#

Makan-Makan @ Lerk Thai





hello semua =)  


dipendekkan cerita, ini adalah cerita tekak yang seleranya sangat mengada-ngada mengalahkan ibu mengandung. kisahnya bila tiba-tiba terasa mahu makan benda masam-masam. jadi misi mencari kerabu mangga bermula.  



selera mengatasi segalanya. sanggup je berbaju kerja ke hulu hilir dalam bangunan jusco tebrau. sanggup jugak korbankan masa tidur lepas balik kerja. yang paling penting sanggup jugak atasi masalah purse yang nipis. ha, bukan main lagi kan pengorbanan demi kerabu mangga. 


 


memang original dari thai ni. kalau nak berubah selera dari restoren masakan thai yang biasa-biasa tu boleh la datang sini. memang ada kelas gitu. waiter speaking english ye bukannya kecek kelate. interior design yang simple but really nice. i suka. terasa tenang je.



tapi setakat tengok interior design bukan boleh kenyang pun kan. okey, mari-mari tengok menu yang geng merayau lepas kerja ni order. 



ini menu-menu untuk tiga orang makan. terdiri daripada pengidam kerabu mangga. kerabu mangga dengan udang sesuai untuk orang yang tengah berdiet karbohidrat. kueteow sesuai untuk orang yang sentiasa lapar sepanjang masa tapi tak jugak membesar macam i. menu soon goreng pulak untuk yang nak berdiet tapi tak tahan lapar. Eh, betul ke i eje soon tu ek? buat-buat paham jelah ye. 


delicious! i suggest restoren ni kat korang. kerabu mangga yang best. masam dan pedas berpadu gitu. 




muka puas dapat habiskan duit makan kat restoren bukannya warung.



#