#

kongsikan kepada kawan dan dapat upah dari churp churp. Eh bestnya!



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Wah bukan main panjang tajuk dah macam satu perenggan karangan pulak. Korang semua mesti pernah dengar pasal Churp Churp kan . I pun dah lama sebenarnya dengar dan dah lama jugak lah join Churp Churp ni. Tapi yang sadisnya sebelum ni i tak pernah terbuka hati nak mendalami dengan betul-betul.

Sebelum ni asyik baca blogger lain tulis pasal cash out ganjaran Churp Churp jee. Then sekarang dah wujud rasa cemburu membuak-buak. Why not i pun cuba manalah tahu dapat guna untuk belanja kenduri kahwin kan. Haha!  Kemain besar kau angan-angan.

Tapi tak mustahil pun kan. kalau tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Contohnya duit Nuffnang yang i biak sikit-sikit melalui belog yang tak seberapa hebat ni. Alhamdulillah selepas setahun i tak cash out, jumlah yang ada sekarang dah boleh i gunakan untuk tampung kos door gift nanti.

Untuk mereka-mereka yang sewilayah dengan i bolehlah sama-sama kita berkenalan dengan Churp Churp yang kelihatan sangat comel ini .


Boleh kongsikan perkara-perkara best dengan rakan-rakan dan boleh join contest ? wow! i suka . korang suka tak? 

Urrmm... Siapa yang layak jadi member?


Rasanya tak ada masalah untuk kita semua jadi members sebab haruslah masing-masing ada facebook, twitter dan lain-lain kan. I sangat tertarik dengan ayat last tu "lebih cara untuk kongsi = lebih ganjaran!" . wow! double triple suka! siapa yang tak suka ganjaran kan. 

Ala bukannya susah pun setakat share kemeriahan, produk, trend dan kempen pada status facebook ataupun twitter korang. Lagi bagus share benda-benda macam gini daripada korang tulis status merapu meraban jiwa karat hati terluka takpun share link yang tak berfaedah berpakej dengan fitnah. Meluatlah pulak i tengok kat timeline facebook penuh dengan cerita kutuk orang itu,orang ini. HUH! buang masa, menambah dosa . Ha kalau share kempen churp churp dapat reward tau . 


Untuk keterangan lanjut boleh lah kelik link CHURP CHURP ini . 




#