#

Cuti-Cuti Pulau Pangkor Part 2


Assalamualaikum . 




Sambungan kepada entry cuti-cuti pulau pangkor kali ni lebih kepada aktiviti-aktiviti di Pulau Pangkor. Percutian 2hari1malam kali ni cuma untuk rehatkan minda dan bersantai bersama keluarga je. Jadi I tak buat sebarang aktiviti laut or darat di Pulau Pangkor. InshaAllah next time I akan cuba jugak aktiviti-aktiviti laut di sini sebab memang geram je tengok pelancong lain bergirang-gumbira di tengah laut. 















































Nah kau punya la banyak aktiviti best boleh korang cuba kat sini. terdapat banyak agen yang tawarkan perkhidmatan aktiviti kat sini. Pilih je yang mana berkenan. ada jugak sesetengah resort akan offer pakej aktiviti untuk korang. harga boleh runding. 

I ada jugak survey dengan beberapa agen. Untuk aktiviti snorkeling 4 orang dewasa, seorang kanak-kanak ( 1boat)  dikenakan RM50.00 . Untuk aktiviti big mable, poparazzi dan sewilayahnya cuma dikenakan  lebihkurang RM25.00 sahaja kalau korang datang secara group. So lagi untung kalau bercuti beramai-ramai. 






















Petang hari pertama kami sekeluarga berjalan-jalan kat tepi pantai sambil celup-celup kaki di gigi air. Ombak kat kawasan Pantai Teluk Nipah agak kuat. seram jugak nak bermandi-mandi di sini. Tapi I tengok ramai je yang gumbira sakan mandi-manda. Maybe family I yang agak berhati-hati :)









Seterusnya membeli-belah buah tangan dari Pangkor. T-shirt 'I Love Pangkor' 6 helai RM27.00 . boxer untuk budak sekolah rendah RM10.00 . kat Teluk Nipah ni banyak sangat deretan kedai yang menjual pakaian dan barang cenderahati. harga kena pandai-pandai nego. Harga barang di teluk Nipah dan di jeti pangkor lebihkurang sama je. 



























Kami makan malam di kedai berdekatan resort dan deretan kedai. Banyak pilihan kedai makan di kawasan teluk nipah ni. Disebabkan malas nak layankan rambang mata memilih kedai jadi kami pilih kedai yang pertama. I langsung tak ingat apa nama kedai tu dan tak ambil gambar makanan yang kami makan. Ni semua   sebab terpengaruh dengan kata-kata Harith Iskandar dalam lawak ke der 2 "orang yang ambil gambar makanan sebelum makan tu looser". huh! then Adin pun asyik perli I tentang perangai ambil gambar tu. Jadi padan muka dah tak ada gambar nak share kat belog. 

Sampai je Pulau Pangkor haruslah makan seafood sebab semuanya fresh. Kami makan ikan siakap stim halia. Fuhh!! terbaik! Malam tu kami kurang makan sebab masing-masing masih dalam mood kenyang makan kenduri siang tadi. 





























Last day di Pulau Pangkor. masing-masing tak sabar sangat nak pakai baju baru beli semalam :)


 dalam teksi ( van pink ) menuju ke jeti pangkor


 Selamat tinggal Pangkor. InshaAllah ada rezeki kami datang lagi.










#