Assalamualaikum .
Ingat lagi tak teaser percutian pendek i dalam entry sebelum ni? okey dah tau korang tak ingat sebab dah berkurun pun cerita tu. So sekarang i nak buat review sikit pasal tempat i menginap hari tu. Manalah tau review i ni dapat membantu sikit sebanyak pada korang yang tengah pening-pening lalat tak tahu nak menginap kat mana bila ke area Kukup, Pontian Johor.
Taraaa!! presenting 'Tanjung Piai Resort'.
Macam ni lah rupa paras entrance Tanjung Piai Resort . Resort atas air hokey .
i dengan housemate pilih family room. ada dua bilik dan 1 bilik air. dalam dua-dua bilik ada air-cond. Rate untuk family room ni RM200. Bilik air luas tahap boleh masuk 3 orang sekali. ^-^
Pilihan bilik lain yang ada lebih kurang resort yang lain. Twin sharing room, standard room, superior room, dan dorm. Rate untuk standard room cuma Rm150.
sekarang layan gambar persekitaran resort pulak ye .
kat sini la Family Room yang i tidur .
Housemate i tengah berjalan-jalan mencuci mata melihat pemandangan sekitar resort . actually kitaorang baru lepas bersarapan je tu. sarapan pagi termasuk sekali ye dalam pakej sewa bilik tu.
Antara aktiviti yang korang boleh buat sepanjang stay kat resort ni adalah memancing, paint ball dan karaoke. selain tu boleh jugak adakan jamuan untuk apa-apa majlis kat sini. waktu malam pulak resort ni penuh ja dengan kaki pancing. banyak lah agaknya ikan-ikan kat sini .
Lobi resort
Jetty nelayan
Okey dah check out. jom balik. Alhamdulillah percutian pendek kitaorang mencapai matlamat . semua pulang ke rumah dengan perasaan tenang dah tenteram .
untuk details tentang Tanjung Piai Resort boleh kelik website ni : Tanjung Piai Resort