#

tips mohon cuti rehat dari bos

Langkah 1 : ambil hp dan sediakan jari jemari untuk menaip msj
Langkah 2 : taip ayat ini "Salam bos yang the best di planet ini, saya kakitangan bos yang paling cemerlang ingin memaklumkan kepada bos bahawa saya terkena hujan yang renyai-renyai petang tadi. dan ini akan menyebabkan saya demam pada esok hari. jadi saya tidak dapat bertugas pada esok hari. diharap bos yang budiman dapat memberi cuti rehat kepada saya pada esok hari.
Langkah 3: search nama bos, dan tekan send. 



beberapa minit kemudian confirm bos korang reply "kepala hotak engkau, tak payah datang kerja terus lepas ni!"



tunggu apa lagi, cepat la bersorak. YES, DAPAT CUTI! 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okey, i akui hati dan otak i tengah berpadu tenaga memberontak nak cuti lagi esok. sepanjang hari ni i asyik tersalah hari. dari pagi sampai la sekarang, inilah situasi yang berlaku. "hari ni hari sabtu kan, esok hari ahad. so esok cuti lagi kan." selang beberapa jam, "hari ni hari sabtu kan, esok hari ahad. so esok cuti lagi kan". beberapa jam lagi perkara ini terus berulang. 


apa hal nya teruk sangat ni sampai hari pun dah tak ingat. kisahnya bermula begini. 25 tahun yang lepas, lahirlah seorang baby perempuan yang amat comel. namanya cik ada mokhtar. okey, baby comel tu i la. *__*. sepanjang hayat baby comel tu membesar dari kecil sehinggalah berusia 24 tahun, beliau telah melalui kehidupan di mana hari bekerja adalah 5 hari seminggu. terdapat 2 hari untuk merehatkan diri sendiri, merehatkan diri bersama keluarga dan merehatkan diri dari suasana hingar bingar kanak-kanak.


akan tetapi.. setelah berusia 24 tahun, terdapat satu anjakan paradigma dalam kehidupan beliau. beliau harus melalui 6 hari bekerja dan cuma 1 hari untuk berehat. walaupun telah melaluinya selama 2 tahun, tapi ia terlalu sukar. 


otak dan hati beliau harus diformat semula untuk menjadikan beliau dapat setanding dengan budaya baru itu. beliau harus sentiasa menyediakan diri untuk bangun pagi pada hari sabtu, kemudian melayan hingar bingar kanak-kanak. beliau harus memanfaatkan sepenuhnya hari ahad yang kononnya lapang. 


hanya hari ahad dapat digunakan untuk melebihkan waktu tidur, menyiapkan kerja-kerja menanda buku, menaip, membuat bahan-bahan untuk kanak-kanak, berdating, bersosial, keluar membeli belah, mengemas rumah, mendobi dan melipat pakaian, mengiron baju untuk dipakai pada 6 hari berkerja, melayan suami, melayan anak-anak, balik kampung berjumpa ibu dan bapa, juga ibu dan bapa mertua. cukupkah 24 jam untuk membuat semua ini? 



ye, dulu i fikir kerja cikgu senang. kerja setengah hari je. balik dah boleh melayan suami dan anak-anak je. berkerja dengan komuniti kanak-kanak je. kacang je handle kanak-kanak. cuti banyak. boleh menambah lemak bergoyang kaki je dekat rumah bila musim cuti sekolah. gaji banyak. boleh kerja dengan happy tanpa banyak bebanan. 




dan selepas 2 tahun dalam dunia ini, semuanya tak semudah yang disangka. setiap kerjaya ada cabaran masing-masing. 



dan cukup-cukup la merungut. bersyukur la kan dengan apa yang ada. sekurang-kurangnya i tak menganggur je. bekerja dengan ikhlas, dapat pahala tau mendidik anak orang!; ini adalah ayat untuk motivate diri i untuk pergi kerja esok. *__*





#