#

bahan bacaan lucah untuk kanak-kanak


Astagfirullahal ‘adzim





Melampau sangat lah ! pelik betul macam mana buku yang lucah macam ni boleh senang-senang je dijual. Pasaran untuk kanak-kanak pulak tu.

Memang pendidikan seks tu berguna tapi janganlah melampau sangat sampai siap ada illustrasi tahap real macam tu. Proses hidup ni tak perlu nak diperjelaskan terlampau details secara serentak. untuk peringkat kanak-kanak setakat tahu perkara asas je dulu cukuplah kan.

kenapa ada yang mengimport buku ni masuk ke Malaysia? kenapa kedai buku tak tapis buku yang dijual? kenapa ada yang membeli buku ni? kenapa ibu bapa atau orang dewasa tak pantau buku yang anak-anak baca?

terlalu banyak soalan kan . sama-sama lah jadikan iktibar. buatlah apa yang patut untuk masa depan anak-anak .






#