#

Wedding Wish List



Assalamualaikum . memandangkan ramai dah bertanya "Ada, kau nak hadiah kahwin apa?" maka dengan ini terus datang idea untuk buat wishlist. HAHA. Nah padan muka korang. sila bersiap sedia jelah. 


1. Garment Steamer . I paling memerlukan benda alah ni sebab tiap-tiap hari i kena iron baju suami dan baju i dan sudah tentu pekerjaan ini sangat memenatkan. so garment steamer akan memudahkan urusan rumahtangga i. 


2. Microwave . Korang pun sedia maklum fungsinya kan. memandangkan i sangat pandai dengan kerja-kerja di dapur jadi memang molek sangatlah untuk ada sebijik microwave di dapur rumah i. 


3. Pakej Honeymoon . sangat mulia lah hati barang sesiapa yang menghadiahkan i pakej honeymoon. dalam negara ke, luar negara ke, korea ke, kashmir ke. I memang suka kalau dapat pergi honeymoon lima enam tujuh sepuluh kali pun. HAHA. gatai sungguh kan. Urmm kalau hadiahkan pakej umrah lagi afdal sebenarnya :)


4. Set Pinggan Mangkuk . hadiah yang sangat berguna untuk pasangan pengantin yang baru nak memulakan hidup bersama. tak payah lah i bersusah nak shopping pinggan mangkuk untuk penuhkan rak di dapur nanti.


5. Comforter Set . I memang tersangat suka ada banyak-banyak koleksi comforter set sebab senang nak bertukar-tukar setiap minggu. maklumlah bila dah tukar kena hantar dobi pulak kan.


6. Buku Resepi. Babes! korang memang kawan sejati kalau hadiahkan i buku resepi. menu mudah-mudah sudah la. i sangat hargainya. paham-paham la sebabnya ye :))


7. ni akhir sekali. DOA. hadiah terindah untuk i dengan pasangan adalah doakan kehidupan kami sentiasa bahagia & mendapat keberkatan. Wish list lain-lain tu sekadar untuk suka-suka je tapi yang ini i memang serius. Doakan jodoh kami bersama berpanjangan :)





#