#

REVIEW : Hantaran Ada kepada Adin



Assalamualaikum . 


Orang sibuk bercerita pasal Ramadhan tapi I tetiba pulak baru semangat nak update kisah kahwin yang dah lapok. haha. Mood baru sampai hokey!  16 Julai 2013 ni genaplah 8 bulan I dan Adin jadi suami isteri . Tak kira I tetap nak anggap kitaorang still pengantin baru jugak. Dah tiga puluh enam tahun pun tetap pengantin baru. Sampai bila-bila. hehe. 


Kita mula dengan hantaran dari pihak I kepada Adin . Tema purple, simple dan semuanya adalah digubah sendiri oleh tangan kayu ni. Main hentam jelah labu asalkan jadi. Motif gubah secara sendirian berhad adalah kerana PENJIMATAN. 


Bunga purple beli kat Cowboy, Kulai. Tamak haloba punya pasal terbeli lebih padahal gunanya sikit je. Sudahnya mak gubah buat bunga hiasan kat ruang tamu. Nasib baik ada jugak guna. Alas par pulak beli kain kat Nagoya, jahit sendiri. Okey, tipu sikit di situ. Adik I yang jahitkan. hahaha. then tambah hiasan butterfly sikit kat hujungnya. Kain satin  2 meter setengah untuk 9 bekas hantaran.


Seterusnya 8 cermin dinding beli kat Ikea. Renda keliling hantaran beli kat kedai langsir dekat dengan rumah. Segumpal lebih kurang 12 meter RM3.00. siap boleh belit-belit badan kot 12 meter tu. Polisterin pulak beli yang besar gabak tu then potong sendiri. Gigih sesangat kan!! Par hantaran pinjam dengan kawan. Yeayy JIMAT! 



 Set Perfume

Kemeja 

Wallet 

Jam Tangan 

Al-Qur'an 

Cupcakes. Nak baca review cupcake ni klik sini .

Ipad


Tali Pinggang 


Sireh Junjung. 

Sireh junjung guna bunga kekwa beli kat kedai India. Daun sireh kutip kat rumah nenek. Pasu beli kat kedai duahinggit. Yang ni Tubish yang gubah. Haruslah tak jadi sireh junjung kalau tangan kayu I yang gubah. 

sekian, kisah hantaran part one ;)




#