#

ukur baju kahwin



Assalamualaikum .

Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah dua minggu ni banyak jugak kisahkisah kerja menyiapkan urusan kahwin dah i settelkan. salah satunya jumpa mak andam. urrmm sesuai ke panggil mak andam eh ? sebabnya owner bridal ni muda sangat lagi. lagi muda dari i. panggil adik andam jelah. HAha memang sangat suka hati buat gelaran sendiri. 


tayang gambar ambil ukuran badan i yang bersaiz kanakkanak. 


ukur bahagian depan pulak. memang sengaja tak nak tayang wajah adik andam yang i hire ni. nantinanti lah lagi sebulan dua i tayang ye. rahsia la konon kan. 


tetiba posing sensorang. then yang kat belakang tu pun tetiba nak menyengih jugak. lepas ni i terpaksa fikir tarikh sesuai untuk ambil cuti sematamata untuk fitting baju. leceh jugak bila posting di kutub selatan sedangkan asal usul di kutub utara. haiiyaa..  


harap sangat hasil design yang i dah bincangkan dengan adik andam tu jadi cantik di badan i. sila doakan semuanya menjadi baik ye *_* . 






#