#

Review PawPaw Ointment


Assalamulaikum.



Kisahnya bulan Ramadhan lepas bibir ni jadi kering sangat. Kurang minum air kosong mungkin. satu hari tu kebetulan keluar untuk pos barang customer jadi sempat lah menyinggah ke watson. Memang hajat nak cari something untuk masalah bibir kering ni.



Jadi pilih punya pilih, bandingkan kandungan, harga, rupa paras then tertarik lah dengan PawPaw Ointment ni. Masa tu jumpa kat bahagian produk untuk masalah kulit kering/ sensitif. Kali pertama sebenarnya nampak ointment ni. Tak pernah dengar pun namanya sebelum ni. haha. Okey rasa nak maka beli lah. harga pun affordable. Kalau tak silap dalam RM25 je. 

Tertarik nak cuba ointment ni sebab kandungannya. Dibuat daripada extra manuka honey dan sunflower seed oil. Product made in australia. 



okey nampak kan no parabens, no sulphates, no mineral oils, no artificial colours, no thriethanolamine dan no propylene glycol. Senang cakap no harmful chemical. Korang boleh search sendiri lah keburukan segala benda yang no! no ! no ! semua ni. 

Terus terang cakap aku memang lebih berminat dengan natural product. Kita semua sedia maklum kan long terms effect bila guna product yang ada harmful chemical. Walaupun kuantiti chemical tu sedikit dan lepas je prosedur, piawai dan segala atuk nenek ujian untuk product tersebut tapi bila kita dah guna setiap hari, bertahun-tahun lamanya ia tetap akan beri side effect juga kan. Don't deny it!



Okey masuk part review selepas menggunakan PawPaw Ointment ni pulak. I LIKE IT! 
tak rasa melekit, tak ada perubahan warna. senang cakap suka lah.  Bibir pun dah tak kering. Cepat juga lah nampak kesannya. Dalam 2 hingga 3 hari guna dah nampak kesan positif. selain bibir, boleh guna untuk dry skin dan cracked heels juga. Apply je as you needed. 




#