hari ke padang untuk latihan olahraga dan masa kejohanan sukan tahunan sekolah. Kulit tetap sama warna je. 


Sepanjang 5 bulan i jadi pengguna MiraQ Healin, dah habis sebotol cleanser dan day cream i guna. cleanser baru je habis. day cream pulak dah hampir setengah botol kedua i guna.  night cream bertahan agak lama sebab i selalu terlupa pakai. belum bertukar botol baru lagi. memang dasar malas dan nyanyok kan. lepas tu kecoh bintik hitam lambat hilang. haha.  


I akan tetap jadi pengguna Healin dalam masa 7, 8 bulan lagi memandangkan dah pun beli Set MiraQ, Healin sebagai salah satu hantaran kahwin nanti. Harap lepas ni makin rajin sapu night cream dan bintik hitam terus pudar, pudar, pudar dan hilang terus :)




senarai semak 2 bulan sebelum majlis perkahwinan




DUA BULAN SEBELUM MAJLIS 


dah tinggal dua bulan nampaknya. masa untuk berkejar ke sini sana sekarang nak settlekan banyak perkara. so jom tengok checklist yang patut dibuat sekarang .


# tentukan pengapit, baju yang sesuai. 

# hantar kad jemputan kepada tetamu 





Horrey-Horrey di Legoland


Assalamualaikum . 


Alhamdulillah hari ni dah lebih tenang dari semalam. Jadi hari ni dah boleh cerita perkara happy yeap yeap horrey. Isnin minggu lepas dapat peluang melawat dan bersuka-ria di Legoland. Alhamdulillah murah hati pihak Legoland bagi tiket free kepada cikgu-cikgu sewilayah dengannya. Dan terima kasih sesangat kepada kawan tercinta farah dan tubish sebab sudi ajak i bersuka-ria seharian di Legoland. 

Warning awal-awal ye, entry ni penuh dengan gambarajah. Haha. memang gambar jelah modal untuk publish entry baru . dasar kering idea sangat kan. Disebabkan isnin adalah hari bekerja, jadi kami memulakan aktiviti berhorrey ini selepas waktu bekerja. habis je mengajar terus balik rumah tukar pakaian dan bergerak ke LEGOLAND. lebih kurang pukul 2.30 petang terpacak depan kaunter tiket. 


Yeay dah redeem ticket! 

kaunter tiket yang sangat pantas. banyak kaunter disediakan, jadi tak perlu lenguh kaki beratur panjang sangat. 

it's private event hokey :)



Entrance . wajib bergambar kat sini sebelum memulakan aktiviti. 

Bila masuk ke silalah ambil map yang disediakan. senang untuk korang rancang perjalanan. cewaah dah macam rancang perjalanan nak balik kampung berhari raya pulak kan. Biasanya orang ramai akan start dengan sebelah kiri tapi i & the geng start dari kanan. songsang sangat. konon-konon cara nak mengelakkan kesesakkan. 


LEGO CITY 
Antara stesen yang ada di Lego City. Aktiviti kat Lego City kebanyakkan untuk kanak-kanak. Mesti seronok sakan bila kanak-kanak dapat merasa memandu kereta di Driving School. 



 LAND OF ADVENTURE 
Seterusnya kami ke Land Of Adventure. Game pertama yang kami cuba, Lost Kingdom Adventure. Masa tengah beratur masing-masing cuak memikirkan pengalaman apa agaknya yang akan kami buat kat dalam bangunan tu. I terus teringatkan pengalaman dalam Ancient Egypt masa kat Universal Studio. (Ye i tau belum publish review tu. dah bertahun tersimpan kat draft). Ngeri kot, kemain laju roller coaster bergerak dalam gelap. siap ada bunyian menakutkan pulak. Dasar penakut memang macam ni. Haha. 

Tapi... jeng jeng jeng. rupanya tak menakutkan langsung pun aktiviti dalam Lost Kingdom Adventure ni.  Korang akan diberi pistol dan boleh main tembak-tembak kat dalam tu. siap ada markah hokey :)


Posing jolah yang buleh kat sini sebab masih belum dibuka waktu tersebut. 


IMIGINATION
YEEhhu ini yang paling i suka. Studio 4D. Terbaik! Habis lencun kena sembur air kat sini. sangat menarik jalan cerita dan effect angin, air, kesejukkan. 


LEGO KINGDOM
Seterusnya kami ke Knight's Feast di LEGO KINGDOM. Agak panjang beratur kat sini sebab masing-masing tak nak lepaskan peluang nak roller coaster. wajib beb :) Disebabkan i memang dasar penakut, so cukuplah pengalaman naik sekali je. Dan sangat benci sebab gambar i di booth photo mesti pejam mata dan muka penuh ketakutan. Harga promosi gambar masa ni  RM30 untuk 2 keping. after this sekeping RM30. 


MINILAND
 
sangat kagum, terpegun, teruja dan segalanya bila sampai kat MINILAND. antara lokasi yang boleh dijelajah di kawasan MINILAND ni ialah klia, johor bahru, putrajaya, kuala lumpur, port tanjung pelepas dan beberapa negera jiran. Posing la puas-puas kat sini :)


LEGO TECHNIC
 
Lokasi terakhir adalah LEGO TECHNIC. disebabkan senja dah menjelma maka putih mata jelah kami sebab tak dapat merasa naik Project-X. kesimpulannya kena datang sini seharian bukannya sepetang. memang tak cukup masa untuk main segala mainan kat sini. 




Keseluruhannya pengalaman yang seronok. InshaAllah dalam 2,3 tahun lagi i akan ke sini lagi. sengaja tunggu 2, 3 tahun lagi sebab i nak merasa main kat waterpark & tidur di hotel lego. sekian, review untuk episod Legoland. Untuk maklumat lanjut kelik lah website legoland ini : www.legoland.com.my



sempat pulak sengih-sengih depan cermin dalam THE BIG SHOP :)













#