#

ilmu halimunan kini di kedah

 


 alamak! kenapa ada kepala je ni.. spesis penanggal ke apa ni..??

 hello, apa kes sebut benda-benda seram pulak ni kan. karang bukan korang yang takut nak tidur sorang, tapi diri i sendiri yang takut.. dah tahu diri penakut tapi still gatal nak menyebut benda seram lagi kan. actually ni yang sebenarnya ;




TARAAAA!!!  kembali menjadi manusia setelah berpura menjadi halimunan tadi. 

ni i nak cerita kisah membawa adik-beradik belajar ilmu jadi halimunan kat Pusat Sains Negara. yang cantik dan semolek-moleknya i tak payah nak mengeluarkan kos yang tinggi nak membayar tol dengan minyak. sebabnya kat Kedah pun dah ada Pusat Sains Negara.


tengok si kecil mimie pun sibuk nak jadi halimunan jugak.


untuk orang-orang Kedah dan Perlis sila la bawa anak-anak berkunjung ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara. lokasinya kat Gunung Keriang. ala kat sebelah Muzium padi. tak jauh pun dari Alor Star.


i pun sebenarnya baru je tahu kat Kedah dah ada Pusat Sains ni. macam kurang je promosi pasal pembukaan Pusat Sains ni. nasib baik mimie yang bagitau. itu pun sebab cikgu dia yang bercerita. masa mimie ajak pergi Pusat Sains ni, i boleh je ragu-ragu wujud ke Pusat Sains ni. tawakal je masa drive pergi sana. tak sangka pulak memang betul-betul wujud.


okey, tuan-tuan dan puan-puan sila la memeriahkan suasana di sana ye. nanti i sambung cerita untuk part 2 pulak *__*. i nak memBERSIHkan rumah pulak ni. chow!








#