#

Buffet Ramadhan @ Sangkar Kristal, Johor Bahru


Assalamualaikum . 

Lokasi berbuka puasa bersama Mr Ehem mestilah tempat yang best-best, so i buat keputusan sendiri bawak Mr Ehem berbuka di Sangkar Kristal, Johor Bahru. Sangkar Kristal ni sebenarnya anak syarikat LC Catering yang kat Taman Melodies tu. cuma LC Catering Taman Melodies lebih kepada menu ala carte. kat Sangkar Kristal ni pulak buffet. 

Lokasinya berdekatan Istana TMJ di Jalan Pasir Pelangi. 

Entrance 

Kena mendaki tangga sikit



yeay our table. cik aida? haha. biasalah kan bila booking by phone mesti ada tersalah kat mana-mana. Ada terus bertukar kepada Aida. Haha . 

Kat sini sentiasa penuh, so kalau terasa nak berbuka kat sini better call awal-awal. plan asal nak berbuka hari sabtu tapi dah full booked pulak. walhal i call pukul 11 pagi tau. untuk berbuka keesokkan harinya i call malam  sabtu tu jugak. Yeay finally dapat jugak table walaupun tersalah nama :(



Ada 99 jenis makanan yang i tak sempat nak makan kesemuanya. rambang mata tau pilih makanan kat sini. macam-macam ada. dan rasanya tak mengecewakan. kambing bakar, beriani, nasi arab, laksa, lauk-pauk, ikan bakar semua ada. 

Masa makan tetamu akan boleh layan lagu-lagu lunak. ada penyanyi ala-ala padang pasir dan pemain angklung. memang menambah mood makan tau. 

tengah rehatkan perut untuk sesi kedua . 

Kemudahan surau dan toilet ada kat sini. bersih dan selesa. lepas berbuka boleh terus ke surau the lepas tu boleh sambung makan lagi. makanan sentiasa di refill. untuk kaum adam yang nak berasap pulak boleh berasap di bahagian luar dewan sambil cuci mata tengok orang main golf. 


posing sikit sementara tunggu MR Ehem berasap-asap. 

suasana dalam dewan 


Harga untuk dewasa RM42, kanak-kanak RM20 . harga yang sangat berbaloi dengan jumlah makanan dan kadar keselesaannya :)  Boleh call 0177772418 atau 073357355 untuk tempahan . ataupun boleh email ke lccateringsdnbhd@gmail.com . 




#