Salam hari minggu untuk kamu-kamu. hari ni i nak share apa yang i dapat masa pergi wedding exhibition kat danga city mall last week. memang banyak knowledge pasal nak berkenduri khawin i dapat. untung i pergi dengan bakal-bakal pengantin, so bertambah-tambah banyak la ilmu yang i dapat. insyaAllah boleh i guna bila dah tiba masanya nanti.
entry ni i cerita bab nak memilih kad khawin je ye. hal lain nanti-nanti i cerita. banyak juga la booth kad khawin join wedding exhibition ni. macam-macam jenis kad khawin ada. bukan setakat design, macam-macam pakej dan harga ada. sampai naik pening la kepala arm nak decide kad khawin yang mana paling sesuai.
harus senyum bila bergambar walaupun tengah pening. with my dearest friend, arm. bakal naik pelamin bulan mac nanti.
i memang suka design kat khawin kat booth kad-kadkahwin.com ni. untuk orang yang suka design moden, ala-ala kulit cd/dvd boleh la pilih untuk tempah kad kahwin kat sini. i suka sebab sebagai customer kita boleh buat pilihan sendiri. dari gambarnya, design nya. kita tak terikat dengan design yang biasa. kalau rasa bosan juga asyik tengok design kad kahwin yang lebih kurang sama, sesuai sangat la tempah kat sini. "lain dari yang lain, idea baru". ni yang i boleh describe tentang kad-kad khawin kat sini.
harganya pun sangat berbaloi dan memang pada kategori mampu. untuk kad yang macam gambar i upload tu harganya lebih kurang 65sen hingga 80sen je. bergantung pada design dan saiz kad tu.
kedainya kat taman bukit piatu mutiara, melaka dan jalan pesta baru, muar. link ; kad-kadkhawin.com
ni pulak masa kat booth kadkahwinku.com. rasanya ramai yang tahu pasal kedai ni. bila berborak dengan kawan-kawan, majority tahu pasal kedai ni. design nya memang cun. bagi i design dia simply, elegant, mantoop. kualiti kadnya tak usah cakap la kan. walaupun kualiti best, harganya tetap berbaloi. pada tahap mampu je lagi. galeri utama di kajang dan cawangan selatan pulak kat danga bay. i pernah pergi galeri kat kajang. tak tipu, i memang teruja tengok design kat kahwin kat situ. serius, rasa nak terus tempah walaupun tak tahu lagi kendurinya bila. *__*
link; kadkahwinku.com
sal tempah kad kahwin kat sini. dah siap pun kad kahwin dia. dia dah tempah sebelum wedding exhibition ni sebab kendurinya 20 november nanti. overall puas hati. sal kata mahal sikit sebab dia tempah last minit. so kalau nak murah, sila la tempah awal ye.
ni la kad kahwin sal. i jadi posmen tolong sebarkan kad kahwin pada kawan-kawan lain. *__*
seterusnya booth kadgelari.com. yang paling berbaloi bagi i kad kahwin di booth ni. design menarik, pakej menarik dan harga yang best. kad kahwin kat sini siap pakej dengan free banner dan kotak bunga telur. pendek dan panjang kata memang berbaloi-baloi. link; kadgaleri.com .
dah puas berpening-pening kepala, arm decide tempah kad kahwin kat sini. kedainya di taman johor jaya, johor dan di pontian, johor. harga sekeping kad cuma 70sen. yang bestnya dapat 2 banner dan 1000 keping kotak bunga telur. menarik kan. *__*
seterusnya booth studio inspirasi ns. booth ni pun tak kurang menariknya. design best, harga best, siap pakej barang percuma. kalau teringin nak tempah kad kahwin design karton sesuai sangat la tempah kat sini. i jumpa kat kahwin paling murah kat booth ni. link; studiopages.net.
apa yang i dapat; pilih kad kahwin yang sesuai dengan bajet. tak payah nak terlalu berfikir nak kad kahwin yang grand meletop-letop. cuba cari yang design menarik tapi dengan harga yang berpatutan. tak payah la nak bazirkan duit untuk kad kahwin yang grand. nanti orang buang jugak kad kahwin tu kan. sesetengah orang je yang suka simpan kad kahwin yang orang bagi. i la tu. i simpan tau semua kad kahwin yang kawan-kawn bagi pada i. bagi i tu kenangan yang i kena ingat. okey, seterusnya kalau dapat boleh cuba pergi wedding exhibition sebab boleh dapat macam-macam hadiah percuma. contohnya percuma banner dengan kotak telur. dah boleh cut cost untuk benda-benda tu. so untung la kan. lagi 1, tempah kad kahwin awal untuk elakkan kena tambah cost or apa-apa masalah lain.
tak sabar nak tempah kad kahwin sendiri *__* weeeeeeeeee....