Assalamualaikum .
Mesti masing-masing tengah memasang azam tahun baru kan sekarang. nak berubah jadi baik, nak bertambah rajin kerja, nak cari duit lebih, nak jadi anak yang solehah, dapat keberkatan dunia akhirat, nak kahwin. Uppss . tetiba ada jugak kahwin dalam list tu kan. haha..
dah bermacam-macam kenangan manis, masam, masin, pahit, tawar berlaku sepanjang tahun 2011. kenangan pelbagai rasa ni lah yang menjadi pengalaman berharga pada setiap orang . Okey i nak flash back beberapa pengalaman manis yang buat i tersenyum bila kenangkan balik . buktinya tengah senyum sambil taip entry ni tau.
Mulakan dengan kenangan manis dalam alam pekerjaan dulu ye. Kenangan lain nanti i update kemudian.
Dah kalau melompat penuh kegirangan macam gini, haruslah kenangan manis kan
Tahniah kepada rumah sukan bentara berjaya jadi juara rumah sukan untuk tahun 2011 . Sangat suka sebab tak sia-sia cikgu dan murid beriya bagi komitmen semata-mata nak menang. Great job guys! tahun 2010 rumah merah dapat no 5, tup tup tup tahun 2011 jadi juara. cayalah rumah merah !
InsyaAllah next year kita akan jadi juara lagi . Chaiyok Cikgu Rashidi, ketua rumah merah ! haha. tengah senyum la tu kan bila baca entry ni.