#

Borang nikah & prosedur


Assalamualaikum. 


Alhamdulillah dah pun selesaikan segala urusan dokumen pernikahan dua minggu lepas. Semuanya berjalan lancar macam yang i dah rancang. Jadi dipendekkan cerita mai i terangkan serba sedikit prosedur yang akan bride to be lalui. Ini berdasarkan pengalaman i dan mungkin sesuai untuk warga kedah sahaja sebab i submit borang nikah ni kat Pejabat Agama Daerah Yan, Kedah. 





Mula-mula pergi pejabat agama dan minta borang permohonan nikah. I pergi ambil borang ni agak awal. Dalam 5,6 bulan jugak la i peram borang ni sebab korang kena submit borang ni sebulan sebelum tarikh nikah. I nikah 16.11.2012 dan submit borang pada 14.11.2012. plus minus sebulan la tu kan. 


Korang akan dapat tiga borang. 1 borang permohonan nikah warna kuning, 1 borang permohonan nikah negeri kedah bertulisan jawi dan 1 borang ikrar bertulisan jawi. Rasanya borang ikrar ni bergantung pada daerah sebab cousin i dari daerah Kuala Nerang tak dapat pun borang tersebut. 


Disebabkan i akan bernikah dengan pasangan dari daerah dan negeri lain jadi bakal suami i pun kena pergi pejabat agama yang dalam daerah dia tinggal. Mr Ehem pergi pejabat agama dalam daerah Jempol. Kat sana dia kena buat permohonan kebenaran nikah. Kena dapatkan dulu surat pengesahan bujang dari majikan or ketua kampung. then kena dapat sign imam. Masa submit di pejabat agama ambil masa 4 hari jugak la baru siap. Dia hantar hari isnin then kena ambil hari khamis. 

Bila bakal pengantin lelaki dah dapat  kebenaran nikah, bakal pengantin perempuan akan bawa kebenaran tu sekali untuk submit dengan borang permohonan nikah.

Ini list dokumen yang perlu ada masa submit borang permohonan nikah . 
1. salinan kad pengenalan bakal pengantin lelaki & perempuan & wali
2. sijil kursus kahwin original dan photostat
3. keputusan hiv test original. Rujuk link HIV TEST untuk prosedurnya. 
4. kebenaran nikah bakal pengantin lelaki 
5. sijil nikah ibu&bapa bakal pengantin perempuan sekiranya anak sulung. 



Masa submit borang permohonan nikah ni korang kena baca ikrar (yang borang tulisan jawi tu) di depan pegawai pejabat agama. Then sign kat ruangan disediakan dalam borang tersebut. seterusnya kena bayar RM12 untuk borang nikah & ikrar then RM40 untuk buat kad nikah. Kad nikah ni dapat lepas nikah lah ye. jangan dok berangan nak dapat terus after submit borang permohonan nikah pulak.



okey selesai kisah prosedur permohonan nikah :)



#