#

DIY Paper Wheel




cantik sungguhkan pelamin paper wheel ni. terasa seperti mahu kunyahkunyah. haissh geram sungguh. 

Nak dijadikan cerita dua hari sebelum hari guru yang lepas i ditugaskan untuk buat signage. maka terus google idea yang cantikcantik. dan hati i berkenan dengan paper wheel. berbekalkan tutorial yang i jumpa di google maka dengan gigihnya i cuba jaya buat paper wheel. tersangat senang rupanya. tapi bergantung kepada masa dan tahap kecekalan anda. 

paper wheel yang i buat ni untuk saiz sederhana. bahanbahannya sehelai kertas saiz A4, gunting dan gam.



1. potong kertas A4 kepada 8 bahagian 


2. lipat kertas seperti ini. lipatan macam buat kipas


3. sambungan beberapa kertas yang dah dilipat seperti ini.


4. lipatan akan jadi macam ni. cantumkan hingga menjadi bulatan

 

taraaa!! inilah hasilnya. tetiba jadi warna pink pulak kan. gam ditengah bulatan untuk hasil yang kemas. 


hasil kerja semalaman. akhirnya berjaya jugak buat paper wheel. 




#