AssalamualaikumWBT .
Aiceh dah mula start update pasal perkahwinan nampak . *_* .
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk or mengada menayang pada semua orang. niat i cuma nak merancang agar misi menuju tarikh yang ditetapkan tu berjalan lancar. maklumlah kalau tak tulis nanti mudah lupa. so apa yang update di belog i hanya sekadar untuk rujukan sendiri dari mana-mana sumber yang i baca. dan mana tahu apa yang i update nanti boleh juga jadi rujukan bakal pengantin lain. sama-samalah kita berkongsi ye .
okey terus pada senarai semak yang boleh dibuat 12 bulan sebelum majlis perkahwinan.
- hebahkah ikatan yang sudah terjalin.
- tentukan tarikh majlis pertunangan, akad nikah dan majlis resepsi bagi kedua-dua belah pihak.
- tentukan bajet yang diperlukan untuk majlis pertunangan, akad nikah dan resepsi . jangan lupa masukkan kos pengangkutan, kecemasan dan lain-lain yang perlu.
- tentukan lokasi majlis akan diadakan nanti.
- mula buat rujukan tema warna untuk majlis nanti.