#

Rahsia Kempiskan Perut



Assalamualaikum.





Mendapatkan perut yang ramping memang jadi idaman semua orang. ramping/langsing/kurus bukannya untuk tujuan kita show off body kepada tatapan umum. Tapi fikirkan kepada sudut positif contohnya hidup lebih sihat, mudah nak beribadat dan keyakinan diri lebih tinggi. Bila keyakinan diri tinggi kita akan jadi lebih bersemangat lagi-lagi dalam pekerjaan. 


Okey ini cerita tentang pengalaman sendiri. Aku ni dalam katagori petite. Tinggi bawah 150cm. Jadi bayangkan kalau berat naik memang jadi tak cantiklah fizikal aku. Pendek dan bulat. haha. Disebabkan aku suka makan dan jarang sangat amalkan lifestyle yang sihat macam bersenam jadi mendadaklah badan akan membulat terutamanya bahagian perut. macam orang mengandung tapi tak jugak beranak.  


Nah aku belanja gambar-gambar 'mengandung tak beranak'. Aku tempek sekali dengan bukti komen kawan facebook yang ingatkan aku mengandung. 









Korang pun mesti ingatkan aku mengandung bila tengok gambar-gambar tu. Betul kan? Jangan tipu. haha. Anak murid kat sekolah pun selalu je tanya "cikgu mengandung ke". Budak kecil bila bercakap memang ikhlas sangat. Fuhhh yang tak tahan tu siap balik bercerita dengan mak ayah diorang pulak tu. Sadis amatlah kisah perut buncit aku ni jadi bualan. 


TAPI!!!


Itu kisah lama. Anggap jelah sebagai memori hitam. hahaha.  Lebih kurang awal bulan mac lepas, seterusnya fasa PKP, ramadhan dan PKPB ni perut buncit aku dah pun mengempis. Pelik kan. sepatutnya bila sepenuh masa ada di rumah, sepanjang masa on duty di dapur, mulut pun mengunyah tanpa henti kecuali waktu tidur mestilah badan aku akan jadi lebih membulat. Tapi ini makin mengempis pulak. 

Haaaa. tak payah nak rasa misteri sangatlah. Okey mari sini aku ceritakan apa yang buat perut buncit aku mengempis sampai longgar semua seluar dan kain. Sebelum tu aku belanja gambar terkini lagi untuk bukti. 




Rahsia makin langsing ni adalah aku kosisten amalkan minum air ningxia red. Sebenarnya dah lama minum tapi selalu culas dan tak kosisten pun. Jadi awal mac lepas nekad nak minum setiap hari tanpa culas. Asalnya untuk rawat masalah kulit. Panjang cerita ni. lepas blood transfusion hujung tahun 2018, tiba-tiba je kulit aku jadi alahan. 10 minit lepas prosedur tu terus satu badan gatal dan bengkak. Doktor dah diagnose ini reaction kepada blood transfusion tersebut. Bermulah episod ekzema selepas kejadian itu. next time aku cerita panjang tentang hal ni ye. kali ni kita fokus pada perut kempis aku dulu. 


  Alhamdulillah tak disangka rupanya ningxia red beri kesan baik juga kepada masalah perut buncit. . Kalaulah tahu akan dapat hasil baik macam ni, dari dulu lagi aku minum betul-betul. Apa tu ningxia red? ini serba ringkas aku terangkan.


Ningxia Red merupakan produk keluaran Young Living. Dijamin halal dan kandungan 100 peratus daripada bahan semulajadi dengan kualiti terbaik.  Kandungannya adalah buah wolf-berry (goji beri), delima, plum, aronia, bluberry, lemon, orange essential oil dan lain-lain. puas ni nak taip list kandungan dia.



Kandungan antioksidan yang tinggi ini lah punca kenapa perut aku mengempis. Dia melancarkan pembuangan toxin dari tubuh kita. Jadi badan kita akan jadi lebih mudah menyerap nutrien dan jadi lebih sihat.  Asasnya untuk sihat kita kena pastikan organ penting seperti liver, usus dan kidney kita bekerja dengan baik. Bila organ ni berjaya singkirkan toxin dengan baik, dengan izin Allah SWT kesihatan kita pun akan jadi baik. 


Cara aku consume ningxia ni adalah 30ml pagi dan 30ml waktu malam. Anak aku pun minum untuk rawat masalah ekzema. Dulu kategori teruk jugalah. Habis luka, berdarah muka dan seluruh badan. Hanyir bau darah bila dekat dengan dia. Lama aku tak dapat nikmat cium anak sendiri masa ekzema dia sangat teruk. Ini jugalah punca kenapa blog aku lama menyepi. Keadaan aku sekeluarga teruk masa tu dari segi kesihatan dan emosi. Alhamdulillah sejak amalkan ningxia red dan essential oil Young Living, keadaan dia banyak perubahan baik. Ini pun next post aku panjang lebar lagi ye. 


Sekiranya korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Ningxia Red boleh wassap aku. Dah alang-alang berjaya untuk aku dan keluarga,jadi apa salahnya berkongsi manfaat baik dengan orang lain juga kan. Aku authorise distributor & consultant Young Living. Bagitahu baca dari blog ni aku bagi special price. hahaa






#