#

After 5 Months with Healin



Assalamualaikum . 


Hye semua! Salam hujung minggu. 5 bulan lepas i beli product MiraQ from Healin. Rujuk link ini : MIRAQ . selepas puas berfikir product apa yang sesuai untuk hilangkan pigmentation yang berleluasa di muka, i pun buat keputusan cuba product Healin. 


Apa perubahan yang berlaku selepas 5 bulan? 


Hari pertama

5 bulan kemudian


Kulit muka masih penuh dengan bintik hitam yang buruk tapi Alhamdulillah warna dah agak pudar dan  bintik bersaiz kecil dah berkurang. Nampaknya memang mengambil masa yang sangat panjang untuk hilangkan terus segala bintik hitam yang degil ni. 


Walaupun agak kecewa sebab bintik hitam lambat hilang tapi i sangat berpuas hati dengan kelembutan kulit muka sekarang. pori-pori mengecil dan kulit i kurang terbakar walaupun asyik berjemur panas. Sebelum ni kulit i senang sangat rentung. pantang turun ke padang 2,3 hari terus gelap. sekarang ni situasi jelas berbeza. Buktinya masa i tiap-tiap hari ke padang untuk latihan olahraga dan masa kejohanan sukan tahunan sekolah. Kulit tetap sama warna je. 


Sepanjang 5 bulan i jadi pengguna MiraQ Healin, dah habis sebotol cleanser dan day cream i guna. cleanser baru je habis. day cream pulak dah hampir setengah botol kedua i guna.  night cream bertahan agak lama sebab i selalu terlupa pakai. belum bertukar botol baru lagi. memang dasar malas dan nyanyok kan. lepas tu kecoh bintik hitam lambat hilang. haha.  


I akan tetap jadi pengguna Healin dalam masa 7, 8 bulan lagi memandangkan dah pun beli Set MiraQ, Healin sebagai salah satu hantaran kahwin nanti. Harap lepas ni makin rajin sapu night cream dan bintik hitam terus pudar, pudar, pudar dan hilang terus :)




#