#

The Naked Face of Dermalogica



Assalamualaikum .



Semalam selepas balik dari sekolah I dengan Tubish pergi ke event beauty product Dermalogica. Dah seminggu I  tergedik kaki nak ke event ni. Product taraf superstar tuuu! Acara berlangsung di Lydia Skin Care, KSL City, JB. Event bermula pada pukul 12tengahari sampai 4petang.  



termengah tak habis lagi kejar si Tubish kaki panjang tu jalan. Sampai je kat meja pendaftaran, terus isi maklumat diri. 



Tunggu giliran untuk buat face mapping . Masa buat Face mapping,  Professional Consultant explain detail tentang kulit I. Bersih tapi sayang seribu kali sayang sebab ada pigmentation yang jahat. Ye benci pigmentation buruk itu! Punca utama disebabkan I banyak terdedah pada direct sunlight. memang tepat sangatlah tu. Tiap-tiap berjemur panas. 




Yeayy jom cuba product Dermalogica. Bermula dari cleanser sampailah ke sunblock habis semua kami cuba. Product Dermalogica memang awesome. Pakai sekali pun dah boleh rasa kulit halus mulus gebu glowing. Dah rasa macam superstar ni. Haha . 


Product Dermalogica dah berusia 27 tahun. Sebaya dengan I lah pulak kan. Semua Product Dermalogica dihasilkan di USA. Yang penting product ni bebas bahan-bahan yang membahayakan. Sekarang kena berhati-hati sebab terlalu banyak product yang ada bahan berbahaya kat pasaran. Jangan beli sebarangan je kat Internet. Siasat dulu latar belakang product sebelum cuba. 


Kami jugak diberi peluang tengok bilik treatment dan mesin yang digunakan. Canggih manggih semua mesin-mesin tu. Diimport dari Italy, dan Korea. Ada 5 bilik rawatan untuk rawatan yang berbeza. IPL, Botox semua ada. 



Lepas cuba segala bagai product dan dah feeling kulit mulus macam supersar haruslah pose depan camera. Manalah tahu boleh betul-betul famous dan menang product bernilai RM5,000. Wow!! gila kau taknak kan. 



Makan-makan dulu sementara tunggu lucky draw. Best sangat event ni sebab dapat banyak hadiah. Join je event dapat free intensive eye repair (travel size). Lepas tu dapat free essential cleansing solution 50ml dan multi-active toner 50ml. Ada lagi! diberi peluang untuk spin wheel and win pulak. I memang solar defense booster. Best weyh!! Cuma tak berapa lucky sebab tak menang apa-apa masa lucky draw. Hadiah lucky draw memang best. Dapat satu set terus. Tapi itu lucky draw yang terus cabut masa kejadian je, Ada lagi satu lucky draw. Cabutan dibuat pada 15september. Sila doa I menang apa-apa hadiah masa tu ye :)




Penerangan dari professional consultant and treatment. 




Tak sabar nak cuba dan jadi cantik! haha . Untuk tahu lebih lanjut  berkaitan Dermalogica boleh FACEBOOK DERMALOGICA dan WEBSITE DERMALOGICA







#