#

Rekod Kesihatan Ibu; Buku Pink




Assalamualaikum ... Hello semua :)



Kali ni bercerita hal ibu-ibu mengandung lagi. Kisahnya tentang pengalaman buat buku rekod kesihatan ibu. Ala buku yang warna pink tu.  Masa kandungan I dah masuk 10 minggu barulah I dengan Adin ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol untuk buat buku ni. 


Kenapa masa minggu ke-10? 

Okey sebab utama adalah doktor yang kami jumpa masa first checkup untuk sahkan mengandung suruh buat buku pink bila kandungan dah masuk minggu ke-10. Selain tu, banyak maklumat yang I dapat dari blog-blog lain sarankan buat buku pink antara minggu ke-10 hingga ke-12. Katanya kalau terlebih awal ke klinik or terlebih lewat dari minggu-minggu tersebut confirm kena sembur dengan nurse. Aiyook!!


Sebelum ke Klinik Kesihatan (KK) memang dah set otak yang KK ni SCARY!! Hahaha.. Bukan salah I tau set minda macam tu. Puncanya kebanyakkan review yang I baca bercerita tentang kerumitan, kelecehan, kena marah dan macam-macam yang negative lah tentang KK. Tapi sebenarnya tak semua orang mengalami pengalaman negative bila berurusan KK pun. I ni je yang terlebih over. Hahaha... 


8.00 pagi, 25 November 2013:

Sampai je di KK Bandar Seri Jempol, kami terus ke bahagian Klinik Ibu dan Anak. Terus ke kaunter dan cakap pada nurse nak buat buku pink.  Tiba-tiba dapat soalan cepumas dari nurse. "Ada bukti?" tercengang I dengan Adin bila dapat soalan tu. Eh bukti apa pulak. Nak kena tunjuk perut buncit dulu ke macam mana ni. Rupa-rupanya nurse perlukan surat or apa-apa pengesahan yang betul-betul menunjukkan I positive mengandung. Memandangkan masa checkup di klinik swasta dulu I tak diberi apa-apa surat so terpaksalah I dengan Adin ke bahagian pesakit luar untuk buat urine test. 


Sampai di bahagian pesakit luar terus maklumkan pada nurse di kaunter untuk buat pregnancy urine test dan bagi IC. Seterusnya ambil nombor giliran dan bertapalah I dengan Adin di situ sehingga nombor di panggil. Seperti yang sedia maklum, berjam-jam lah kami menunggu giliran. Ramainya orang sakit! 


Tingtong! yes!!! No giliran I dah dipanggil. Sekarang nurse arahkan untuk pergi bahagian makmal. Maka setialah Adin mengikut I ke laboratory pulak. Kat sini I diberi botol,  dan pergilah ke tandas. Nasib baik tandas dah memang ada kat situ. Tak payahlah nak ke hulu hilir lagi. Settle serah urine tunggulah keputusannya. Tak sampai lima minit terus dapat result. 


10.40 pagi, 25 November 2013:

Seterusnya kembali ke Bahagian Ibu dan Anak. Masuk je pintu terus tergamam sebab nampak semua  kerusi dah penuh dengan ibu-ibu dan anak-anak yang menunggu giliran. Aiyook!! Kami ke kaunter dan serahkan surat yang mengesahkan urine I positive pregnant. Sekali lagi nurse di kaunter buat lawak seram. 


Nurse : Awak tinggal di mana?
I: Saya tinggal kat Johor, suami kat sini.
Nurse: EH, mana boleh buka buku kat sini. Kena buka buku kat Johor.
I : Tapi saya selalu balik rumah suami. Lagipun sekarang saya cuti panjang 2 bulan, duduk kat rumah suami. Lama lagi nak tunggu kalau nak buka buku kat Johor. 
Nurse : Tak boleh sebab bila buka buku kami akan daftarkan awak dalam  rekod. Nanti susah kami nak pergi melawat awak 4 kali.
Adin  : Ada nurse melawat kat rumah ke? Masa mengandung?
Nurse: Iye, 4 kali. Itu memang prosedur kami. 


I dengan Adin bertambah blur! tak pernah dengar pun kisah nurse pergi check ibu mengandung kat rumah. Dah 3 orang housemate I mengandung tapi tak ada seorang nurse pun pernah pergi check kat rumah. Semuanya kena pergi check sendiri kat KK. Tapi I tetap fikir positive masa tu. Mungkin betul prosedur di KK Bandar Baru Serting macam tu, tak sama dengan prosedur di KK Ulu Tiram tempat housemate I berurusan. 

I : Kalau saya nak minta buat buku je boleh tak? Tak perlu daftarkan nama saya di sini. 2 bulan lagi baru saya balik Johor, lewat sangat kalau baru nak buat buku waktu tu. 
Nurse : UrrrMMM ........  

lama jugaklah dia berfikir. 

Nurse: Awak datang balik petang nanti. Pukul 2.00 petang. Sekarang ramai orang. 

Ha? Pulak!! Masa tu nampak nurse tu kecik secoet je. Geramnya!!!! Mood terus berubah habis. tengah tahan air mata je ni. Rasa ringan je mulut nak keluar benda-benda tak elok. 

I : Kalau saya petang nanti, boleh terus buat ke?
Nurse: Kena ambil nombor giliran semula. 
Adin: kalau ramai orang lagi?
Nurse : tunggu jelah!!


Aiyookk!! I dengan Adin terus keluar dari situ. Air mata I memang dah melimpah-limpah. Mulut dah membebel-bebel geram, marah, sakit hati semua ada. Adin pulak boleh pertikaikan kenapa I terlebih emosi sangat sampai nak menangis-nangis . Suamiku tersayang, isterimu ini sedang mengalami fasa mood tak tentu arah. memang benda tu nampak simple je, tapi emosi ibu mengandung ni lain macam sikit. Haha . .



2.00 petang, 25 November 2013:


I dengan Adin kembali ke Bahagian Ibu dan Anak. Alhamdulillah tak ramai orang lagi nampaknya. Terus letak keputusan urine pagi tadi dan IC dalam bakul yang disediakan di kaunter. Lebih kurang 10 minit kemudian nama I pun dipanggil. Pergi ke meja berdekatan kaunter jumpa dengan nurse. Maka bermulalah proses membuat buku pink. Nurse akan tanya maklumat peribadi untuk direkodkan dalam buku pink. Seterusnya tentang tarikh terakhir I mula datang bulan. Ini untuk tentukan bila due date. I pun tak pasti macam mana pengiraannya. Nurse cakap due date I 19 June 2014 :))


##Buku pink ni ada dua salinan tau. Satu untuk ibu mengandung dan satu lagi untuk pihak KK.


Seterusnya nurse ambil darah dan suruh I ke laboratory untuk serahkan darah tersebut. Darah diambil di bahagian lengan. Sebotol jugaklah darah diambil. I memang cuak bab jarum dan darah ni.


Gambar dari google image :)



Di laboratory serahkan darah di kaunter then tunggu beberapa minit kemudian keputusan pun siap. Sangat pantas!! I suka :))  Sekarang pergi balik ke Bahagian Ibu dan Anak. Serahkan buku pink dan keputusan darah tadi  dalam bakul yang disediakan.

keputusan darah I. tak paham apa benda pun. haha


Lebihkurang 10 minit nama I dipanggil. Sekarang kena masuk bilik berjumpa nurse lagi. Kat sini tinggi dan berat ibu mengandung diambil. Nurse akan beri penerangan berkaitan penjagaan kesihatan masa mengandung.  Nurse semak keputusan ujian darah tadi dan beri nasihat untuk makan apa, vitamin apa dan lain-lain.  Kemudian nurse suruh baring then check perut. selesai check perut nurse akan beri penerangan untuk check payudara. Kena buat sendiri sambil nurse ajar. Malu I . hahaha.


Selesai jumpa nurse kena bawa buku pink ke bilik doktor. Doktor suruh baring then scan baby. Sukanya first time dapat tengok baby dalam perut. Doktor bagi penerangan berkaitan baby. Gambar scan nanti-nantilah I upload. Segan nak perkenalkan baby selagi belum lahir :)


Belum habis lagi tau prosesnya. Langkah seterusnya kena ke Bahagian Pergigian pulak. Hadoooiii penat sungguh ke hulu-hilir. Macam biasa serahkan buku pink di kaunter dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Doktor akan check gigi ibu mengandung dan rekodkan dalam buku pink. Alhamdulillah gigi I tak ada sebarang masalah :))


Seterusnya ke Bahagian Farmasi. Ubat yang diberi adalah acid folic, vitamin c, vitamin b kompleks dan iron. Puaslah menelan ubat tiap-tiap hari. Hahaha ..


Akhir sekali, pergi semula ke Bahagian Ibu dan Anak untuk serahkan buku pink salinan KK. salinan ibu mengandung boleh bawa balik rumah. Akhirmya....... boleh balik.. Hurreeeyy!!! Pukul 5.00 petang barulah semuanya selepas. Hari yang sangat memenatkan.






Lepas dapat buku pink I checkup dengan KK ni cuma 2 kali je. Lepas tu semuanya I checkup di klinik swasta sajooo. Nanti I ceritakan details monthly checkup  di entry lain. InshaAllah . Assalamualaikum :))














#