#

tips isteri cantik & solehah


Assalamualaikum . 

Amboi kemain lagi tajuk. jelas menunjukkan betapa bersungguhnya menyediakan diri nak jadi isteri orang kan. Haha. Tetiba rasa geli-geli pulak dengan diri sendiri. 

Sila angkat jari jika anda berminat untuk menjadi isteri cantik & solehah. Off course lah i pun tengah angkat jari ni. semua jari hokey! betapa beriya-iya nak jadi isteri cantik & solehah kan *__* 

Okey ini salah satu tips untuk jadi isteri yang cantik & solehah yang i dapat dari buku 60 Tips Menjadi Isteri Cantik & Solehan tulisan Siti Aminah Ismail. 

Inilah tips nya! MENJADI SURI RUMAH YANG BIJAK . Actually tips ni fokusnya untuk suri rumah sepenuh masa. tapi kan, isteri yang bekerja pun patut jugak laksanakan kerja-kerja rumah bukannya jadikan alasan nak mengular. Confirm suami bertambah-tambah sayang bila isteri bijak uruskan kerja rumahtangga. 

cara menjadi suri rumah yang bijak :

  • jangan amalkan sikap sambil lewa & suka bertangguh. baju jangan dibiarkan melimpah ruah dari bakul baru nak basuh. dah basuh jangan dibiarkan berhari-hari kat ampaian tak diangkat. lepas tu jangan dibiarkan berminggu baru nak lipat. 

Kalau diamalkan jugak perangai buruk tu, inilah jadinya. Lenguh kaki bersimpuh lipat segala pakaian ni tau. stok seorang je pakai tapi bukan main lama diperam sampai melimpah ruah dari bakul baru lah nak bertindak. padan muka i. suka sangat bertangguh kerja. 

  • Jadikan kerja kemas mengemas sebagai budaya hidup atau hobi. Bila dah jadi amalan harian so automatik segala kerja rumah dapat dibereskan dengan cepat. Kita pun akan rasa selesa dan seronok bila dapat bereskan kerja rumah. 
Kena semaikan jugak minat mengemas dan buat kerja rumah sebab perangai ni mungkin akan sebabkan kita terbiasa dengan hidup dalam suasana yang tak kemas dan tak terurus. Karang terbawa-bawa perangai ni masa dah jadi isteri pulak. Harus berserabut kepala suami tengok rumah berselerak. 

  • Kena sentiasa ingatkan diri yang sifat rajin tu adalah imej peribadi seorang wanita. Jangan sampai suami tegur suruh kita kemas rumah. Haiiyaa sebagai wanita, memang satu kemaluan besar tu. Lagipun Islam mengajar kita untuk sentiasa bersih. Jadi sebagai wanita Islam, wajiblah kita sentiasa amalkan sifat rajin dan tendang jauh-jauh sifat malas. 

Cukuplah 3 tips je dulu. Jomlah sama-masa kita amalkan. *_*



#