#

Filem Dark Shadow



Assalamualaikum .  Mari ke segmen kaki wayang . Eh, sejak bila pulak ada segmen kaki wayang kat belog i? Jawapannya adalah sejak sekarang. Haha. suka hati i lah nak buat segmen apa pun. belog i bukan belog u kan. cesss!! nyampah sangat bila retis buat ayat poyo macam gitu kan. 



 Johnny Depp! auuww! auaww! cess macam bapok je jeritan tu. Memandangkan Johnny Depp merupakan pendukung utama  (tetiba ada unsur indonesia pulak) maka i akan terus terkinja-kinja nak tengok. Sebab utama adalah Johnny Depp tak akan menghampakan. Yes! he did it!



Mengisahkan keluarga Collins, keluarga yang sangat berpengaruh berjaya membuka sebuah bandar dengan nama keluarga mereka. Keluarga ni sangat mementingkan kasih sayang antara keluarga. Zaman kegemilangan keluarga Collins tak bertahan lama. Semuanya hancus bila Barnabas Collins tak terima cinta Angelique Bouchard, orang suruhan keluarga Collins. 

Barnabas Collins. 

Dengan menggunakan sihir, ibu bapa dan buah hati Barnabas dibunuh. Barnabas pulak disihir menjadi pontianak. Lagi malang bila Barnabas dikurung dalam keranda sehingga 2 abad. 

Sangat lawak bila Barnabas akhirnya berjaya keluar dari keranda tu dan cuba sesuaikan diri dengan perubahan abad. terbahak-bahak gelak bila dia jakun jumpa jalanraya. 


Angelique Bouchard. 


Selepas kejatuhan keluarga Collins, Angel dah pun ambil alih keseluruhan perniagaan kat bandar tu.  Angelique tetap menagih cinta Barbanas walaupun selepas 2 abad. tapi hati Barnabas tetap pada Juliet. Angelique bertambah hangin la kan dan terus dengan agenda jahatnya. 


Kalau nak tahu dengan lagi details kenalah pergi tengok sendiri. walaupun ramai yang kata filem Tim Burton ni kurang menyengat, tapi i tetap nak bagi 4 stars. Bagi i menarik dan boleh gelak terbahak-bahak. Filem yang ringan dan sangat sesuai untuk release stress. 



#