#

selamat ulangtahun perkahwinan


Assalamualaikum.


04.04.84 , adapun tersebut la kisah di sebuah kampung 27 tahun lepas yang bernama kampung pida 4. maka, sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama. tiba-tiba pulak adaptasi  intro hikayat merong mahawangsa la pulak kan. *__*. haha.. 



cukup segala perapuan di atas. 04.04.2011 genap la hari ni 27 tahun ulangtahun perkahwinan parent i, encik mokhtar dengan puan zarina. dah 27 tahun rupanya. pejam celik pejam celik je rasanya. ceh! dah macam i pulak yang rasa pengalaman perkahwinan tu. haha..   



sempena ulangtahun perkahwinan ke 27 ni, i sebagai anak mereka yang comel ni harus la menyampaikan sepatah dua ucapan pada mereka-mereka yang i sangat sangat-sangat ni kan. 



kena la lampirkan sekali bukti perkahwinan parent i ni. bukti pertama adalah anak yang comel suatu ketika dahulu yang sepatutnya sekarang sudah memanjang seperti orang dewasa berusia 25 tahun, tapi masih dalam dalam keadaan panjang seorang kanak-kanak comel. 



okey, focus! focus kepada tujuan asal. teruskan dengan ucapan ye. 
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 27, ABAH, MAK.
SEMOGA KASIH SAYANG ANTARA KITA SEKELUARGA TERUS BERKEKALAN DAN BERTAMBAH BERBUNGA. SEMOGA KEHIDUPAN KELUARGA KITA TERUS BAHAGIA DAN DIRAHMATI KE AKHIR HAYAT. SAYANG MAK, ABAH. MMMUAAHH.. 


memang GAGAL betul la i bab mengarang kata-kata ucapan yang sedap. yang paling penting kata kunci ucapan tu adalah I LOVE YOU, MAK, ABAH. 



#