#

Lost World Of Tambun Bloggers Gateaway




Assalamualaikum. Hello reader :) 


Selamat kembali bekerja.  Maka hari ini bermulalah episod I melayan kerenah anak murid, menanda kerja rumah sepanjang cuti sekolah lepas, menyiapkan kerja-kerja tertunggak dan yang akan datang. Kesimpulannya masa kerja haruslah fokus pada kerja sehingga cuti yang akan datang. 

Sebut pasal cuti, hati ni tak sabar-sabar menanti cuti akan datang. siapa tak suka cuti kan. tak kisah lah cuti panjang ataupun cuti pendek. Yang penting cuti! Bila dah penat bekerja kenalah manjakan diri. Selain dapat makan angin dan berehat, bercuti jugak dapat mengembalikan semangat untuk kembali bekerja.


Jadi kemana destinasi cuti akan datang tu? Jawapannya Lost World of Tambun!! Berita baik untuk bloggers sekalian. The Butterfly Project mengadakan gateway ke Lost World Tambun. Hureey!! Peluang menarik yang tak patut dilepaskan. Manalah tahu rezeki I jadi salah seorang 30 blogger bertuah ke Lost World of Tambun.


Why I want to go to The Lost World Of Tambun With The Butterfly Project Of Malaysia? Ha! bersiap sedialah untuk tahu sebab-sebabnya. Jawapan Panjang berjela untuk menunjukkan I NAK SANGAT  ke sana tau.




Awesome!!!  Melonjak-lonjak excited nak ke Lost World Of Tambun bila tengok video ni. I belum pernah jejak kaki ke sana sejak dibuka. Dah lama sebenarnya simpan angan-angan bercuti ke sana tapi belum ada kesempatan. Asyik menjeling-jeling signboard menuju ke Lost World Of Tambun setiap kali lalu highway utara selatan. Lost World Of Tambun merupakan Winner of The Brand Laureate Awards 2012-2013 - Leisure & Hospitality - Resort & Theme Park. Best Brand tuuuu!!


PELBAGAI AKTIVITI MENYERONOKKAN
Lost World Of Tambun menyediakan bermacam-macam aktiviti menarik. Pendek kata tak mengenal siang atau malam. Terlampau banyak perkara menarik untuk diteroka. Tak kira di air, darat, udara, tempat buatan manusia dan alam semulajadi.

Pengunjung tanpa mengira usia boleh berseronok bermain air di WATER PARK. Sesuai untuk semua lapisan tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Teringin sangat merasa pengalaman bermain 'Tube Raiders'. Longest inflatable tube ride in Malaysia tau. Ada empat jenis slides untuk dicuba.




AMUSEMENT PARK pula beri keseronokkan bermain di darat dan udara. 'Dragon Flight' dan 'Storm Rider' buat jiwa I melonjak-lonjak. Gempak habis bila terbang-terbang di udara. Then dapat menjerit-jerit sekuat hati. I bukanlah jenis yang berani sangat tapi apa salahnya mencuba benda yang gila kentang macam ni kan.




HOT SPRING & SPA tempat yang paling sesuai untuk merehatkan diri, menenangkan fikiran dan mengembalikan semula aura positive. Ewah ber'aura-aura' lah pulak.  Haha . Berendam dalam air panas dapat segarkan badan. Pecah segala lemak-lemak degil di badan. Rawatan kesihatan secara semulajadilah paling terbaik. Selepas penat bermain sakan disiang hari, malamnya berendamlah pulak dalam kolam air panas. Owhh nikmatnya!!




Sebagai cikgu yang dekat dengan jiwa kanak-kanak, jadi secara automatik I teruja untuk ke TIGER VALLEY & LOST WORLD PETTING ZOO. Agaknya disebabkan dah terbiasa buat lawatan sambil belajar ke zoo jadi I pun terkinja-kinja untuk mengenali haiwan-haiwan yang ada di sini dengan lebih dekat. Nanti bolehlah cerita pada murid di sekolah . Confirm terlopong diorang dengar cerita I lepas tu terkinja-kinja ajak parent diorang ke Lost World Of Tambun. Haha .


















    Perak terkenal dengan industri biji timah. TIN VALLEY dapat menambahkan ilmu pengetahuan I berkaitan industri biji timah yang cukup gah suatu ketika dulu. Ilmu ni sangat berguna untuk I ceritakan kepada murid dalam subjek Kajian Tempatan dan Sejarah. Sejarah negara yang generasi muda patut tahu. Haha. Ayat cikgu-cikgu sangat kan.    





ETS GOLD COACH 

Gila teruja nak merasa pengalaman menaiki train sebab sepanjang hayat ini I belum pernah naik train. Kesian kan ? Pengalaman yang I tunggu-tunggu sejak sekolah rendah tau. Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh selama dua jam dalam Electric Train Services (ETS) yang serba canggih sangat-sangat-sangat bermakna dalam hidup I. Nampak tak tiga kali repeat perkataan SANGAT tu. Haha . Satu Malaysia I canang kalau dapat merasa pengalaman naik ETS ni. Bangga weyh!!



BLOGGER TRIP
Pastinya super duper seronok bila dapat bercuti bersama-sama dengan geng sekepala. Maksud I rakan-rakan yang punya minat yang sama. Suka travel, suka bergambar, suka makan dan paling penting suka merakamkan segala pengalaman dalam blog. Hanya blogger yang paham perasaan gembiranya dapat berkongsi pelbagai pengalaman di blog. I dapat bayangkan betapa kecoh dan seronok situasi percutian tu nanti. Gila COOL!! 


Okey dah habis pun. Mesti korang dah rasa penat baca sebab-sebab yang panjang lebar ni. Haha .The Butterfly Project Malaysia silalah pilih I. MEEOW MEOWW. Tengah buat muka menggoda macam PUSSY CAT . kelip kelip mata sikit. Haha . I dah bersiap sedia nak pinjam camera suami masa bercuti kat sana nanti. Apa lagi ye nak kena bawa? Haha . 

























#