#

set bilik tidur dah sampai




Yeayy !! 

set bilik tidur ni dah pun sampai petang tadi. keluar habis peluh jantan i mengemas bilik sejak dari semalam. itu pun belum settle lagi. tersangat banyak kerja lagi kena buat dengan bilik tu. belom cat, belom singkirkan segala perabot lama, tilam belom sampai lagi. bla bla bla. 


nanti dah settle sepenuhnya baru i upload gambar bilik pengantin tu ye. ngeh ngeh. mode gatai. HAHaha . tapi kan ! tapi kan! agaknya seminggu sebelum majlis baru settle sepenuhnya. so tunggu jelah ye. 



cuti cuti sekolah



Yeay cuti sekolah datang lagi. Maka dengan itu sudah tentu sekarang i berada di negeri kelahiran tercinta. Sedapnya pekane laksa air tangan mak hari ni. Yummy Yummy . kemain lagi iklan kan. HAHa..

sepanjang dua minggu ni banyak yang i kena settlekan. Alhamdulillah semalam dah settle kisah membeli set bilik tidur idaman hati. harapharap betulbetul memuaskan hati bila set bilik tidur i sampai nanti. 

lusa ada appointment dengan bridal. nak berbincang dengan details segalanya tentang wedding i nanti. 

dan paling penting kena settlekan segala kertas peperiksaan students i yang tercinta. haiiyaa!! ini yang paling liat nak buat. 


Johor Darul Takzim, dua minggu lagi i kembali kepadamu. 




lepaklepak with girlfriends @JCO Donuts & Coffee




Entry ini hanya tentang KAMI BERTIGA. tiada kisah kekasih i, kekasih dia mahupun suami dia. YEayy!! its ladies day out . 


dia farah

dia sal

kami comey . HAHAHA... 
memang suka buat statement syok sendiri macam gini. 


mereka pun comey . HAHAHA ...  
sebab kami dari GENG COMEY . kau hado?



dan melepaklepak di JCO Donuts & Coffee . wajib bersama minuman dan yogurt yang sejuksejuk dan berkhasiat. 




kepada sal yang bakal berpindah ke Pahang dan dapat hidup bahagia bersama suami tercinta: kenang daku dalam doamu. ku bakal merindumu cayang. sob sob sob ! gila kau tak sedih kawan seperjuangan  sejak tahun 2004 yang sepanjang masa ditakdirkan sentiasa berdekatan tibatiba dapat pindah jauh dari johor. huwarghh!!!  






Daiso Shop @ Aeon Bukit Indah




Yuhuu !! Memang pantang pergi Daiso kalau tak shopping satu dua barang. Wajib bimbit beg plastik bila keluar dari Daiso. Lima hinggit! Lima hinggit! at last bila kat kaunter jadi mesti lebih dari duapuloh hinggit. 


Sangat suka sebab kat Johor ada Daiso dan sangat susah hati sebab kat Kedah tak ada. dan lagi bertambah susah hati bila kat Negeri Sembilan pun tak ada. Terpaksa lah i menghabiskan sisa dan baki hidup secara solo di Johor untuk tahun ni dengan bershopping di Daiso, Aeon Bukit Indah sepuas hati. dengan ini i mengumumkan sayang muaahmuaah kat Johor. hahaha


Frame Stand yang dibeli tanpa sebarang motip . Entah tahun bila i nak guna pun tak tahu. Yang penting beli dulu dan fikirkan kegunaannya kemudian. Yeayy sangat bijak kau berbelanja kan. 

Dress Cover untuk menyimpan baju nikah dan baju tunang yang entah tahun bila baru disiap pun i tak tahu. yang penting ada effort untuk i simpan bajubaju tersebut dengan kemas.

Kain Felt yang i pun belum pasti nak digunakan untuk apa. Konon lah sangat nak DIY kan. Sekurang-kurang i ada niat yang baik kan. 

Ni yang paling berguna. Lingerie Laundry Net!. Bakal pengantin kena jaga tangan dan jari jemari. so haruslah dielakkan segala jenis cucian tangan. dengan itu segala pakaian WAJIB dicuci menggunakan teknologi dinamakan mesin basuh. (Puiih! padahal kau memang dasar anak dara pemalas) . disebabkan itu segala pakaian yang kecikkecik sangat mudah lingkup bila dicuci dalam mesin basuh iaitu terkepak sana sini dan terkehel jadi masukkan segala kecikkecik itu ke dalam laundry net bebeh. 



Sekian hasil shoppingan untuk hari ini. esokesok i akan kembali bershopping di Daiso. Dah aim dua tiga empat lima barang lagi nak dibeli kat situ. 



Carboot sales @ Archixpo 2012, UTM Skudai



Entry bergambar sebab malas menaip. 
(PuiiH!! pemalas betul. dah la entry pun dah basi. pemalas pulak nak menaip). monolog dalam diri sendiri. 


amhijabs & juaijuaishop bergabung 


#Day 1


#Day 2


# Day 3



nota penting : juaijualshop tengah buat contest best. cepatcepat lah join. 




sudah tiga tahun bergelar artis



Gigih kau semalaman i melipat kertaskertas nak buat paper wheel tu. Akhirnya berpuas hati sebab ramai yang puji cantik. HAhaha.. terus rasa riak dan takbur. padahal mungkin diorang puji sebab nak jaga hati i je.. urrmm.... 

16 Mei lepas rupanya dah tahun ketiga i sambut hari guru sebagai orang yang diraikan. Sumpah masa kecikkecik dulu tak pernah bermimpi langsung nak jadi cikgu. citacita dulu nak jadi businesswomen.  Haha.. Tapi segalanya dah ditetapkan tuhan.  i lagi sesuai dalam bidang keguruan rupanya. 



Dah sama besar dengan cikgu budakbudak sekolah rendah ni. Hahaha. ayat nak sedapkan hati sendiri. padahal ayat yang lagi sesuai adalah keciknya cikgu tu. macam budak sekolah rendah. DUshh!! benci ayat tu!


Ini yang paling i suka. selama tiga tahun menyambut hari guru hadiah yang i terima tetap bertimbun. terima kasih muridmurid ku sayang. walaupun i sentiasa menyinga dalam kelas tapi ada jugak yang sayangkan i. sob sob sob terharu. Ada banyak lagi sebenarnya tapi malas nak kumpulkan setempat. dalam but kereta, dekat ruang tamu, bla bla bla.. Perghh macam artis pulak dapat banyak hadiah. 


Antara hadiah yang i dapat. shawls butterfly. 



Ini pun murid yang bagi. Bukan setakat murid , mak murid pun bagi jugak. tak sabar nak hantar kain pasang yang mak murid bagi kat tailor. Yeayy tak payah beli baju raya. Haha..


Okey yang ni paling i terharu. Memang macam artis rupanya bila jadi guru. sepanjang tiga tahun bergelar guru dah macammacam award dapat. Haha. Terima kasih kepada muridmurid ku saaayyaaanggg yang sudi apundi cikgu. Bila dapat je award ni terus terfikir, rupanya penyamaran menjadi singa dalam kelas tak berjaya. kanakkanak ni tetap boleh nampak perangai sebenar i.






Penyangkut Beg Tangan



Ahhh!! Benci betul lah! asyik terjatuh je handbag i ni. Leceh betul bila berhadapan dengan situasi tak tahu mana nak sangkut handbag lepas tu letak kat atas kerusi belakang punggung then handbag tu 2,3 kali terjatuh. Korang pernah alami kejadian macam gini tak?

 
Okey nak berlagak sekarang sebab i dah tak ada masalah handbag asyik terjatuh lagi sebab i dah jumpa jalan penyelesaiannya. HAHAHA!! (gelak dengan takbur).  

Terima kasih sangat kepada yana lyana sebab pernah review benda alah comel tu dalam belognya dulu. dah lama sangat, i pun dah tak jumpa entry yang dia buat tu. dan maknanya dah lama i tahu tentang benda alah tu cuma belum sampai seru nak pergi beli. 

Akibat terlampau menyampah dengan situasi handbag terjatuh jadi seru untuk pergi membeli pun datang. I cuma tahu benda ni ada dijual di cosway. sangat senang nak jumpa sebab cosway dah bersepah-sepah sekarang. Tesco, giant, taman semua ada. Kawasan rumah i ni saja pun ada sampai 2,3 cosway. Lagi la bila jadi cikgu, katalog cosway memang wajib ada dalam bilik guru. Haha. 



Macam ni lah cara nak gunakan benda comel tu tadi. Mudah dan sangat praktikal. Lepas guna boleh simpan dalam handbag dan boleh bawak kemana-mana. Harga cuma RM9.90. ada macam-macam warna dan bentuk. 



nota kaki : promoter yang jual tu pesan jangan sampai tertinggal handbag pulak . 



Seri Linau Tomyam Seafood



Assalamualaikum . 


Jom ke episod jalanjalan cari makan . Plan asal nak cuba makan kat Tip Top Ikan Bakar tapi memandangkan serabut dengan keretakereta dan manusiamanusia yang bersesak di sepanjang kawasan Tepian Tebrau so i dengan mr ehem decide cuba jelah makan kat Seri Linau Tomyam Seafood. Kedai first yang korang akan jumpa bila masuk ke Jalan Sungai Chat, Tepian Tebrau. 



muka tak makan 1 hari tapi tetap boleh senyum sebab jumpa buah hati . ouchh getis sunggoh! Mr Ehem cakap i macam ustazah malam tu. Terkejut sebab first time tengok i pakai jubah. 


so jom tengok apa yang kitaorang order untuk malam itu :

asam pedas ikan kembung . ambil seekor je cukup sebab tank i bukannya besar. nanti tak habis pulak makan. lagipun kononkonon sweet share makan sikitsikit dengan boypren. 

yang ni memang awesome! wajib try! Lalalala masak sambal. even lala dah habis pun kitaorang still menjilat sambal tu. 


Ikan Pari bakar. yang ni sangat kurang mantap. tak habis pun makan .

My Sweetheart. 


Tauhu bakar sebagai pencuci mulut. Terus tak kisah harga RM5.00 untuk sekeping tauhu sebab rasanya memang sedap. Berbaloi!. 

Agak ramai yang makan kat situ malam tu. Malammalam lain pun macam gini suasananya agaknya. 



Alhamdulillah kenyang. Overall makanan kat sini ada yang best dan ada yang kurang auumm . Yang i berani recommend dah tentu Lala Sambal dengan Tauhu Bakar. 






Filem Dark Shadow



Assalamualaikum .  Mari ke segmen kaki wayang . Eh, sejak bila pulak ada segmen kaki wayang kat belog i? Jawapannya adalah sejak sekarang. Haha. suka hati i lah nak buat segmen apa pun. belog i bukan belog u kan. cesss!! nyampah sangat bila retis buat ayat poyo macam gitu kan. 



 Johnny Depp! auuww! auaww! cess macam bapok je jeritan tu. Memandangkan Johnny Depp merupakan pendukung utama  (tetiba ada unsur indonesia pulak) maka i akan terus terkinja-kinja nak tengok. Sebab utama adalah Johnny Depp tak akan menghampakan. Yes! he did it!



Mengisahkan keluarga Collins, keluarga yang sangat berpengaruh berjaya membuka sebuah bandar dengan nama keluarga mereka. Keluarga ni sangat mementingkan kasih sayang antara keluarga. Zaman kegemilangan keluarga Collins tak bertahan lama. Semuanya hancus bila Barnabas Collins tak terima cinta Angelique Bouchard, orang suruhan keluarga Collins. 

Barnabas Collins. 

Dengan menggunakan sihir, ibu bapa dan buah hati Barnabas dibunuh. Barnabas pulak disihir menjadi pontianak. Lagi malang bila Barnabas dikurung dalam keranda sehingga 2 abad. 

Sangat lawak bila Barnabas akhirnya berjaya keluar dari keranda tu dan cuba sesuaikan diri dengan perubahan abad. terbahak-bahak gelak bila dia jakun jumpa jalanraya. 


Angelique Bouchard. 


Selepas kejatuhan keluarga Collins, Angel dah pun ambil alih keseluruhan perniagaan kat bandar tu.  Angelique tetap menagih cinta Barbanas walaupun selepas 2 abad. tapi hati Barnabas tetap pada Juliet. Angelique bertambah hangin la kan dan terus dengan agenda jahatnya. 


Kalau nak tahu dengan lagi details kenalah pergi tengok sendiri. walaupun ramai yang kata filem Tim Burton ni kurang menyengat, tapi i tetap nak bagi 4 stars. Bagi i menarik dan boleh gelak terbahak-bahak. Filem yang ringan dan sangat sesuai untuk release stress. 



ahad yang sungguh uweeikk


Assalamualaikum . 


Ini adalah entry kedua untuk hari ini. HAHAHA! nampak sangat i tersangat tak ada kerja hari ini. Ye memang pun i tersangat lapang hari ini. Laporan mesyuarat agung pibg settle, data murid settle, tov/etr settle. (perlu ke listkan semua disini?)

selain terlampau lapang, i jugak tersangat bosan sebab ditinggalkan sorang diri dalam rumah yang ada empat bilik ini. (perlu ke nyatakan jumlah bilik?) 

aktiviti i hari ini cuma call puan zarina dan wish selamat hari ibu plus bergosip dua tiga perenggan. kemudian perbualan terputus. call balik tapi tak dapat. Mesti sebab bateri hp mak kong dan mak tak dapat cas balik sebab mak baru je cakap kat rumah tak ada elektrik. 

seterusnya i pun sambung tidur . zzzz . sesudah bangun tidur on laptop dan online sehingga pening kepala. seterusnya tengok propanganza dan melodi. kemudian tertidur lagi. setelah bangun sambung online. 

owh bosannya !!


dah akhirnya dapat idea untuk sambung kerja-kerja bakal pengantin yang dah lama terbengkalai dan tersimpan di bawah katil. 


Setelah beberapa jam kusyuk dengan kerja bakal pengantin tersebut tulang belakang i pun sudah terasa sakit. sekarang masa untuk kembali ke katil. Sekian cerita ahad yang uweeikk!! 





Emak Sangat Cantik






SELAMAT HARI EMAK BUAT PUAN ZARINA BINTI ABDUL KHADIR. 

sayang emak dunia akhirat . 




Senarai Semak 6 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan



6 Bulan 5 Hari lagi !


# menghadiri kursus pra perkahwinan . 

# menempah kadi untuk majlis perkahwinan . 

# Menempah videographer atau photographer untuk merakam detik-detik terindah. 

# Membeli cincin kahwin .

# Tentukan samaada nak guna khidmat katering or rewang masak sendiri. Kalau guna khidmat katering perlu bincangkan menu dan harga.

# Sediakan senarai tetamu yang akan dijemput.

# Tempah marhabah, deejay, kompang.

# Lakukan rawatan badan untuk kesegaran. 



kursus pra perkahwinan, OP & OV je yang dah settle. yang lain semuanya belum. 



SAFE . she has the code, he is the key.



Assalamualaikum . Hello peeps *_*


 Akhirnya last weekend dapat jugak tengok wayang dengan mr ehem. dah lama sangat rasanya tak tengok wayang. Ini kali pertama untuk tahun ni hokey. sadis sungguh . selama ni asyik layan kat astro first je sebab tak ada geng nak ajak pi cinema. apakan daya hubungan jarak jauh kan. dah tak dapat buat akiviti lama masa zaman baru bercinta. sehari sampai 3 movie kitaorang layan.  semuanya dah berlalu. 


So, kitaorang decide untuk tengok SAFE. 


Pilihan kitaorang ternyata tepat. i bagi 4/5 stars untuk action thriller movie  ni. Agak menarik plot ceritanya. tentang geng mafia yang berebutkan seorang budak bijak yang ada code rahsia untuk buka peti besi yang ada duit yang ribu riban banyak tahap kaya goyang kaki seumur hidup.



the actor : Jason Statham  (Luke Wright). jadi buruan geng mafia rusia sebab jadi punca kekalahan teruk dalam perjudian. cara geng mafia rusia balas dendam memang cool. mereka akan bunuh sesiapa je yang ada ada hubungan dengan Luke Wright ni. walaupun diaorang baru kenal dan hanya berbual.    Memang tak ada makna lah kan terus hidup. 

Luke Wright ni juga jadi buruan geng polis pangkat tinggi yang kembung perut makan rasuah sebab dianggap pernah tikam diaorang dari belakang. Banyak betul musuh dia kan. Luke Wright dah putus harapan then nak bunuh diri. kebetulan masa nak bunuh diri dia ternampak Mei sedang dkejar oleh geng mafia rusia. 



the actress : Mei. budak berusia 12 tahun yang sangat pintar matematik. Slumber je dia sound cikgu salah kira. Otak dia dah macam kalkulator + memory card. memang hebat. kesimpulannnya dia adalah komputer. 

Geng mafia cina culik dia untuk dijadikan senjata rahsia bagi segala aktiviti kejahatan diaorang. Yelah bila pakai otak budak ni mana ada bukti kat mana-mana. so senang lah diaorang bergerak aktif tanpa dikesan. 

Mei dipaksa menghafal nombor yang panjang oleh mafia cina. dalam perjalanan untuk berurus niaga, geng mafia rusia pulak yang culik Mei untuk dapatkan nombor panjang berjela yang ada kod rahsia. polis yang gila rasuah pun masuk campur nak dapat Mei sebab nak tahu apa yang ada dengan budak kecil tu. 

Luke selamatkan Mei masa dikejar dari musuh-musuh-musuh yang jahat tu. Mei bagitau Luke nombor yang panjang tu then Luke terjemahkan kepada kod rahsia. bla bla bla .......  korang kena pergi tengok sendiri. tak best lah kalau dah tahu jalan cerita sebelum tengok kan. Hahaha. 


Akhirnya mereka berdua berjaya tewaskan geng penjahat. 




she has the code,
he is the key .





JuaiJualShop's Contest



Assalamualaikum . Hello gorgeous . 


Soalan pertama i nak tanya pada korang adalah korang ada handbag or apaapa jenis beg tak? siapa yang ada sila angkat tangan sekarang jugak! off courselah semua ada kan. tipu sangatlah kalau tak ada beg langsung. tak baik tiputipu tau. 


Kalau korang ada beg, apa kata korang cepatcepat join JuaiJuaiShop's ni sebab ada hadiah menarik untuk korang. dapat beg exclusive plus tshirt tau. okey meleleh air liur sekarang . *_*


pilih manamana beg yang korang paling suka, ambil gambar dengan beg tersebut then pergi page JuaiJuaiShop . Like dulu page tersebut then upload lah gambar korang bersama beg tadi kat situ. Ajak lah kawankawan kesayangan korang like gambar tersebut. dah menang hadiah tak payah share. Haha. 


Senang kan? So apa ditunggu lagi! jangan tunggu lamalama nanti hadiah dikebas orang. jangan tunggu lamalama nanti hadiah dikebas orang . Bubye . 





gaya belit-belit tudung. urban atau konvensional ?



Assalamualaikum . Hello ladies. 


Kejap lagi nak berdating dengan mr ehem. rindu dah berbakul-bakul hokey. lebih kurang 2 bulan tak jumpa. boleh bayangkan tahap kerinduan tu kan. 


Memandangkan akan berdating petang nanti. maka dari semalam i dah sibuk fikir nak pakai baju apa, warna apa, kasut yang mana, and the most important is nak belit tudang macam mana. HAHA. sound funny right. macamlah baru first time kau dating yang nak gelabah sangat kan. tak kisah la first time ke ten times ke yang penting kena stay cun. *_*

gaya yang mana i nak belit hari ni ye? sumber google 


Jom kita focus kepada cerita belit-belit tudang dari cerita excited nak dating yang mesti korang rasa eeeuuww, nyampah. lately dah macam-macam gaya pembelitan tudung keluar. ada yang loose, ada yang ketat tahap tercekik dan ada jugak yang kembang semangkuk jadi kepala kau. taip je tutorial membelit tudung kat google dan bersepah-sepah gaya yang korang akan jumpa. 


secara konklusinya i kategorikan gaya pembelitan & pemakaian tudung kepada 2. urban dan konvensional. bagi i urban tu maknanya kau stylo habis. tudung gerbang sana sini takpun belit dengan teknik yang kadang-kala tak tercapai dek pemikiran manusia normal seperti i. konvensional pulak gaya yang lebih biasa. lebih simple dan lebih mudah. 

antara gaya urban



antara gaya konvensional 


persoalannya kat sini adakah semua gaya pembelitan dan cara pemakaian tudung tu sesuai dengan diri korang. pendapat i adalah NO! NO! NO! mengikut pengalaman i yang dah pakai tudung sejak form 3 (secara rasminya. sebelum tu sesuka hati ikut mood) i rasa tak semua gaya sesuai dengan i. pilihan yang paling sesuai untuk i semestinya konvensional. tapi bukan bermakna i tak suka gaya urban. sumpah i tersangatlah suka tau. 


 I bekerja di sekolah. perlu bergaya dengan kemas. agak tak sesuai untuk bergaya stylo mylo macam ni ke sekolah kan. Memandangkan kerjaya sebagai cikgu memerlukan i menjadi jurulatih sukan, pekebun jaya, penternak ikan hiasan dan juga bibik, so adalah sesuai i pilih gaya tudung yang memberi keselesaan. lagipun tak semua orang akan jadi secantik hana tajima bila menggayakan tudung macam ni. i la antara yang akan memburukkan pemandangan orang lain tu. 


Gaya konversional lebih mesra alam. maksud i lebih flexible untuk digayakan dalam apa-apa jugak majlis. lagipun orang-orang disekeling i terdiri dari golongan yang lebih berusia dan matang. golongan macam ni kurang berkenan dengan gaya urban. kat sini i nak share sikit kisah benar sebenarnya yang jadi pada i.  dengan confidentnya i menggayakan gaya dian pelangi ke sekolah. dah perasan cun habis kau masa tu. sampai je kat sekolah ramai jugak akak-akak dan abang-abang (cikgu senior) tegur "kau bangun lambat ke hari ni Ada,? gaya tudung macam tak siap je".  sentap mak, nyah!


Gaya konvensional jugak lebih senang digayakan dan menjimatkan masa. memang tak kuasalah nak ambil masa yang lama untuk bersiap. i am busy woman hokey! tengah single pun terasa tak cukup masa inilah pulak bila dah ada komitmen menjaga suami & anak-anak. cewwah fikir masa depan gitu. 


I sangat suka dengan gaya tudung yang stylo. off course la nak sentiasa up-to-date kan. kadang-kadang bila keluar hang out dengan member sebaya or keluar dating ada jugak la i gayakan tudung yang in with the trend.


Kesimpulannya tepuk dada tangan selera dan ukur baju di badan sendiri. ada kaitan ke? HAha.. sesedap rasa pulak feeling ala-ala karam sigh walia. bergaya kenalah bertempat. ikut situasi di mana korang berada. gaya urban bagi i sesuai bila attend majlis yang perlukan gaya yang ummghh. gaya konvensional pulak sesuai untuk rutin harian yang biasa. sesekali perlu jugak cari kelainan untuk mengelakkan pemandangan yang bosan.



Settle cakap pasal gaya urban or konvensional mengikut situasi. kemain panjang lebar dah i menaip hari ni kan. itu belum cakap pasal pemilihan warna dan corak dengan keadaan fizikal badan lagi. next time maybe. Haha. rajinlah sangat kan. Okey babai. nak bersiap-siap jumpa mr ehem.




#