Geli geli ja baca tajuk kemain jiwang tu kan. memandang ramai pulak yang bertanya status antara i dengan mr ehem sekarang, jadi i menjelaskan kebenaranya kat sini. tak sangka ramai yang ambil berat . Ouch!! touching >.<
i paham semua persoalan status i tu wujud bila ramai yang nampak status fb i dengan mr ehem tetiba ja berubah jadi macam kat dalam printscreen tu. Okey, kisahnya macam gini. masa tu i dengan mr ehem datang bulan jadi mood tak berapa baik. jadi wujud batu dalam kepala masing-masing dan tangan menjadi gatal untuk tukar status. konon merajuk membawa hati pilu dan lara la sangat kan.
Tapi tak lama lepas tu bila mood masing-masing dah cool, kami pun kembali macam dulu-dulu. cuma malas nak betulkan balik status tu. propa ja lebih semuanya ni. Alhamdulillah jodah kami masih panjang. doakan jodoh kami terus kekal selamanya.
Bila mood dah baik harus lah wujud gambarajah macam ni. as usual sengih-sengih dalam fitting room. Lokasi Levis Plaza Angsana, JB. berlaku dua minggu sebelum raya. haruslah tengah shopping raya tu. Finally mr ehem jumpa jugak corduroy yang berkenan dihati.
Dah habis shopping terus laju ja ke 11Century Hotel . Aktiviti wajib bila dating haruslah kena makan-makan. disebabkan bulan Ramadhan jadi makan-makan biasa bertukar jadi aktiviti buka puasa. Pukul 1 tengahari dah call hotel buat reservation tau. Plan asal nak berbuka kat Hotel Selasa tapi memandangkan dah full booked so cuba jelah makanan kat 11Century Hotel.
tak kira i tetap nak cerita jugak walaupun cerita Ramadhan dah basi. Jom tengok apa yang i dengan mr ehem makan >.<
penuh pinggan hokey!
standard orang kampung la kan ulam-ulaman dengan sambal belacan mana boleh tinggal. tak lengkap la kan.
Gila jakun first time i makan siput sedut. puas mr ehem mengajar i menyeduk. sampai tersedak-sedak i menyedut. dah la pedas kemain masak lemak tu tapi sedap.
satay with kuah kacang
Laksa Penang ? Pfftt .. tak kena langsung. menyesal ambil.
sup kambing
yang ni paling i suka. buah-buahan tempatan. sangat Malaysia kan >.<
buffet untuk dewasa rm48 . kanak-kanak i dah tak ingat. Rate makanan kat sini i kasi 3 bintang. sesudah makan, bayar dan balik.
p/s : masih ada cinta antara i dengan mr ehem. InsyaAllah i akan sentiasa pertahankan perasaan ni. i sangat hargai kawan-kawan semua yang sangat prihatin tentang kami. sorry la buat korang semua pening/risau/menyampah/pelik dengan perangai kami yang kadang-kadang tak berapa matang tu. doakan jodoh kami terus berkekalan ye .