#

04/04/84 suprise!



Awal-awal nak bagitau yang entry ni dah diperam beberapa hari. memang dah jadi tabiat tangguh-menangguh kerja. bukan setakat update belog tapi assignment kursus induksi pun belum usik langsung. haissh!! sungguh teruk sekali. ada lagi hokey! minit mesyuarat agung pibg pun belum buat.  sistem maklumat murid pun belum update padahal kerja tu yang patut i dahulukan sebelum retis update belog. Hommaaigood! teruknya makhluk ini!.

terpanjang la pulak intro i. terus kepada misi men suprise kan encik mokhtar dan puan zarina sempena ulangtahun perkahwinan ke 28 tahun . petang tu, (dah tak ingat hari apa sebab lama sangat peram cerita) i dengan anies sengaja buat-buat aksi sedang bosan tahap cacing kepanasan dalam rumah. kononnya nak keluar merayau hilangkan bosan. so terus start enjin kereta keluar merayau ke gurun. itu jelah tempat yang paling banyak kedai-kedai berdekatan dengan rumah i. 


Jangan nak berangan dapat makan kek sedap secret recipe kalau setakat melilau kat pekan gurun dan guar cempedak ye. Belasah jelah kedai kek yang ada. i sendiri pun dah hingat apa nama kedai kek ni. anies yang suggest sebab dia pernah beli kek kat kedai ni. kononnya paling best antara kedai-kedai lagi di wilayah pekan gurun dan yan. Kedai ni letakknya betul-betul depan Jerai Plaza. 


Hamboi kemain tudung akak neh. terus tertarik, terpaku dan terkesima. teringin nak buat macam ni jugak lah. tapi yang pastinya tak mungkin i pakai seglamor tu untuk pergi kerja. untuk dinner or party sesuai la. karang berpinau pulak mata students kalau i pakai pergi sekolah. 


Taraaa!! kami yang merancang segala-galanya. mintak ampun la kat syima dan p'qah sebab korang berkemungkinan tak dapat merasa kesedapan kek tersebut. Haha.. sila cepat balik rumah kalau nak rasa!



Yummy!! . off course lah chocolate moist cake jadi pilihan. semua ahli keluarga i memang penggila chocolate. pantang jumpa chocolate mula lah berebut. dah macam semut kerumun gula agaknya. terlupa pulak apa nama kek ni. semua benda lupa. haish!! . yang penting sedap. 



Suprise!! Yeay, plan berjaya. Alhamdulillah keluarga i sentiasa bahagia dan happy bersama hingga saat ini. puan zarina taknak bergambar sebab tak tutup aurat. so ada gambar encik mokhtar potong kek sorang jelah.

selamat ulangtahun perkahwinan kepada encik mokhtar dan puan zarina. semoga terus berbahagia hingga je Jannah. thanks for being the best parents in the world! caaayang abah & mak.



#