#

hunting kain-kain



Hello Ladies, Assalamualaikum . 

Hujung minggu lepas i dengan penuh kerinduan terhadap keluarga pun amik cuti dan balik kedah. Dah alang-alang cuti 5 hari kat Kedah, so harus la ambil peluang melilau dengan puan zarina, bonda kesayangan dan adik yang berbaki dekat rumah tu. kebetulan my sis anies pun tengah cuti jadi cukuplah geng melilau. 

As usual, encik mokhtar kena jadi penunggu rumah merangkap babysitter my lil sis yang tak boleh ponteng sekolah. makan lauk kedai lagi untuk beberapa hari lagi. haha. 

Misi hari tu adalah mencari kain untuk baju nikah, baju raya adik beradik merangkap family attire masa i bertunang, baju raya mak & abah dan langsir rumah. Bukan main bersemangat cari baju raya padahal puasa ganti pun belum terganti. 

I sengaja nak prepare semua ni awal sebab ada lagi 3 pasang baju i kena sediakan untuk diaorang. so adalah merbahaya kalau ditangguh-tangguh. better settle kan awal-awal untuk elak duit keluar dengan banyak serentak & elak tailor mengamuk sebab hantar seguni pastu terkejar-kejar suruh cepat. 

Lokasi pertama ialah Gulati's Silk House. jumpa macam-macam jenis beaded material tapi harganya buat i rasa pening-pening sikit. almaklumlah pengantin bajet so haruslah mencari yang  kos rendah. tak dinafikan memang luruh hati tengak beads yang sarat kemain pada kain. tapi i tetap keluar dari gulati's dengan tangan kosong. Hahaa. .



Next hunting ialah Gayathiri Silk Palace. Tak pernah terfikir pun sebelum ni akan masuk bangunan kedai ni. tiba-tiba masa tengah drive muncul mentol dengan idea cepat singgah gayathiri dalam kepala. Terkejut mak bila i keluarkan cadangan bernas tu, tapi diikutkan jelah kerenah i. Hahaaa.

Masuk je kedai terus feeling ala-ala kajol la kan. bukan main rancak lagu hindustan siap pakej dengan bau-bauan masyarakat india. Bila bercakap terpaksa kuatkan suara sebab muziknya terlalu lah kuat. 


Terus jadi rambang mata bila nampak saree yang murah dan cantik. rasanya lebih dari sejam kitaorang memilih. sekejap pegang itu, then pegang ini lepas tu letak balik. haiisshh!! memang tak keruan jadinya. Kebetulan masa i pergi kedai ni tengah buat sales gila-gila. so harga memang super duper mampu. 


Akhirnya berjaya buat keputusan beli 5 pasang kain untuk baju raya adik beradik, sepasang kain untuk baju raya mak dan sepasang kain baju nikah i. Semua kain kat sini ukurannya 6meter, so cukuplah 5 pasang je untuk adik beradik i. itupun confirm ada lebih kainnya nanti. 

Semua plan asal berubah bila masuk kedai ni sebab susah nak jumpa warna yang sesuai. memang untung sangatlah kalau korang jumpa warna yang soft kat sini. semuanya terang naaalaaa punya. plan asal baju raya adik beradik warna cream + soft pink. baju kurang moden dengan kain flowy tu. tapi terus berubah jadi baju kurung pahang warna light pink. 

Plan asal baju nikah pulak warna cream. tapi sampai berpeluh-peluh cari tak jumpa warna yang sesuai. kalau ada pun tak berkenan dengan sulaman & combinasi warna beads dengan kain. Terpaksalah bertukar plan ke warna ala-ala tea susu. terus mms mr ehem then dia bagi green light. tapi kan, risau jugak sebenarnya ni, manalah tau bila mr ehem tengok kain tu nanti dia tak suka. urrmm . . 


Total cost untuk 7 pasang kain adalah RM340. tetiba rasa i lah pengguna paling bijak pada saat ini. dan sangat teruja untuk datang ke kedai ini lagi next time. 



Stesyen seterusnya adalah nagoya. Terjumpa lah pulak baju melayu below RM100. off course la terkinja seronok kan boleh terus beli baju melayu untuk encik mokhtar. lebih excited bila jumpa warna baju melayu yang match dengan warna saree mak yang baru beli tadi. tapi! alamak apasal seluar untuk saiz M gabak besar sangat. confirm meleweh kalau encik mokhtar pakai. so terbatal lah niat nak beli baju melayu. Tangguh dulu sementara waktu, better encik mokhtar datang sendiri so senang boleh fitting sendiri kan.


Naik ke tingkat atas bahagian langsir pulak. sekarang masa untuk melayan kehendak mak i pulak. mula-mula pilih dulu design langsir yang nak ditempah. malas nak fikir banyak, tempah je kat nagoya untuk memudahkan kerja. then bermula lah pilih kain yang sesuai. memang dah penat sangat tahap nak baring atas lantai nagoya masa ni. anies dah tahap tak boleh bercakap. pakej lengkap lapar, haus dan penat. 

Settle beli kain langsir, kitaorang ke kamdar la pulak. dengan pantasnya pilih kain untuk produk amhijabs. sibuk dengan hal kahwin sampai teranak tirikan pulak online shop adik beradik ni. InsyaAllah inner bawal akan masuk ke batch 6. coming soon ! 

Alhamdulillah selepas sesi hunting kain untuk hari tu. selesai je beli kain terus pekena bihun sup semangkuk. Fuhh! Then sampai  rumah masing-masing terus terbongkang *_*






#