#

a step to the new chapter of life



Assalamualaikum WBT .  


8:45 pm , 31/12/2011 . Hello peeps! kat mana korang countdown new year ? I kat rumah je ni. countdown depan tv jelah nampaknya. tak ada mood nak keluar berpening dengan orang ramai. 

agak membosankan je countdown kat rumah. tak happening langsung kan. haha. dah macam orang tua-tua yang malas nak berpening bersesak dengan kebisingan orang ramai je pulak.  Upss! adakah tu tanda-tanda penuaan yang dah berlaku pada i? 

Okey, tak mau cerita pasal tanda penuaan diambang tahun baru . mari melupakan hal usia yang semakin meningkat sekejap. i nak cakap benda yang seronok beronok je bila jadi orang dewasa. Memandangkan i semakin maju di alam dewasa jadi ..... 



Wait! . tayang muka orang yang semakin dewasa kejap . Muka tersenyum dengan penuh control semata-mata nak menyembunyikan segala tanda penuaan di muka. Hommaiigod !! i belum bersedia untuk menggunakan produk safi rania gold lagi. 

Memandangkan i semakin maju di alam dewasa jadi ..... ..... .....  meoww meoow meowww . 
sedang mengeoww seperti kucing yang konon-konon malu tapi mahu . 



Eh itu kan Encik Mokhtar dengan bakal ayah mertua ku ! 



Eh itu kan Puan Zarina dan bakal ibu mertua ku !


Dah takpayah nak meow meow lagi.  Mengada sangat kan. nak cerita tapi konon-konon malu. Gedik lah sangat! haha . Alhamdullillah di bulan terakhir tahun 2011 kedua-dua keluarga dah pun bertemu muka, berbincang untuk mengeratkan lagi hubungan i dengan Mr Ehem . 

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semoga semuanya akan terus lancar. semoga perjalanan kami dan rancangan kami pada tahun 2012 akan lebih baik, dipermudah, dirahmati dan segalanya yang  baik-baik sahaja . Amin .



saksi-saksi di tempat kejadian . Tok, wan, paklong, ustaz-ustaz, bakal tokcu, bakal nekcu . Majlis merisik yang simple tapi sangat bermakna bagi i. 




Presenting kakitangan catering yang amat-amat sibuk menguruskan jamuan makan untuk tetamu. great job adik-adikku. sayang kamooo semua . 

Punyalah sibuk menguruskan makanan ditambah dengan  perasaan nervous. Entah apa yang i cuakkan sangat masa tu pun taktahu lah. haha. serius lawak pulak bila ingat. Padahal dua-dua family baru berbincang je pun. i punyalah nervous mengalahkan tok kadi tengah shake hand dengan bakal suami i je pulak. haha .. Terlupa nak ambil gambar dengan mr ehem . rugi betul tau. kemain kitaorang plan hari tu sama-sama pakai baju hijau kuning.  Takpalah, nanti kita bergambar puas-puas ye mr ehem . 




Happy new year darls ! 





#