#

Daiso Shop @ Aeon Bukit Indah




Yuhuu !! Memang pantang pergi Daiso kalau tak shopping satu dua barang. Wajib bimbit beg plastik bila keluar dari Daiso. Lima hinggit! Lima hinggit! at last bila kat kaunter jadi mesti lebih dari duapuloh hinggit. 


Sangat suka sebab kat Johor ada Daiso dan sangat susah hati sebab kat Kedah tak ada. dan lagi bertambah susah hati bila kat Negeri Sembilan pun tak ada. Terpaksa lah i menghabiskan sisa dan baki hidup secara solo di Johor untuk tahun ni dengan bershopping di Daiso, Aeon Bukit Indah sepuas hati. dengan ini i mengumumkan sayang muaahmuaah kat Johor. hahaha


Frame Stand yang dibeli tanpa sebarang motip . Entah tahun bila i nak guna pun tak tahu. Yang penting beli dulu dan fikirkan kegunaannya kemudian. Yeayy sangat bijak kau berbelanja kan. 

Dress Cover untuk menyimpan baju nikah dan baju tunang yang entah tahun bila baru disiap pun i tak tahu. yang penting ada effort untuk i simpan bajubaju tersebut dengan kemas.

Kain Felt yang i pun belum pasti nak digunakan untuk apa. Konon lah sangat nak DIY kan. Sekurang-kurang i ada niat yang baik kan. 

Ni yang paling berguna. Lingerie Laundry Net!. Bakal pengantin kena jaga tangan dan jari jemari. so haruslah dielakkan segala jenis cucian tangan. dengan itu segala pakaian WAJIB dicuci menggunakan teknologi dinamakan mesin basuh. (Puiih! padahal kau memang dasar anak dara pemalas) . disebabkan itu segala pakaian yang kecikkecik sangat mudah lingkup bila dicuci dalam mesin basuh iaitu terkepak sana sini dan terkehel jadi masukkan segala kecikkecik itu ke dalam laundry net bebeh. 



Sekian hasil shoppingan untuk hari ini. esokesok i akan kembali bershopping di Daiso. Dah aim dua tiga empat lima barang lagi nak dibeli kat situ. 



#