#

sudah tiga tahun bergelar artis



Gigih kau semalaman i melipat kertaskertas nak buat paper wheel tu. Akhirnya berpuas hati sebab ramai yang puji cantik. HAhaha.. terus rasa riak dan takbur. padahal mungkin diorang puji sebab nak jaga hati i je.. urrmm.... 

16 Mei lepas rupanya dah tahun ketiga i sambut hari guru sebagai orang yang diraikan. Sumpah masa kecikkecik dulu tak pernah bermimpi langsung nak jadi cikgu. citacita dulu nak jadi businesswomen.  Haha.. Tapi segalanya dah ditetapkan tuhan.  i lagi sesuai dalam bidang keguruan rupanya. 



Dah sama besar dengan cikgu budakbudak sekolah rendah ni. Hahaha. ayat nak sedapkan hati sendiri. padahal ayat yang lagi sesuai adalah keciknya cikgu tu. macam budak sekolah rendah. DUshh!! benci ayat tu!


Ini yang paling i suka. selama tiga tahun menyambut hari guru hadiah yang i terima tetap bertimbun. terima kasih muridmurid ku sayang. walaupun i sentiasa menyinga dalam kelas tapi ada jugak yang sayangkan i. sob sob sob terharu. Ada banyak lagi sebenarnya tapi malas nak kumpulkan setempat. dalam but kereta, dekat ruang tamu, bla bla bla.. Perghh macam artis pulak dapat banyak hadiah. 


Antara hadiah yang i dapat. shawls butterfly. 



Ini pun murid yang bagi. Bukan setakat murid , mak murid pun bagi jugak. tak sabar nak hantar kain pasang yang mak murid bagi kat tailor. Yeayy tak payah beli baju raya. Haha..


Okey yang ni paling i terharu. Memang macam artis rupanya bila jadi guru. sepanjang tiga tahun bergelar guru dah macammacam award dapat. Haha. Terima kasih kepada muridmurid ku saaayyaaanggg yang sudi apundi cikgu. Bila dapat je award ni terus terfikir, rupanya penyamaran menjadi singa dalam kelas tak berjaya. kanakkanak ni tetap boleh nampak perangai sebenar i.






#