#

Renew Lesen Memandu



Assalamualaikum . 






































I dah ada lesen baru. U ada?? 


Haha..  Poyo sangat berlagak ada lesen berwajah baru. Biasalah bila dah cukup umur setiap tahun mestilah kena ingat pasal lesen memandu. Ingat birthday, ingat lesen memandu. Last week  I dengan Tubish pergi ke JPJ Taman Daya, JB dengan penuh semangat berkobar-kobar nak renew lesen memandu. Excited weh dengan rupa paras lesen yang nampak lebih maju dari lesen yang lama guna mesin limited tu. 


Lepas je habis kerja terus pergi ke JPJ. Sampai je kat parking lot dah urut-urut dada. Ommmakk aiii punyalah banyak kereta. Dah satu hal pulak mencari tempat parking. Then terus ke bahagian Lesen kat tingkat atas. Dari luar pintu dah nampak ramainya manusia. Ommmakk aiii . Pengsan!



Pengsan kali kedua!


Mungkin masa I pergi tu mesin nombor giliran rosak jadi terpaksa guna sistem manual beratur panjang then tunggu nama dipanggil. Bersangka baik jelah kan. Dalam keadaan penuh sesak, cuma nampak kepala orang je kena beratur panjang. Lepas tu ada pulak makhluk yang nak cepat potong barisan. Sabor jelah.


Mula-mula beratur kat kaunter pertanyaan. Bagitau nak renew lesen then ada bawa gambar. Beratur pulak kat kaunter pembayaran 1 atau 2. Disebabkan serik nak menghadap situasi macam ni lagi jadi I terus buat untuk 3 tahun. total RM90. Nasib baik duit dalam dompet ada sikit je. Kalau tak haruslah I renew untuk 10 tahun terus. Haha. melampau sangat kan. Lepas buat pembayaran, bawa resit dengan gambar ke kaunter 7 atau 8. Tinggalkan kat kaunter dan tunggulah sehingga nama dipanggil. Suara yang panggil tu perlahan lah sangat. Jadi silalah pasang telinga betul-betul.


Tips yang boleh I bagi adalah sila bawa gambar pasport korang yang cun melecun siap-siap. Elakkan terhegeh-hegeh nak ambil gambar kat situ untuk elakkan korang kena beratur kat 2,3 kaunter. masa itu emas kan. tak kuasa nak hadap orang ramai bersesak-sesak lama-lama. Gambar tu pihak JPJ akan scan je then pulangkan balik pada korang.


Jangan risau, next year dah boleh renew lesen baru ni kat pejabat pos. Maka berkuranglah kemungkinan bersesak macam yang I hadapi ni  :)




#