Assalamualaikum.
"Tingkat prestasi solat kita!" Ewah kemain lagi slogan. Haha. Sementara Ramadhan masih berbaki ni eloklah kita sama-sama tingkatkan power amalan. Mana yang terkurang, terlonggar, kita perbaiki. Salah satu yang penting ialah solat. Tiang agama tu. kalau tak kukuh tiang maknanya goyang jugaklah bahagian yang lain-lain. Tapi bulan-bulan lain kenalah diteruskan amalan tu. Jangan semangat di bulan Ramadhan ni je. Peringatan untuk diri sendiri :)
Cara utama nak kusyuk dalam solat ialah faham makna bacaan di dalam solat. kat sini ada video cara untuk memahami bacaan-bacaan dengan paling ringkas dan mudah diingati.
Bahasanya ringkas, penerangannya menarik, senang faham dan paling penting terasa bersemangat dan lebih dekat dengan Tuhan semasa solat. Klik [IProduksi] untuk tengok banyak lagi video keagamaan yang menarik macam ni :)
Kalau korang ada link video-video lain jomlah share sama-sama :)