#

Cuti-cuti Kuching: Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum. 


Kali ini bercerita tentang aktiviti hari kedua masa bercuti kat Kuching. Pukul 10 pagi kami bertolak ke Sarawak Cultural Village. Kami gunakan perkhidmatan shuttle van yang disediakan di hotel. Van akan ambil pelancong dari hotel ke hotel. Boleh deal untuk gunakan perkhidmatan shuttle van dengan pihak hotel je. Tambang untuk pergi dan balik dari 360 Hotel adalah RM20.00 seorang. Nak mudahkan cerita terus book tiket masuk ke Sarawak Cultural Village sekali. RM60.00 seorang. Total untuk kami suami isteri RM160.00. 


Perjalanan dari bandar Kuching ke Sarawak Cultural Village ni lebihkurang 45minit je. Rupanya lokasinya berdekatan Gunung Santubong. cantik sangat latar belakang tempat ni. Masa dalam perjalanan ke sana hujan lebat mencurah-curah. Dalam hati memang dah pasrah sebab kena meredah hujan nanti. Tapi alhamdulillah rezeki kami baik, elok je sampai kat Sarawak Cultural Village ni hujan pun dah berhenti. Hoyeeee terlompat seronok!! Haha. 



Entrance Sarawak Cultural Village  



Sampai kat entrance terus tunjuk resit pembayaran tiket dengan tambang shuttle van. Then kami diberi stiker untuk lekat kat baju. Then dapat pasport yang ada maklumat tentang Sarawak Cultural Village. Ada ruangan untuk dicop bila melawat setiap rumah kaum yang ada di situ. Sangat disarankan pakai sandal or kasut yang bersesuaian semasa ke sini sebab ponet weyh berjalan pastu panjat-panjat tangga. Takpayahlah nak control ayu pakai heel kat sini ye :)


Okey, jom melawat rumah-rumah kaum di Sarawak Cultural Village. I letak dua tiga keping jelah gambar ye. Karang u'ols pengsan pulak tengok gambar banyak-banyak. Di setiap rumah kaum akan ada persembahan, jualan produk dan semestinya dekorasi. Kesimpulannya memang keadaaan dalam rumah tu menunjukkan cara hidup diorang yang betul. Ada sesetengah rumah kaum ni sediakan bilik untuk pelancong menginap. 



















Mesin air tebu. best jugak main-main dengan mesin ni. keluar segala peluh jantan demi segelas air tebu. Haha



cantik sangat rumah bidayuh berlatar belakangkan Gunung Santubung. 




Rumah Melanau




Gayat weyh naik rumah melanau ni. Ada tiga tingkat. Mengucap dulu setiap kali naik dan turun tangga. 


ada berani? 

hiasan kamar di tingkat paling atas. 



Rumah Iban




Boleh dikatakan hampir semua rumah kaum ada buat jualan kuih tradisi. Puaslah mencuba segala jenis kuih di sini. tapi harganya boleh tahan jugak. Sekeping lepat pisang RM2.00 kau! 



Rumah Penan

Ada aktiviti menyumpit kat rumah Penan ni. kalau tak silap tiga kali sumpit dengan bayaran RM2.00. Adin berlagak pulak tak nak tunjuk skill menyumpit. Haha



Selain tu, ada Rumah Melayu dan Rumah Cina. tak banyak gambar nak share kat sini sebab masa tu mood I dah merundum. penat dan kelaparan. Dah tak sabar nak ke restoran mengisi perut. Takpayah risau sebab dalam Sarawak Cultural Village ni ada disediakan restoran. Macam-macam menu ada. Harga berpatutan. Kami makan set tengahari cuma lebih kurang RM30.00. 



Sekarang I nak share gambar persembahan tarian pulak.  Ini aktiviti paling best di Sarawak Cultural Village. Wajib tengok tau show tarian ni. Boleh refer masa persembahan di entrance sebab jumlah persembahan bergantung pada jumlah pengunjung yang datang.  







Sekian cerita kali ni, InshaAllah jumpa lagi :)




#